JANGAN MENGARUT HENDAK HALALKAN GANJA SEBAGAI UBAT

Editorial

22 April 2022

Memang benar kerajaan Amerika bersetuju ada penyakit yang boleh diubati dengan ganja, tetapi menurut FDA (Food and Drug Administration) hanya satu-dua penyakit tertentu sahaja berjaya diubati dengan dos tertentu dan dengan preskripsi doktor perubatan.

Kajian Marijuana Business Daily mendapati bahawa penjualan ganja untuk keseronokan (rekreasi) telah meningkat sebanyak 72% pada tahun 2018 berbanding 2017, manakala penjualan ganja untuk keseronokan berbanding perubatan telah meningkat sebanyak 47%. setelah ganja@marijuayana dihalalkan untuk perubatan.

Lantas, ini membuktikan bahawa dasar menghalalkan ganja di Amerika Syarikat tidak membawa kebaikan langsung kepada masyarakat mereka terutama golongan belia apabila kadar ketagihan meningkat.

Walaupun kita simpati dengan penagih yang tegar, tetapi janganlah kerana hendak selamatkan artis yang dituduh di mahkamah kerana tanam ganja, maka dengan tiba-tiba muncul wira dan pejuang yang hendak menghalalkan ganja.

Kalau hendak selamatkan artis atau sesiapapun gunakanlah saluran undang-undang dan jangan merosakkan seluruh masyarakat dengan ketagihan dadah.

Malaysia sudah diterjah dengan pekerja asing, malahan ada antara mereka yang lebih berjaya dari aspek ekonomi berbanding dengan rakyat tempatan sendiri yang lebih suka memilih pekerjaan yang selesa dan santai. Apa akan berlaku jika tenaga buruh tempatan terbuai dengan penagihan dadah?

Kemudian kita dikejutkan suatu ketika dahulu apabila dadah dikategorikan sebagai musuh negara yang utama selepas ancaman komunis.

Adakah golongan muda dalam kelas menengah dan bawahan ini akan lebih berjaya sekiranya mereka terdedah pula dengan dasar menghalalkan ganja.

Ingatlah, menurut Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) 70% penagih yang telah ditahan di pusat pemulihan, kembali menagih setelah dibebaskan.

Sekiranya anggaran peningkatan jumlah penagih yang dilaporkan oleh AADK pada 2015 ada validiti dan reliabilitinya, maka jumlah penagih di Malaysia pada hari ini adalah 3 juta.

Ini bermakna kira-kira 10% daripada populasi Malaysia adalah penagih dadah!

Lantas sedarlah, baik ganja mahupun ketum tidak akan membawa apa-apa kebaikan ekonomi sebaliknya lebih banyak menjerumuskan golongan belia ke kancah dadah.

Malahan ada yang tidak dapat membebaskan diri mereka daripada ketagihan meskipun sudah mencapai usia 60 tahun.

Oleh itu, Presiden MUDA, Syed Saddiq yang lantang dan cuba menjadi wira untuk mengangkat ganja sebagai bahan perubatan, hendaklah lupakan sahaja usaha yang tidak berfaedah itu.

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah telah menyentuh isu ini apabila beliau menegaskan bahawa penggunaan ganja sebagai bahan perubatan membuka ruang ke arah ketagihan.

Selain daripada ketagihan, penyalahgunaan ganja juga telah dibuktikan melalui kajian-kajian perubatan berupaya mendatangkan masalah psikologi dan mental terhadap penggunanya.

Kata Dr Suhazeli, semakin lama penyalahgunaan itu berlaku, kesan kesihatan mental juga akan menjadi lebih teruk.

Di Malaysia, kita sering dikejutkan dengan pembunuhan ahli keluarga, membakar rumah kediaman, dan pelbagai jenayah telah berlaku akibat kesan daripada penagihan dadah.

Oleh itu, sama seperti alkohol, Islam mengharamkannya kerana keburukkan jauh melampaui kebaikannya.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: