Editorial
21 April 2022
Lim Kit Siang memang suka burukkan kerajaan, jika ia bukan kerajaan yang didominasi oleh DAP yang dilabelkan sebagai musuh Melayu-Islam.
Ketika kerajaan PH-DAP memerintah secara huru-hara dan porak-peranda, dia langsung tidak nampak.

Apabila pada 14 April lalu, kerajaan Sri Lanka mengisytihar ‘muflis’, tanpa tangguh-tangguh dengan pantas Kit Siang memanipulasi situasi di Sri Lanka sebagai serupa dengan gelombang ekonomi di Malaysia.
Itu adalah antara taktik propaganda Lim Kit Siang sejak bertahun-tahun dahulu, iaitu menakut-nakutkan rakyat, sebagaimana dia sering menakut-nakutkan kaum Cina tentang survival mereka di ‘Tanah Melayu’ ini.
Taktik ini buknlah perkara baharu kerana semasa PH berkuasa, anaknya Lim Guan Eng sudah menjaja bahawa negara akan muflis untuk menghalalkan tindakan Menteri Kewangan DAP menjual aset negara wewenangnya.

Terkini, Kit Siang cuba menakutkan lagi rakyat bahawa Malaysia akan dilanda musibah yang sama sebagaimana Sri Lanka.
Dengan itulah juga Lim Guan Eng sering berteriak kononnya DAP boleh ‘selamatkan Malaysia’.
Dahulu semasa mereka ‘used Malay to screw Malays’ DAP telah menggunakan Dr Mahathir Mohamad, pemimpin tertua dunia yang telah DAP jadikan ‘boneka’ sebagaimana diperakui oleh Mahathir sendiri.
Namun DAP tidak sedar, sebagaimana kata MO Ibrahim, seorang ahli perniagaan tersohor Afrika, “Where do this old leader would lead his people? To the grave?”
Hakikatnya sedemikianlah keadaan negara ketika PH yang didominasi oleh DAP berkuasa; negara dalam keadaan porak-peranda dengan kemelut rebutan kuasa Anwar-Mahathir, menjual aset negara dengan harga murah kepada kroni-kroni, menakutkan rakyat bahawa negara akan muflis, cuba merobah sistem Raja Berpelembagaan kepada republik, membenarkan aktivis pengganas antarabangsa LTTE mengurus kerajaan negeri, menyerapkan ideologi komunis di sekolah-sekolah, nenambah hutang luar negara sehingga hampir mencecah kepada RM1 trilion dan banyak lagi tindakan pemimpin PH yang telah menyakitkan hati rakyat.
Bayangkanlah apabila PH-DAP hanya berkuasa selama 22 bulan sahaja, hutang luar negara yang mereka cipta hampir mencecah RM314 bilion.
Ini bermakna PH-DAP berhutang dengan kadar RM171 bilion setahun, sedangkan secara kumulatif kerajaan BN sebelumnya yang memerintah selama 22 tahun hanya berhutang RM686 bilion atau dengan kadar RM31 bilion setahun.

Lantas apa relevannya Kit Siang hendak takut-takutkan rakyat yang sepatutnya rakyat lebih takut sekiranya PH-DAP terus berkuasa.
Menurut Daily Financial Times, antara faktor yang menyebabkan Sri Lanka muflis adalah kerana kegagalannya membayar hutang luar negaranya dengan mata wang asing.
Tapi Kit Siang butakan matanya apabila, secara akumulatif antara Jan dan Ogos 2019, kerajaan PH-DAP telah berhutang sebanyak RM100 bilion. Sikap boros PH-DAP ditambah lagi dengan menjarah dana Petronas sebanyak RM82 bilion pada 2018 manakala banyak aset GLC negara turut dijual.
Sebagaimana dakwaan Pensyarah Program Sains Politik UKM, Abdul Muein Abadi, PH-DAP telah menjual terlampau banyak aset negara iaitu RM35.789 bilion dalam hanya 500 hari pemerintahannya bersamaan purata RM60 juta sehari atau RM2.5 juta setiap jam.
Sekiranya trend dan pola hutang serta perbelanjaan PH-DAP berterusan sehingga satu penggal (5 tahun), pastinya kedudukan ekonomi negara akan parah apabila hutang negara meningkat mendadak berbanding KDNK.
Nasib negara amat baik setelah PH-DAP ditumbangkan pada Feb 2020 yang sekaligus menyelamatkan Malaysia daripada pemerintah yang wewenangnya boros dan suka berhutang.
Sebagaimana dijelaskan oleh DS Najib Razak nisbah hutang Malaysia berbanding KDNK telah naik mencanak selepas PH mendapat kuasa pada PRU14, iaitu kepada 62% pada akhir tahun 2018, tetapi hanya 2.5% atau RM25 bilion daripada hutang RM1 trilion Malaysia adalah dalam bentuk mata wang asing.
Jauh berbeza berbanding Sri Lanka kerana nisbah hutang kerajaan mereka telah cecah 100% dan 50% adalah dalam bentuk mata wang asing.
Malaysia juga telah mencatat lebihan perdagangan antarabangsa secara berterusan sejak beberapa puluh tahun lalu yang bermakna nilai eksport negara adalah lebih tinggi berbanding nilai import.
Jumlah rizab antarabangsa Malaysia juga adalah dalam adalah dalam trend menaik dan sering mencecah US$100 bilion sejak tahun 2000.
Keadaan rizab antarabangsa Malaysia cuma kritikal pada era Mahathir apabila rizab asing negara lesap dalam skandal FOREX BNM sehingga negara terancam dengan krisis ekonomi Asia 1998 apabila mata wang Ringgit diserang dan negara tidak cukup dana asing untuk mempertahankannya.
Kit Siang mesti tahu apa yang telah dikerjakan oleh Mahathir kerana dia banyak menulis buku mengkritik aktiviti Forex-BNM Mahathir.
Faktor, pandemik Covid19 juga telah memburukkan keadaan Sri Lanka sebab industri pelancongan mereka merupakan sumber utama bagi aliran masuk dana asing.
Hakikat ini tidak sama bagi Malaysia kerana penyumbang utama ngara adalah sektor pembuatan dan eksport ‘oil and gas’ serta komoditi seperti minyak sawit.
Lantas Kit Siang, janganlah jadi ‘hantu di siang hari’ menakut-nakutkan rakyat, dan kemudian mengangkat diri kamu sendiri sebagai wira penyelamat konon.

Semasa PH berkuasa, konco-konco kamu dan anak kamulah yang menjadi puaka laknat yang cuba menghacurkan ekonomi negara, dan kemudian menakut-nakutkan rakyat bahawa negara akan muflis.
*****
Tinggalkan Jawapan