Editorial
20 April 2022
Pendedahan dan pengakuan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dalam bukunya ‘My Story: Justice in the Widerness’ perlahan-lahan memperlihat gelembung-gelembung kebenaran bahawa wujudnya konspirasi terhadap kes DS Najib Tun Razak.
Perkara utama ialah pelantikan Tommy sebagai Peguam Negara diperakuinya bukan kerana merit tetapi merupakan pelantikan politik, pastinya demi melaksanakan konspirasi menjatuhkan DS Najib sebagaimana terkandung dalam agenda Tun Mahathir di samping menyelamatkan pemimpin DAP dalam kes-kes yang sudah pun dibawa ke mahkamah.

Seperti serampang dua mata, pelantikan politik Tommy juga adalah demi menyelamatkan survival politik Lim Guan Eng yang sebelumnya adalah anak guam Tommy dalam kes rasuah banglo sebelum PH berkuasa.
Hakikatnya, Ketua Pengarah SPRM sendiri terkejut apabila Guan Eng dengan begitu mudah dibebaskan.

Hairannya dalam kes pembelian Lot Banglo yang membabitkan DS Khir Toyo, beliau telah dipenjarakan 12 bulan, manakala kes Guan Eng digugurkan begitu sahaja.
Amat sedih sekiranya rakyat Melayu melihat pemimpin bangsa mereka amat mudah dihukum penjara tetapi kaum Cina seperti Guan Eng, pemimpin DAP berbangsa India dalam kes aktivis pengganas LTTE serta pembunuhan anggota Bomba Adib Kassim dibebaskan begitu sahaja.
Sebaliknya seorang wanita Melayu yang hanya menyimpan buku perjuangan ISIS telah dikenakan hukuman penjara selama 5 tahun.
Kemudian sebagaimana didedahkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali bahawa Pendakwaraya, Gopal Sri Ram telah menerima arahan Tun Mahathir yang mendesaknya supaya Najib ditangkap dan didakwa tanpa ada apa-apa kesalahan yang boleh dibabitkan, sebaliknya hanya kerana Tun Mahathir mahu DS Najib ditangkap begitu sahaja.
Undang-undang apakah ini dan siapakah manusia bernama Mahathir itu?
Terkini gelembung-gelembung yang mengangkat kebenaran serta konspirasi penganiayaan terhadap DS Najib Razak mula terbongkar perlahan-lahan apabila laporan ‘Political Engagement PAS Pusat’ tersebar baik di media sosial mahupun media arus perdana.
Dalam initipati laporan minit Laporan Engagement PAS Pusat itu, antara lain mendedahkan rancangan strategik PAS untuk memusnahkan parti terbesar kaum Melayu, UMNO, dan tindakan masuk campur dalam urusan mahkamah bagi memenjarakan tiga tokoh UMNO iaitu DS Najib Razak, DS Dr Ahmad Zahid Hamidi dan DS Mohamad Hassan.
Sekiranya laporan yang tertular sebagaimana video portal FMT itu tulen, maka jelaslah bahawa sememangnya berlaku campur tangan eksekutif kerajaan PN yang didominasi oleh PPBM (Bersatu) dalam urusan badan Kehakiman Negara.
Malangnya dan amat sedih sekali apabila parti yang kononnya memperjuangkan prinsip Islam iaitu PAS, terlibat secara langsung demi kuasa dan laba politik.
Semoga Allah melindungi pihak yang teraniaya, dan dengan kuasa Allah, kerajaan zalim itu dihancurkan, dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil.
*****
Tinggalkan Jawapan