Editorial
17 April 2022
Kepada peguam-peguam DAP yang ghairah sangat hendak membela Sam Ke Ting, sila rujuk BH Online bertarikh 18 Februari 2017.

JOHOR BAHRU: “Kami berhenti dalam 10 minit, tiba-tiba saya nampak sebuah kereta memecut laju menuju ke arah kami dan terus merempuh kami,” kata seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian rempuhan pagi tadi.
Muhammad Zulfadli Yusri, 19, berkata beliau dan beberapa lagi rakannya datang dari kawasan rumahnya di Stulang Darat, di sini sebelum bertemu kumpulan lain di lokasi kejadian.
Katanya, semua yang berkumpul di lokasi kejadian bukan bergerak dalam kumpulan sama, sebaliknya hanya bertemu di kawasan itu sebelum rempuhan berlaku.
“Saya datang dari Petronas (Jalan Lingkaran Dalam) dan nampak beberapa kumpulan basikal berhenti di sebelah kubur (lokasi kejadian), jadi saya ke sana untuk melihat apa mereka buat.
“Ketika bersama kumpulan itu, saya nampak satu kereta dan pemandu perempuan itu sedang bermain telefon terus merempuh kami sedang berhenti di situ,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Wad Barat 2 Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini selepas Pengarah Pendidikan negeri, Shaharudin Sharif mengadakan lawatan melihat mangsa di wad berkenaan.
Muhammad Zulfadli berkata, selepas rempuhan itu dia berasa seperti ‘terbang’ tercampak sebelum menyedari kaki kanannya patah pada bahagian betis.
Seorang lagi mangsa terselamat, Muhammad Arassat Abdullah, 14, berkata dia bersama kawannya dalam perjalanan pulang selepas makan di sebuah restoran makanan 24 jam tidak jauh dari lokasi kejadian.
“Saya baru lepas makan dan dalam perjalanan pulang ke Flat Desa Mutiara sebelum berhenti melihat kumpulan basikal di lokasi kejadian tetapi tiba-tiba saya dirempuh dan gelap mata.
“Sedar-sedar saya dibantu oleh beberapa orang dan ambulans sudah banyak ada di lokasi kejadian…darah dan ramai yang terbaring,” katanya menceritakan suasana kejadian selepas rempuhan.
Berdasarkan maklumat sumber, dua yang parah dan masih dirawat dikenal pasti sebagai Muhammad Fitri Muhammad Fatoni, 17 dan
Muhammad Nazri Mahmudi, 14, manakala seorang lagi belum dikenal pasti identitinya.
Selain Muhammad Zulfadli dan Muhammad Arassat, tiga lagi mangsa mengalami kecederaan patah kaki dan kepala ialah Muhamad Farhan Che Mat, 16; Mohd Abdul Samad Abdul Kadir, 16 dan Muhammad Arif Salman, 15.


Komentar:
Tidaklah menghairankan apabila kereta yang dipandu oleh Sam Ke Ting telah terbalik dengan keempat-empat tayarnya mengadap ke langit kerana dia memandu laju dan mengikut saksi dia kelihatan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Siapakah kerani berbangsa Cina ini yang pulang kerja pada jam hampir 3.00 pagi?
Kerani pejabat apa yang pulang jam 3.00 pagi? Atau adakah dia pulang setelah bersuka ria di pub atau kelab malam?
Tertuduh mengatakan keadaan jalan adalah gelap, tetapi sebagaimana foto yang tersiar, ia kelihatan terang-benderang.
Saksi mengatakan bahawa tertuduh kelihat menggunakan telefon bimbit ketika memandu.
Maaf sekiranya maklumat, prasangka dan telahan yang dicatatkan salah, tetapi sedemikianlah persoalan yang timbul.
Lapan nyawa diragut dan tertuduh didapati bersalah oleh Hakim Mahkamah Tinggi JB. Adakah hukuman 6 tahun penjara itu setimpal dengan kematian lapan remaja Melayu berkenaan?
Ramai dalam kalangan ahli politik kaum Cina DAP termasuk MCA tampil dan cuba menjadi wira pembela kaum mereka.
Tidak lain yang terlihat kecuali strategi menarik pengundi ketika PRU15 sedang hangat diperkatakan dan akan berlangsung mungkin selepas Julai ini.
******
Tinggalkan Jawapan