PEMBELA DAN TMJ MAHU RAKYAT BERPIJAK PADA BUMI NYATA ATAS KEMATIAN 8 REMAJA

Editorial

16 April 2022

Jika anda berpengalaman memandu atau melihat pemanduan yang berhemah, maka bagaimanakah kereta tertuduh dalam kes langgar mati lapan penunggang basikal lajak boleh terbalik dengan empat roda mengadap langit.

Sekiranya menunggang basikal lajak pada awal pagi diterjemahkan salah, tapi bagaimana pula dengan penunggang basikal ‘mountain bike’ atau ‘konvoy basikal atau motosikal’ di jalan raya di tengah malam atau awal pagi?

Apakah hak anda sebagai pemandu yang ‘berhemah’ kononnya, menyebabkan kematian 8 remaja, bukannya seorang atau dua, kecuali anda memandu dengan laju-melulu atau memandu dalam keadaan mabok.

Dengan penghakiman yang absah Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah memerintahkan agar Sam Ke Ting dikenakan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000.

Presiden NGO, PEMBELA, Aminuddin Yahaya terkejut apabila ada pihak yang bersungguh-sungguh cuba mempolemikkan dan membangkitkan spekulasi perkauman setelah Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pemandu Sam Ke Ting bersalah sehingga menyebabkan kematian 8 remaja manakala 4 lagi cedera parah.

Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah mensabitkan Sam Ke Ting, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, dan hakim, berpuas hati bahawa kesalahan responden berjaya dibuktikan.

Hakim juga merumuskan, kenyataan tidak bersumpah tertuduh selepas Mahkamah Tinggi memerintahkannya untuk membela diri, adalah penafian kosong semata-mata.

Hakim juga merumuskan bahawa responden telah dibuktikan memandu keretanya secara berbahaya sehingga mengorbankan lapan nyawa.

PEMBELA mempersoalkan adakah golongan yang kini menganjurkan petisyen termasuk ahli politik pembangkang membela pesalah sebagai manusia atau haiwan yang tidak berhati perut?

Kenapakah golongan ini tidak menyerahkan kepada Mahkamah Rayuan untuk putuskan jika tertuduh benar-benar tidak bersalah dan patut dilepaskan kerana mengakibatkan lapan nyawa terkorban itu.

PEMBELA berharap rakyat tidak termakan dengan provokasi murahan termasuk provokasi politik DAP yang sedang tersebar dan bergerak secara teratur sekarang ini sehingga subjudis apatah lagi perkara-perkara lain yang tidak diingini.

Apa yang terlihat adalah tindakan terang-terangan menghina mahkamah dengan alasan DAP untuk menyerahkan kepada ‘mahkamah komuniti’ kononnya.

Sementara itu DYTM Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim membidas bagaimanakah pemandu boleh melanggar mati 8, bukan seorang, tetapi 8 remaja (8 meninggal dunia dan 4 cedera parah) kecuali dia memandu secara cuai.

TMJ juga mempersoalkan tindakan segolongan netizen cuba membela tertuduh yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, tetapi bagaimana pula dengan 8 remaja yang telah mati? Siapakah yang membela mereka?

Fikirlah berdasarkan fakta bukan mengikut arus media sosial sebagaimana teori babi-buta ‘join the band wagon’ tanpa mahu meneliti dan menyerahkan keputusan kes kepada mahkamah.

Fikirkan bagaimana kereta pemandu boleh terbalik dengan keempat-empat tayar mengadap langit setelah melanggar mati 8 remaja? Adakah itu suatu pemanduan berhemah?

Pastinya pemandu tiada hak untuk menyebabkan kematian 8 remaja itu hanya kerana mereka menunggang basikal lajak pada awal pagi. Adakah nyawa mereka sama nilai dengan hukuman penjara 6 tahun dan denda RM6000?

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: