VIDEO – AIBKAN PM DI DUBAI, SAIFUDDIN DAN HADI PATUT BERTANGGUNG JAWAB

11 April 2022

Adakah penjawat awam yang berada di kedutaan Malaysia UAE sahaja yang harus dikenakan hukuman kerana gagal menyelaras urusan lawatan rasmi Perdana Menteri DS Ismail Sabri Yaakob pada 29 hingga 31 Mac lalu?

Sedangkan dua tokoh penting iaitu, Menteri Luar Negara dan Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri hanya goyang kaki dan tidak mengambil peduli.

Mereka berdua inilah yang sepatutnya menjaga dan memastikan pelaksanaan protokol lawatan pembesar negara di UAE itu dimaklumkan dan tersusun lancar dari upacara ketibaan pemimpin negara sehingga kepada upacara berangkat pulang.

Malangnya dan sungguh mengaibkan apabila ketibaan pemimpin tertinggi Malaysia tidak disambut oleh Menteri atau wakil Presiden Khalifa bin Zayed Al Nahyan atau wakil Perdana Menteri, Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Dengan itu, Saifuddin Abdullah sebagai Menteri Luar Negara dan, Hadi Awang sebagai Duta Khas Negara bertaraf menteri harus bertanggungjawab.

Sekiranya kedutaan Malaysia telah dinasihatkan oleh kerajaan UAE bahawa situasi semasa tidak sesuai untuk lawatan PM Malaysia, maka penangguhan lawatan hendaklah dimaklumkan kepada Putrajaya oleh Kementerian Luar serta Duta Khas yang petah berdalil itu, tetapi malangnya tindakan tersebut tidak berlaku.

Timbul persoalan adakah Menteri Luar sengaja tidak mahu memaklumkan dan menasihati Putrajaya akan situasi di UAE dan Dubai yang tidak memungkinkan mereka menerima kunjungan PM Ismail Sabri?

Apa yang berlaku adalah sesuatu yang mengaibkan negara apabila kehadiran pemimpin tertingginya tidak dipedulikan.

Pada era PH berkuasa Saifuddin pernah keluarkan kenyataan bahawa beliau tidak suka berurusan dengan negara Arab.

Apakah disebabkan kenyataan yang beliau keluarkan ketika itu atas kapasiti Menteri Luar Malaysia telah membuatkan negara Arab dan Timur Tengah marah?

Ada rakaman audio yang tersebar mendedahkan keluhan pegawai kedutaan di UAE yang menghubungi Wisma Putra. Rupa-rupa audio tersebut mendedahkan terdapat konflik antara Menteri Luar dan PM.

Video daripada YouTube

Hadi Awang pula lebih kerap dilihat mundar-mandir dari Marang ke Kuala Lumpur daripada melaksanakan tanggungjawab sebagai Duta Khas ke Timur Tengah. Namun dialah antara nama dalam senarai ahli parlimen yang paling kerap ponteng sidang parlimen, dan dikategorikan oleh kalangan rakyat sebagai ahli parlimen yang ‘makan gaji buta’.

Ramai juga melihat jawatan Duta Khas ke Timur Tengah itu hanyalah sogokan Muhyiddin untuk memastikan sokongan PAS kepada Bersatu-PN, sehingga Hadi sanggup mengetepikan MN.

Malahan sudah banyak kritik tentang pengabaian jawatannya sebagai Duta Khas, apabila gagal memberi reaksi di lapangan terhadap keganasan puak Syiah di Syria serta lemah dalam reaksinya terhadap keganasan Israel ke atas rakyat Palestin.

Dia juga telah dilabelkan sebagai cuba mendahului kerajaan dalam hal mengiktiraf kerajaan Taliban Afghanistan.

Yang sepatutnya mengambil tanggungjawab dalam kes protokol di UAE itu adalah Menteri Luar, Saifuddin Abdullah dan Duta Khas, Hadi Awang.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: