VIDEO – ADAM ADLI GUSAR DENGAN ‘PERISTIWA BERDARAH’ DALAM PEMILIHAN PKR

Editorial

12 April 2022

Agak ironi apabila Adam Adli cuba mewarnakan Pemilihan PKR sebagai pertandingan ‘adik-beradik’.

Dia cuba menyembunyikan kegusarannya tentang pertandingan Pemilihan PKR yang sering disirami dengan pergaduhan, luka-parah dan hemburan darah.

Sepatutnya Adam Adli mesti mengingatkan pihak PDRM supaya turut berada di beberapa pusat pemilihan PKR yang panas supaya memantau dan mengawal keadaan agar tidak berlaku peristiwa berdarah sebagaimana yang pernah tercatat pada banyak Pemilihan PKR yang lalu.

Adam Adli yang akan bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda Keadilan lantas akan menentang Fahmi Zainol yang telah membentuk pasukannya yang tersendiri pastinya gusar kerana dia adalah pelapis yang masih berhingus.

YB Fahmi Fadzil, ahli parlimen PKR Lembah Pantai, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti yang diasaskan oleh gerakan reformasi DS Anwar Ibrahim itu “merupakan parti yang lahir di atas jalan raya.”

Maka rakyat tidak hairan jika tingkah-laku ahli-ahli PKR seperti samseng jalan raya juga.

Adam Adli sewajarnya merujuk pada Fahmi yang memperakui bahawa “Keadilan (PKR) ini lahir di atas jalan raya, bagi kami ini (pergaduhan) adalah rencam, kebiasaan resmi bagi Keadilan.”

Pada Mac 2020, ibu pejabat PKR di Tropicana bagaikan dilanda ribut-taufan apabila ratusan penyokong parti itu ‘mengamuk’ sambil maki-hamun, menjerit-jerit dengan api kemarahan, “pengkhianat”, “anjing” dan “pecat” kepada beberapa pemimpin PKR yang dikatakan telah menikam parti itu dari belakang.

Pada satu tragedi, ahli-ahli samseng PKR seperti diserang ‘sawan babi’ apabila membelasah Naib Presiden, Tian Chua dan bekas Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin di Tropicana.

Tingkah-laku samseng, bergaduh sesama sendiri sebagaimana dilihat pada Kongres AMK PKR 2019 di Melaka, sehingga ada yang parah-berdarah, bukan lagi perkara yang aneh bagi ahli-ahli PKR.

Rakyat tidak seperti bekas PM tua Malaysia yang mudah lupa kerana rakaman sejarah yang berentetan tentang sikap tidak bertamadun ahli PKR, baik yang muda mahupun yang dewasa adalah realiti tingkah-laku ahli PKR.

Rakyat masih ingat bagaimana samseng-samseng PKR ini telah merusuh di jalan raya dan menterbalikkan kenderaan polis dalam satu perhimpunan Bersih.

Adakah kepimpinan PKR, terutamanya Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu, cuba membentuk masyarakat anarki, kerana kemarahan dan dendam kesumatnya terhadap Tun Mahathir?

Dipetik daripada portal RBF Online

Rakyat juga tidak lupa tentang peristiwa berdarah pada hari Pemilihan PKR di Kuala Langat 2014.

Kerana tidak berpuas hati, atau mungkin kerana diupah, anggota JPP, ahli PKR dibelasah oleh penyokong pemimpin tertentu dalam kem PKR yang dikepalai oleh dua pemimpin yang bermusuhan.

Anggota JPP,PKR dibelasah oleh ahli yang tidak berpuas hati
Dimuat naik daripada YouTube

Persepsi yang sama juga dilontarkan oleh bekas Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang akan turut bertanding bagi jawatan Naib Presiden PKR. Tapi hakikatnya Farhash sendiri pernah diburu polis kerana terlibat dalam pergaduhan di kompleks sukan Ampang awal September 2019.

Sebagaimana kata Fahmi, kekecohan, pergaduhan, rusuhan, dan berdarah sana-sini, sudah menjadi ‘resmi’ PKR yang boleh ditafsirkan sebagai ‘budaya’ dan ‘darah daging’ parti jalanan itu.

Lihat sahaja amokan ahli PKR semasa pemilihan parti di Keningau Sabah, sehingga ‘body guard’ Rafizi Ramli tak lekang dari sisinya dan terpaksa keluar dewan melalui jeriji dinding untuk menyelamatkan diri.

Insiden berdarah juga berlaku di Seberang Jaya semasa Pemilihan PKR 2018. Kejadian tersebut berlaku apabila terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan pemilihan lantas membaling kerusi dan hinggap di kepala seorang ahli.

Pergaduhan itu tercetus apabila ahli PKR yang hadir pada sidang media itu menjerit dan membantah keputusan pemilihan di Seberang Jaya, Pulau Pinang dan mengesa keputusan dibatalkan.

Pergaduhan juga berlaku semasa Pemilihan PKR di Merbok Kedah pada 2018.

Lantas, Adam Adli, sewajarnya kamu segera meminta bantuan polis agar pusat pemilihan berjalan dengan aman tenteram, bukan cuba menutup realiti ‘mafia’ dan samseng yang wujud dalam PKR sebagai pertandingan ‘adik-beradik’ kononnya.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: