Editorial
11 April 2022
Pemikiran genjot Ketua Armada, Wan Ahmad Fahysal menjadi-jadi apabila dia menjaja dengan bangganya bahawa PPBM (Bersatu) telah melahirkan dua Perdana Menteri dalam tempoh tidak sampai sepenggal.
Dia juga berkompang bahawa Bersatu telah berjaya sebagai sebuah parti yang dapat menggantikan UMNO sebagai parti yang membela kaum pribumi konon.
Dia mendakwa, ekoran kejayaan PH memenangi PRU14 menewaskan Barisan Nasional (BN), Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri.
Bagaimanapun hujahnya, krisis politik yang tercetus menyebabkan Mahathir membuat keputusan meletakkan jawatan dan Muhyiddin juga daripada Bersatu telah diangkat sebagai Perdana Menteri (PM) berikutnya.
Adakah dia cuba mengindoktrinasi pemikiran rakyat bahawa Bersatu telah berjaya melahirkan PM hebat bernama Mahathir yang telah mengaku dirinya adalah ‘PM boneka’.

Mahathir adalah boneka kepada parti bangsa DAP yang mendominasi PH ketika dia berkuasa, kerana ahli parlimennya yang ciput dan menjadi melukut di tepi gantang dalam parlimen.
Lantas, apa gunanya Bersatu melahirkan PM sedemikian sekiranya dia bertindak atas arahan bangsa DAP?
Lihatlah bagaimana dia telah merosakkan Tabung Haji, Khazanah, sistem badan perundangan dan kehakiman dengan kuasa prerogatif Peguam Negaranya yang dilabel sebagai pengasas undang-undang rimba, membiarkan aktivis pengganas LTTE dalam DAP, membenarkan ideologi komunisme yang cuba diserapkan di sekolah-sekolah, membenarkan DAP mendewa-dewakan Ketua Parti Komunis Malaya, membenarkan ratitikasi ICERD dan banyak lagi kegilaan yang mengancam keselamatan serta kedudukan Perlembagaan Persekutuan.
Oleh kerana jumlah ahli parlimennya yang ciput, Mahathir terpaksa pula mengugut ahli-ahli parlimen lain melalui dakwaan terpilih dan habuan lumayan sebagai katak politik.

Dengan sokongan yang tidak stabil, Mahathir terpaksa melepaskan jawatannya sebagai PM apabila ditekan dengan komplot ‘Langkah Sheraton’ apabila mereka yang menyokongnya belot.
Ketua pembelot dan pengkhianat komplot ‘Langkah Sheraton’ itu tidak lain dan tidak bukan adalah orang sisinya sendiri yang juga menghadapi krisis kepercayaan. Hari ini lagi sekali pengkhianat itu mengatur komplot ‘Langkah Carey’ untuk menjadituhkan PM sedia ada.
Apabila Muhyiddin Yassin yang kemudiannya diangkat menjadi PM menggantikan Mahathir, dia menghadapi masalah yang sama kerana jumlah ahli parlimen yang menyokongnya adalah ciput juga.

Lantas Muhyiddin terpaksa mengugut katak-katak politik dan mempergunakan ‘Ordinan Darurat’ untuk menjamin kesinambungan hayat politiknya dan mengelak perbelanjaan tanpa ‘check and balance’.
Lantas RM600 bilion dibelanjakan tanpa apa-apa bantahan kerana parlimen di gantung.
Banggakah rakyat dengan PM sedemikian yang telah melaksanakan ‘total lockdown’ separuh masak sehingga mengurung rakyat kelas bawahan hampir setahun yang telah merosakkan ekonomi mereka.

Manakala Menteri Mitti, Azmin Ali, dalam kabinet Muhyiddin membenarkan kilang-kilang milik kapitalis beroperasi tanpa mahu mempedulikan pandemik Covid19 yang menular melalui kluster pekerja kilang.
Rakyat amat menderita dan ekonomi negara jatuh merudum.
Lantas banggakah Fahysal bengap itu dengan dua PM kelahiran PPBM (Bersatu) yang dijajanya?
Akhirnya Muhyiddin juga ditendang keluar oleh Parlimen kerana penipuan ungkaian Ordinan Darurat sehingga diangkat sebagai penderhaka kepada DYMM SPB YDP Agong.
Lantas kerana hilang sokongan majoriti ahli parlimen, Muhyiddin juga telah digugurkan jawatannya sebagai PM dan digantikan dengan Ismail Sabri daripada UMNO.
Dengan itu, apa yang hendak dibanggakan dengan pelantikan dua PM daripada Bersatu, malahan Mahathir bukan lagi ahli Bersatu dan telah menubuhkan parti baharu untuk memecah-belahkan lagi kuasa politik Melayu.
Kedua-dua PM Bersatu yang dijaja sebagai membanggakan itu dengan jelasnya ditolak oleh rakyat sebagaimana dibuktikan dalam PRN Melaka dan PRN Johor.
Bukan sahaja mereka ‘kalah’ tetapi mereka ‘kalah teruk’ dalam PRN berkenaan.
Di PRN Melaka, Bersatu hanya menang 2 kerusi daripada 28 kerusi.
Di PRN Johor, Bersatu juga hanya menang 2 kerusi sahaja daripada keseluruhan 56 kerusi DUN Johor sedangkan wajah Muhyiddin terpampang di seluruh Melaka dan Johor sebagai ‘posterboy tua’ yang tidak malu.
Malahan parti pejuang Mahathir telah kehilangan wang deposit bagi 42 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Itukah yang Fahysal hendak banggakan?
Kalau setakat melahirkan dua PM yang lebih baik sedikit daripada lembu, tidak usahlah hendak dibanggakan.
*****
Tinggalkan Jawapan