VIDEO – FAHYSAL PERASAN DAN BENGAP BILA DAKWA PPBM BERJAYA GANTI UMNO

Editorial

10 April 2022

Telah tular dakwaan Ketua Armada PPBM, Wan Ahmad Fahysal bahawa PPBM telah berjaya menggantikan UMNO bagi membela kaum Melayu.

Sekiranya benar siaran tersebut maka, Wan Fahysal sebenarnya telah kehabisan modal dan hanya mengulangi mitos Dr Mahathir setelah memenangi PRU14 pada 2018, bahawa “PPBM ganti UMNO lindungi rakyat”.

Ia dikatakan mitos kerana ia adalah satu pendustaan yang diolah supaya nampak benar, tapi hakikatnya ia adalah satu pembohongan setelah PH hanya berkuasa selama 22 bulan sahaja, tidak sampai separuh penggal pun.

Apakah kebenarannya, baik buat Mahathir mahupun Ahmad Fahysal, sekiranya pentadbiran PPBM melalui PM tertua dunia itu, telah mengakibatkan negara menjadi huru-hara, lintang-pukang dan haru-biru dengan pentadbiran Perdana Menteri yang menjadi boneka DAP?

Isu utama ialah PPBM hanyalah parti melukut di tepi gantang, yang kemudiannya melalui strategi ‘ugut dan tawar habuan’ telah berjaya memikat katak-katak politik.

Kerena hakikat kedudukannya sebagai melukut di tepi gantang itulah, ia amat mudah dijadikan keldai@boneka kepada DAP yang mendominasi PH.

Lihat sahaja pengakuan Mahathir bahawa orang kuat DAP ketika itu, Tony Pua, telah dengan lahap dan rakus menceroboh pelbagai jabatan kerajaan untuk menonjolkan kuasa DAP.

Lihatlah pula bagaimana Peguam Negara PH, Tommy Thomas, dengan wewenangnya menggunakan kuasa prerogatifnya dalam badan perundangan dan kehakiman untuk membebaskan penjenayah PH daripada undang-undang.

Lihatlah juga bagaimana celarunya kemelut rebutan kuasa Anwar-Mahathir yang menggelegak seakan-akan mengulangi kembali tragedi krisis 1998 yang membawa kepada lahirnya gerakan jalanan ‘reformasi’ ala-Indonesia.

Malahan PH diterjemahkan sebagai pemerintah yang serba lengkap dengan pelbagai isu dan kemelut politik; ideologi komunisme yang mahu diterap masuk ke sekolah-sekolah, aktiviti pengganas LTTE, isu ratifikasi ICERD dan Statut Rome, isu pembunuhan anggota Bomba dalam rusuhan kuil, isu menggadai aset Tabung Haji (TH) dan fitnah hibah TH tidak halal, isu fitnah negara berhutang RM1 trilion, lantas negara akan muflis, isu hubungan kartel dadah dalam pentadbiran DAP Pulau Pinang, isu semburit pemimpin PH, isu YB samseng, isu pemimpin ‘bodoh@kakistokrasi’ dan macam-macam lagi.

Adakah semua itu melayakkan PPBM menggantikan UMNO yang telah mentadbir negara dalam keadaan stabil, ekonomi yang kukuh, dan mesra-pelabur, sejak Merdeka sehinggalah PH berkuasa pada 2018?

Wan Fahysal buta atau rabun apabila mendakwa bahawa UMNO semakin ditolak, sedangkan selepas PRU14, UMNO-BN telah memenangi 7 PRK, PRN Melaka, dan PRK Johor. Sebaliknya PPBM dijangka akan berkubur tidak lama lagi.

Sebaliknya bergaung media melaungkan bahawa PPBM@Bersatu termasuk PAS telah kalah teruk, tersungkur mencium bumi di PRN Melaka dan PRN Johor. Tidakkah Fahysal sedar Johor adalah negeri yang majoriti penduduknya adalah Melayu?

Demografi penduduk Johor

Pemimpin bengap bernama Ahmad Fahysal itu juga lupa, kes pemimpin Armada sebelumnya, iaitu Syed Saddiq atas isu pecah amanah dan kes Bafia.

Selain itu, adakah Fahysal cuba mengheret isu ‘neo-Feudal’ yang diterjemahkan daripada isu pelantikan MB Johor atas kehendak DYMM Sultan Johor?

Pekara pokok pada konsep feudal adalah ketaatan kepada pemimpin dan apa yang UMNO laksanakan ialah kesantunan terhadap Sultan Melayu yang juga merupakan payung kepada agama Islam tanpa menolak prinsip Raja Berpelembagaan.

Bagaimana pula dengan ketaatan pemimpin bengap PPBM terhadap Muhyddin Yassin yang telah hilang langsung pengaruhnya meskipun di negeri tempat kelahirannya?

Banyak cawangan PPBM Pagoh, malah seluruh negara telah bubar yang diterjemahkan sebagai hilangnya sokongan Melayu terhadap Muhyiddin.

Sebagai penyandang, Muhyiddin sendiri takut bertanding di DUN Gambir kerana dia sedar dia tidak mendapat sokongan kaum Melayu, malah telah dimenangi oleh calon UMNO.

Sebagaimana dakwa Dr Puad Zakarshi, bahagian PPBM di Johor boleh dibilang dengan jari, manakala seluruh PPBM Melaka terbubar, dan banyak yang telah dibubar di seluruh negara.

Malah mentor PPBM, Mahathir sendiri mengaku PPBM akan kalah teruk pada PRU15 nanti.

Bukan itu sahaja, Pejuang Tanah Air yang Mahathir tubuhkan untuk menggantikan PPBM, dan UMNO kononnya juga sedang nazak dan mencari-cari dahan untuk bergantung.

Lantas di mana letaknya retorik Fahysal yang lebih merupakan ‘sikap perasan’ tanpa mahu meneliti realiti tetapi hanya bersandarkan teori dan retorik bengapnya sahaja.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: