VIDEO – RAFIZI ADALAH BALACI KOMPLOT JUAL ASET SAPURA – ISHAM JALIL

9 April 2022

Pakar fitnah PKR Rafizi Ramli yang popular dengan ‘Langkah Kajang’ kini tergocoh-gocoh mahu menghalang kerajaan membantu GLC Sapura Energy melalui hujah-hujah ‘longkangnya’.

Ketika harga minyak melambung, pastinya amat menguntungkan bagi konco-konco dan kroni PH-PPBM membeli aset Sapura yang sedang tertekan setelah kedudukan kewangannya lemah kerana urusan projek banyak terhalang akibat ‘global lockdown’ kesan daripada pandemik Covid19.

Kini Rafizi berlagak seperti keldai kroni-kroni PH-PPBM untuk menjadikan Sapura Energy mangsa sebagaimana mereka merosakkan Tabung Haji.

Dia mendakwa kononnya kerajaan telah menghabiskan berbilion ringgit membantu Sapura Energy sedangkan kerajaan tidak pernah membantu Sapura.

Rafizi menuduh tanpa fakta, “lebih-lebih lagi apabila sejumlah wang yang besar melebihi berbilion-bilion ringgit telah pun disuntik ke dalam Sapura sejak lebih sedekad yang lalu.”

Sedangkan kerajaan tidak pernah membantu Sapura, sebaliknya telah membantu menyelamatkan Proton, Air Asia, MAS, MISC yang dikaitkan dengan kroni-kroni Mahathir, tetapi bukannya Sapura.

Kontradik daripada tuduhan Rafizi, kemudahan bank Sapura telah dibekukan oleh kerajaan PN pada Oktober 2021 yang menyebabkan syarikat tersebut tidak mampu beroperasi seperti biasa dan tidak layak lagi untuk membida dan memenangi projek-projek baharu.

Hakikatnya Rafizi sengaja buat-buat buta bahawa di belakang Sapura terdapat 10.6 juta bumiputera yang merupakan pelabur ASB dengan deposit bernilai RM4 bilion.

Manakala sekiranya Sapura diisytiharkan muflis maka hampir 10,000 pekerjaan rakyat akan hilang dan sekitar 4,500 pembekal atau vendor akan terjejas yang kebanyakannya merupakan syarikat bumiputera.

Lantas, sekiranya kerajaan membiarkan Sapura muflis maka ia juga akan merugikan PNB, KWSP dan tabung simpanan rakyat yang lain akibat hutang sebanyak RM10 bilion.

Ironinya, Sapura pernah menjadi syarikat perkhidmatan sektor ‘Oil and Gas’ kedua terbesar di dunia dengan nilai RM30 bilion tapi kini hanya bernilai sekitar RM500 juta – RM650 juta sahaja.

Sapura mempunyai track rekod yang baik bagi menyiapkan projek-projek besar. Malangnya pandemik Covid19 juga telah menambahkan beban kepada Sapura kerana lockdown seluruh dunia yang telah menyebabkan projek-projeknya tergendala.

Rafizi mahu aset Sapura yang bernilai tinggi dijual dengan harga yang amat murah (firesale prices). Namun siapakah pembelinya kalau bukan konco-konco dan kroni PH-DAP-PPBM?

Komplot sedemikian sudah mereka kenakan pada Tabung Haji semasa PH berkuasa dengan muslihat untuk menyelamatkannya, sedangkan aset-aset Tabung Haji dijual pada kroni-kroni PH.

Jika AirAsia boleh ditawarkan jaminan kerajaan sebanyak RM500 juta, kenapa pula kerajaan PN tidak boleh buat sebegitu bagi syarikat milik PNB?

Jika Petronas pernah diarahkan oleh Mahathir untuk menyelamatkan syarikat MISC milik anaknya tetapi kali ini, mengapakah kerajaan tidak boleh menggesa Petronas selamatkan Sapura dan 10.6 juta pemegang saham ASB?

Rafizi cuba memanipulasi fakta bahawa “tidak adil untuk menggunakan wang rakyat demi untuk menyelamatkan beberapa tokoh korporat.”

Golongan korporat mana yang Rafizi dimaksudkan? !).6 juta pendeposit ASB? Pekerja-pekerja Sapura? Ribuan vendor-vendor bumiputera, serta pekerja mereka yang terkesan dan bakal turut muflis atau hilang pekerjaan?

Adakah maksud Rafizi membantu Sapura bermakna membantu anak Tun Mahathir sedangkan anak Mahathir sudah tiada lagi kepentingan dalam Sapura sejak tahun 2017.

Kedudukan Sapura telah parah bermula pada tahun 2019 setelah PNB beli 40 peratus kepentingannya untuk menjadi pemegang saham terbesar.

Pada 2019 ketika PH berkuasa Sapura telah diarah menjual aset-asetnya bernilai kira-kira RM10 bilion bagi menyelesaikan masalah aliran wang tunai.

Kenapa begitu? Maka kena tanya kerajaan PH, Lim Guan Eng serta pengerusi PNB masa itu?

Nampaknya Rafizi kini cuba membawa peranan sebagai balaci atau keldai bagi kroni-kroni PH-DAP dan juga Muhyiddin supaya mereka boleh mengaut keuntungan melalui pembelian aset Sapura yang akan dilelong dengan nilai yang rendah.

Rafizi sengaja menutup mata bahawa golongan yang akan merasa sengsara nanti adalah 10.6 juta pendeposit ASB dengan nilai pelaburan RM4 bilion.

Manakala sekiranya Sapura diisytiharkan muflis maka hampir 10,000 pekerjaan rakyat akan hilang dan sekitar 4,500 pembekal atau vendor akan terjejas yang kebanyakannya merupakan syarikat bumiputera.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: