SINDROM ‘TAK TAHU’ MAHATHIR BERJANGKIT PADA PEMIMPIN PH PERAK SETELAH MEREKA JUAL TANAH RIZAB LAPANGAN TERBANG

Editorial

7 April 2022

Sebelum PH menang PRU14, kerajaan BN telah merizabkan tanah yang berjumlah ratusan hektar untuk dibangunkan sebagai ‘Lapangan Terbang Antarabangsa Perak’, namun setelah PH menang dengan wewenangnya tanah tersebut telah dijual.

Sebagaimana diumumkan oleh bekas PM, DS Najib Razak projek lapangan terbang antarabangsa itu adalah sebahagian daripada Manifesto BN semasa PRU14 dan hadiah yang sangat dinantikan rakyat Perak.

Tanah tersebut diberikan oleh kerajaan BN kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

Lapangan terbang itu adalah satu inisiatif untuk merancakkan pembangunan negeri Perak, baik dari aspek aktiviti ekonomi, pembangunan setempat dan langkah melonjakkan industri pelancongan.

Malah Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menterjemahkannya sebagai ‘mimpi rakyat Perak yang menjadi realiti.’

Malangnya hari ini MB Perak, DS Saarani Mohamad mendedahkan tanah rizab untuk lapangan terbang itu telah dijual oleh PH semasa mereka berkuasa, kepada sebuah syarikat swasta.

Kata Saarani dalam satu kenyataan media, “Biarlah pihak berkuasa menyiasatnya. Saya tak akan sapu sampah bawah karpet, takkan menghalang apa-apa untuk penyiasatan. Tiada apa nak disorok. Buatlah siasatan.”

Satu siasatan perlu dijalankan terhadap sumber kuasa bagaimana penjualan ini boleh dilangsungkan, berapa harganya dan siapa pembelinya.

Hari ini pemimpin PH yang bertanggungjawab, masing-masing mengaku ‘tidak tahu’. Ia seperti satu ‘sindrom nyanyuk berjangkit’ yang dibawa oleh Dr Mahathir.

Bekas EXCO dan juga ADUN PH termasuk pengerusi PAN Perak dan pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming mengakui mereka tak tahu tanah itu telah dijual masa mereka memerintah dan mendakwa ia “tindakan tidak bertanggung jawab individu-individu tertentu”.

Ironinya, kenapakah semasa mereka berkuasa, masing-masing hanya menutup mata dan memekakkan telinga? Hari ini dengan mudahnya mereka mengaku, mereka tidak tahu.

Saarani kesal dengan penjualan tanah rizab lapangan terbang itu semasa era PH, yang menyebabkan kerajaan negeri tidak ada tanah untuk bina lapangan terbang baharu kerana tanah yang dijual itu tidak boleh diambil balik.

Persoalannya, jika ia telah dirizabkan untuk lapangan terbang, bagaimanakah ia boleh dijual wewenangnya sebegitu?

Adakah ini sebahagian daripada agenda pembohongan kerajaan PH dan bekas Menteri Kewangan mereka Lim Guan Eng yang mendakwa kerajaan BN berhutang RM1 trilion, sedangkan ia suatu pembohongan dan penipuan untuk menunjukkan kerajaan BN kononnya telah mengeringkan dana negara?

Malah Mahathir pernah mengatakan bahawa kerajaan yang diambil alih oleh PH itu hampir muflis, untuk menghalalkan mereka menjual aset kerajaan secara wewenangnya.

Hari ini masing-masing menunjukkan wajah terkejut, manakala pemimpin PH yang sedang menggigil ketakutan setelah SPRM mula menyiasat, hanya mendiamkan diri.

Tiada jalan lain bagi mereka kecuali ‘bekerjasama’ dengan SPRM untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Sebagaimana kes bekas Gabenor Bank Negara serta suaminya yang terlibat dengan rasuah 1MDB (seperti yang didedahkan oleh kerajaan Singapura) dilengah-lengahkan oleh pihak PDRM Malaysia, dan isu ekstradisi Jho Taek Low yang hanya menjadi permainan ‘sembunyi-sembunyi’, rakyat amat sangsi dengan soal keluhuran undang-undang, reliabiliti dan validiti pihak berkuasa PN yang merupakan legasi kerajaan PH.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: