Rafizi yang amat popular dengan label ‘sotong’ rupanya kembali ke arena politik atas pentas PKR kerana syarikatnya hamper bungkus.

Lantas, nampaknya dia kembali ke arena politik kerana aktiviti perniagaannya sedang melingkup, dan politik akan digunakan untuk ‘cari makan’ bukanlah sangat hendak membela rakyat.
Tiba-tiba sahaja Rafizi muncul untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden yang telah ditinggalkan oleh Azmin Ali.

Pada pemilihan PKR yang lalu dia kalah teruk dengan Azmin dalam gelanggang yang penuh dengan pergaduhan ala kartel mafia yang seakan-akan sudah menjadi trend dalam sistem pemilihan PKR, sampai ada yang terhambur darah.
‘Business’ yang hampir lingkup itu satu hal, tetapi dia juga telah diselamatkan oleh Mahkamah Sesyen di bawah BAFIA telah dibatalkan.

Rakyat dan pemerhati tertanya-tanya juga adakah dia diselamatkan oleh undang-undang rimba Tommy Thomas era PH?
‘Kecut telor’ dan insaf atas hukuman yang merupakan kifarah kepada tabiat fitnah dan hasutannya itu, dia telah memberi alasan untuk menumpukan perhatian dalam syarikat miliknya Invoke Solution dan Adnexio.
Invoke adalah sebuah syarikat yang menjalankan penyelidikan soio-politik. Amat lucu apabila baru-baru ini syarikat miliknya dikatakan menjalankan penyelidikan tentang siapakah yang dipilih oleh rakyat untuk diangkat sebagai PM, dan dia adalah salah satu nama dalam kajian itu.
Sendiri punya bakul, sendiri mahu angkat, dan pastinya dia meletakkan musuhnya iaitu DS Najib sebagai nama yang tercorot dalam kajian tersebut.
Di situ sahaja sudah nampak sikap ‘putar belit’ sotong ini yang pernah heboh dalam media sosial dengan imej ‘lembutnya’ yang menjadikan ‘hasutan’ sebagai prinsip bagi PKR mencapai kejayaan sebagaimana dalam kempen PRU14.

Rafizi fikir ahli-ahli PKR bodoh mahu memilih dia sebagai Timbalan Presiden PKR dengan ertikata dialah yang akan menggantikan Anwar Ibrahim satu hari nanti sebagai Presiden PKR.
Sedangkan dia lupa, apabila dia kalah dengan Azmin ahli, dengan ikhsan dan belas kasihan Anwar dia dilantik sebagai ‘Naib Presiden.
Kini dia akan menentang Saifudin Nasution dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR itu.

Invoke Solutions Sdn Bhd telah didedahkan mencatat kerugian daripada hasil sebanyak RM1 juta dan RM4 juta untuk tahun terakhir. Kerugian terkumpul pula adalah sebanyak RM3.45 juta sejak syarikat ditubuhkan.
Manakala Syarikat portal kerjanya, Adnexio pula mencatatkan kerugian RM700k daripada hasil dan hanya RM20,000 untuk tahun terakhir. Kerugian terkumpul adalah sebanyak RM1.13 juta sejak syarikat ditubuhkan, sebagaimana dilaporkan oleh Lim Sian See.
Syarikat sendiri pun bungkus, kini dia ada hati pula hendak berdebat soal menyelamatkan Sapura Energy, sebuah syarikat GLC yang mengendalikan urusan ‘Oil & Gas’.
Dengan rekod Rafizi yang lintang-pukang mengendalikan kedua-dua syarikat berkenaan, baiklah Rafizi mengendalikan kerja-kerja kutip besi buruk yang tidak memerlukan ‘capital besar’ daripada bergiat semula dalam politik.
Rakyat hari ini majoritinya mempunyai pendidikan tinggi selepas menamatkan era persekolahan, minda mereka tidak mudah diindoktrinasikan dengan fitnah, hasutan, pembohongan dan kepura-puraan.
******
Tinggalkan Jawapan