VIDEO – RAJA PETRA DAKWA ADA MAFIA DALAM PDRM BUKIT AMAN

Editorial

5 April 2022

Pihak cungkils.com percaya rakyat seluruh negara tidak terkejut dengan dakwaan Raja Petra Kamaruddin sebagaimana tersiar dalam YouTube dan telah diulas oleh MYKMU bahawa terdapat ‘Mafia Polis di Bukit Aman’.

Hakikatnya isu berkaitan juga terlihat pada kenyataan bekas Ketua Polis Negara TS Musa Hassan yang mengkritik tentang tindakan pihak berkuasa Malaysia melengah-lengahkan siasatan ke atas Tawfiq Ayman di Singapura yang dikaitkan dengan kes rasuah 1MDB.

Bukan itu sahaja, sebagaimana didedahkan oleh seorang lagi bekas Ketua Polis Negara TS Hamid Bador, bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, mereka semuanya bersetuju bahawa terdapat campurtangan politik dalam badan perundangan dan kehakiman negara.

Namun siaran Raja Petra Kamaruddin melalui YouTube telah diterjemahkan sebagai suatu pendedahan yang menodai nama baik PDRM Bukit Aman, apabila dia dengan lantang menyatakan terdapat ‘mafia’ dalam badan berkenaan.

MYKMU telah mengulas isu berkenaan sebagaimana berikut.

Tuduhan Raja Petra Wujudnya MAFIA Polis Di Bukit Aman Agak Melampau?

Oleh Nurul Aishah MYKMU

SATU video yang memaparkan Raja Petra Kamaruddin menuduh pihak polis Bukit Aman di perintah oleh MAFIA yang menerima arahan dari “TUAN” dilihat agak melampau.

Walaubagaimanapun perkara ini dilihat perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Siasatan terperinci perlu dilakukan agar polis Bukit Aman bebas dari tuduhan bergerak ala MAFIA dan bertuankan individu tertentu.

Menurut desas desus yang bertiup kencang di media sosial, tuan kepada Mafia Bukit Aman ini adalah Tun Mahathir. Benarkah Mahathir terlibat dengan Mafia Bukit Aman? Sesungguhnya tidak kena menuduh seorang negarawan sedemikian rupa. Bagi membersihkan nama Mahathir, beliau perlu disiasat dengan telus, adil dan terperinci tanpa campur tangan mana-mana pihak agar ianya dapat membersihkan nama negarawan terulung ini.

Memetik video yang berdurasi 17 minit 12 saat tersebut, Raja Petra Kamarudin penulis blog Malaysia Today, mendakwa bahawa siasatan kes Zeti sudah selesai 4 tahun lalu tapi pihak polis Bukit Aman sengaja melewat-lewatkan kes dengan tujuan untuk menggugurkan kes Zeti tersebut.

Menurut Raja Petra lagi, polis Singapura telah memberi maklumat bahawasanya Zeti atau pun keluarga Zeti telah menerima rasuah dan duit itu ada di bank Singapura.

Isu Zeti kini semakin mengundang ketidakpuasan hati rakyat. Mereka menuntut agar Zeti dan suami Zeti segera didakwa memandangkan kertas siasatan telah lama siap bersama semua bukti kukuh. Kenapa ianya perlu dilengah-lengahkan lagi?

Ramai yang membuat spekulasi bahawa pendakwaan kes Zeti akan mengakibatkan satu tindakbalas domino di mana perancang utama dalam kes yang membabitkan penganiayaan terhadap Datuk Seri Najib akan turut terdedah dan berkemungkinan akan didakwa dan dibawa ke muka pengadilan. Adakah ini perkara sebenar yang telah dibincangkan dalam pertemuan antara Muhyiddin dan Mahathir baru-baru ini?

Agak menghairankan apabila Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan disoal siasat polis setelah pertemuan dengan Muhyiddin berlangsung.

Bangkai gajah tidak akan mampu ditutup selama-lamanya. Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh juga ke tanah.

Sumber: MYKMU

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: