3 April 2022
Pada awal 2020, setelah Muhyiddin tidak yakin dengan PH, dia telah menggunakan strategi Langkah Sheraton untuk mencari sekutu lain dan menyingkirkan Dr Mahathir.

Ketika itu buat permulaan Muhyiddin menggunakan Azmin Ali yang sanggup tinggalkan PKR bersama pengaruhnya, dengan habuan sebagai Menteri MITI.
Dengan itu juga, ia mencuci bersih nama Azmin setelah dicemari dengan kes video semburit Sandakan.
Itu semua tidak cukup, Muhyiddin merayu pula kepada UMNO dan kemudiannya berjanji memberikan pelbagai jawatan termasuk jawatan menteri kabinet dan jawatan GLC. UMNO terima bukan kerana habuan, tetapi kerana menyelamatkan negara daripada PH.
Itu pun tidak cukup juga, lantas Muhyiddin gunakan taktik yang sama merayu dan memberi habuan pada PAS, sehingga melantik beberapa orang kuat PAS sebagai menteri dan Presiden PAS sebagai Duta Khas ke Timur Tengah juga bertaraf menteri.
Bayangkanlah setelah berpuluh tahun menjadi pembangkang, kini PAS merasa enak dan selesa dengan gaji lumayan.
Namun rakyat tertanya-tanya bagaimanakah seorang duta boleh mundar-mandir dari Marang ke Kuala Lumpur, bukankah Duta sepatutnya berada di negara yang menjadi lokasi kedutaan negara yang diwakilinya?
Malangnya Covid19 dengan ‘total lockdown’ separuh masak Muhyiddin telah mengurung rakyat dalam rumah kira-kira setahun, turut memusnahkan ekonomi rakyat.
Dalam pada itu UMNO dan parti pembangkang pula tidak tahan dan mencurigai Ordinan Darurat yang dilaksanakannya untuk kepentingan peribadinya supaya apa juga tindakannya tidak dipersoalkan di Parlimen.
RM600 bilion dana negara telah digunakan oleh Muhyiddin tanpa ada ‘check and balance’ di parlimen.
Tidaklah mengejutkan apabila selepas itu Muhyiddin cuba lari daripada ‘usul undi tidak percaya’ terhadapnya.
Namun ketentuan Maha Pencipta tidak dapat dielakkan apabila dia tersungkur juga, setelah ahli parlimen UMNO menarik diri daripada menyokong kerajaan gagal.
Kepimpinan baharu dilantik menggantikannya dengan mengangkat Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, tetapi malangnya UMNO terpaksa menerima syarat yang diberikan iaitu mempertahankan orang-orang Bersatu dalam kerajaan baharu itu termasuk musuh-musuh UMNO.
Di samping itu Muhyiddin terus mengatur pula strategi Langkah Carey untuk mencari sekutu baharu dari Pejuang, Warisan dan PH, kerana dia tidak lagi yakin dengan sekutunya, PAS dan Gerakan.
Tapi DAP, Amanah dan Warisan sedar dengan gelagat pengkhianat yang tebal dalam DNA-nya, dan dengan itu awal-awal lagi mereka menolak Muhyiddin. Apatah lagi dendam mereka terhadapnya masih membara.

Pejuang pula menanggapi Muhyiddin sebagai ‘pembunuh tikam belakang’ sebagaimana kata Dr Mahathir.
Malahan Mahathir menterjemahkan Muhyiddin sebagai perasan nak jadi PM lagi sekali, sedangkan dia ‘bukanlah pemimpin yang bagus’.
Dalam pada itu PAS tidak menolak kemungkinan Muhyiddin kini terdesak setelah dia menyedari PN tidak mampu menumbangkan BN pada PRU15 di dua PRN.
Lantas, apa yang berlaku, menjelaskan bahawa Muhyiddin tidak lagi yakin dengan PAS kerana PRN Melaka dan Johor telah membuktikan bahawa tak ada faedah bekerjasama dengan PAS.

Sekiranya dia kalah pada PRU-15 nanti, masa depan politiknya musnah seluruhnya.
Lihatlah bagaimana banyaknya cawangan Bersatu (PPBM) di Johor terbubar, malahan di kubu kuatnya di Pagoh juga seperti nyawa ikan yang terdampar di pantai, manakala seluruh Bersatu Negeri Sembilan sudah berkubur.
Lihatlah juga bagaimana DUN Gambir, di mana dia adalah penyandangnya, telah jatuh ke tangan UMNO.
Adakah nanti dia boleh ‘survive’ atau mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh?

Sedih dan memalukan caci-cerca ‘podah’ (lebih bermaksud pergi jahanam kamu) yang dilemparkan terhadap UMNO terpantul pada dirinya sendiri.
Bukan itu sahaja, dakwaannya bahawa UMNO sudah berkubur, pada hakikatnya tertujah pada partinya apabila banyak bahagian dan cawangan Bersatu seluruh negara terbubar.
Sebagaimana kata Dr Puad Zakarsyi, bahagian Bersatu di Johor boleh dibilang dengan jari sahaja.
*****
Tinggalkan Jawapan