SYED SADDIQ BERHADAPAN PENJARA 30 TAHUN

Editorial

2 April 2022

Syed Saddiq Abdul Rahman, Presiden parti ‘Malaysian United Demcratic Alliance’ (MUDA) yang bersembunyi di sebalik akronim untuk golongan ‘muda’ kononnya, akan dipenjara dalam tempoh maksimum 30 tahun.

Sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia daripada kenyataan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, terdapat 3 pertuduhan ke atas Saddiq, dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun beserta sebatan rotan dan denda.

Sekiranya tertuduh didapati bersalah dan tidak membayar denda, maka tempoh penjara dilanjutkan sebagai menggantikan denda.

Pertamanya, Saddiq didakwa atas kes pecah amanah RM1 juta wang milik Armada, Bersatu.

Saddiq dituduh mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kedua, Syed Saddiq juga didakwa atas pertuduhan menyalahgunakan dana RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang tersebut.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman tidak lebih 5 tahun penjara dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Ketiga, Saddiq turut didakwa atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Akta 613.

Saddiq boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil daripada aktiviti haram.

Sebagaimana yang telah berlaku pada era pemerintahan PH, Saddiq mungkin terselamat, apabila konco-konco PH diselamatkan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas dengan menggunakan kuasa prerogatif, yang diterjemahkan sebagai ‘undang-undang rimba’ oleh ramai penganalisis.

Tapi malangnya bagi Saddiq, era ‘undang-undang rimba’ PH sudah berlalu, dan rakyat sedang berjuang agar ia tidak wujud kembali, setelah PH kalah teruk di PRN Melaka, PRN Sarawak dan PRN Johor.

Dr Mahathir juga sudah tertalu tua untuk kembali ke gelanggang politik untuk menyelamatkan Saddiq, malah pernah mengumumkan persaraannya, walaupun rakyat tahu itu hanyalah suatu pembohongan.

Sebagaimana kata MO Ibrahim dalam satu sidang antarabangsa di Afrika yang dihadiri Mahathir, “Ke manakah pemimpin tua-bangka berusia 90 tahun, hendak membawa rakyat negaranya, ke kubur?”

Parti Malaysian United Democratic Alliance dilihat bersembunyi di sebalik akronim ‘MUDA” kononnya parti itu membawa ideologi kaum muda, tapi hakikatnya ia tiada kena-mengena dengan kaum muda.

Saddiq juga akan tua suatu hari nanti.

Parti Democratic Alliance itu sebenarnya adalah ‘alliance’ atau sekutu kepada parti Democratic Action Party@DAP yang kaum Melayu sedar bahawa ia berdiri sebagai musuh Melayu-Islam.

Ia mendukung agenda tersembunyi komunisme iaitu menghapuskan hak istimewa bumiputera, kedudukan Raja-Raja Melayu yang mereka mahu hapuskan, dan kedudukan agama Islam yang bukan agama mereka.

Lihatlah siapakah peguam yang menjadi pembela Saddiq dalam kesnya, kalau bukan orang DAP, dan lihatlah bagaimana DUN Puteri Wangsa Johor yang didominasi oleh kaum Cina bandar diberikan oleh PH-DAP kepada calon MUDA.

Rakyat Johor tidak hairan, namun berapa banyakkah kerusi DUN atau kerusi Parlimen yang boleh DAP serahkan begitu sahaja kepada parti MUDA, sedangkan pemimpin mereka juga marah apabila kerusi yang ‘mudah-menang’ bagi calon DAP diserahkan begitu sahaja kepada MUDA?

Lihatlah bagaimana pemimpin DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang mendesak agar Saddiq perlu meletakkan jawatan kerana tiga kes pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya sedang dalam perbicaraan.

Syed Saddiq perlu menunjukkan contoh baik kepada generasi muda tanpa mengheret PH dan melalui proses undang-undang sewajarnya untuk membersihkan namanya.

Inilah seorang pemimpin ‘kaki temberang’ kerana pada usia muda lagi sudah terlibat dengan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram. Apa akan jadi sekiranya dia berkuasa kelak?

Semoga generasi muda pengundi sedar dan insaf siapakah yang mereka pilih.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: