MUHYIDDIN KATA KERAJAAN STABIL TAPI DI BELAKANG MASIH NAK TIKAM PM

3 April 2022

Sebagaimana Muhyiddin mengugut untuk tekan butang supaya DUN di Johor dibubarkan tempoh hari, begitulah juga kelakuan dia mengkhianati PM, Ismail Sabri untuk menjalin kerjasama dengan Dr Mahathir.

Demikian jugalah kelakuan khianatnya ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada DS Najib Tun Razak yang kemudiannya dia dipecat daripada UMNO.

Di DUN Johor tempoh hari kedudukan kerajaan negeri sebelum PRN adalah 28-27 kerusi kerajaan berbanding kerusi pembangkang, itu pun dengan tanggapan bahawa Speaker akan berpihak kepada kerajaan meskipun hakikatnya speaker adalah ADUN pembangkang.

Situasi ini dihangatkan lagi dengan ADUN Gambir, iaitu Muhyiddin sendiri yang sering tiada dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri.

Keadaan menjadi amat rumit bagi kerajaan negeri melaksanakan program lebih-lebih lagi peruntukan untuk rakyat serta program ekonomi, kerana gagal mendapatkan undi majoriti.

Tetapi apabila DYMM Sultan Johor membubar DUN atas nasihat MB, Muhyiddin gelabah dan merungut bahawa DUN Johor tak perlu dibubarkan kerana kerajaan negeri adalah ‘stabil’.

Kini rakyat tertanya-tanya adakah kerajaan PN juga stabil dengan tingkah-laku pengkhianat sepertinya yang mengadakan hubungan sulit dengan pembangkang untuk mewujudkan kerjasama dengan tujuan menyingkirkan PM, Ismail Sabri?

Situasi menjadi lebih parah dengan ‘Langkah Carey’ dan juga penubuhan ‘Gabungan Pejuang Negara’ yang dihebohkan oleh media.

Sebagaimana dilaporkan oleh MYKMU, DS Najib Razak secara sinis menyindir sikap Muhyiddin Yassin yang di hadapan rakyat menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri, tetapi “secara tersorok” berusaha pula untuk menumbangkan Naib Presiden UMNO itu.

Apabila media memberi gelaran bahawa dia adalah pengkhianat, dia marah pula.

Semalam, 2 April, Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa Muhyiddin telah didatangi Muhyiddin untuk mendapatkan sokongan menjadi Perdana Menteri ke-10.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim turut mengakui ada bertemu dengan Muhyiddin namun menyifatkan pertemuan itu sebagai ‘perbincangan biasa’.

Presiden Warisan, Shafie Apdal kemudian turut memaklumkan Muhyiddin ada menghubunginya untuk membentuk kerjasama politik menjelang PRU15.

“Dia mahu jadi PM kembali, dia pun berhubung dengan Mahathir, Anwar dan Shafie secara tersorok untuk minta sokongan.

“Tapi ketiga-tiga yang dia minta sokongan juga mahu jadi PM. Jadi, siapa yang akan jadi PM jikapun kerjasama mereka berjaya?,” kata Najib.

Bagaimanapun, jika kerjasama itu berjaya dibentuk sejarah kerajaan tikam-menikam dan tidak stabil pasti akan berulang seperti mana selepas PH menang PRU14.

Perkara yang menjadi polemik hangat ialah apabila Mahathir mendakwa bahawa Muhyiddin telah menikamnya dari belakang, sehingga runtuhnya kerajaan PH melalui ‘Langkah Sheraton’.

Orang yang dia tikam belakang itu tidak mati, dan kini dia merayu pula supaya orang yang dia tikam itu membantunya untuk menduduki kerusi PM sekali lagi.

Lantas, Mahathir menyindir Muhyiddin sebagai manusia tak sedar diri, kerana semasa Muhyiddin menjadi PM, kebanyakan rakyat tidak puas hati dengan kepimpinannya.

“Dia bukan Perdana Menteri yang bagus. Jika dia capai sesuatu yang hebat untuk negara, saya yakin tanpa sokongan daripada saya pun dia boleh menang.”

Mahathir, yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, dia tidak tahu mengapa Muhyiddin mendekatinya untuk mendapatkan sokongan Pejuang memandangkan dia tahu prestasi Pejuang amat buruk pada PRN Johor.

Persoalannya kenapakah Muhyiddin beriya-iya mahu menjatuhkan PM Ismail Sabri, yang merupakan rakan komponen PN?

Nampaknya Muhyiddin sudah gelabah, sedangkan Menteri Undang-Undang, Wan Junaidi baru sahaja memaklumkan pada media bahawa terdapat 39 katak-katak politik dalam kalangan ahli parlimen kerajaan sejak PH berkuasa pada 2018.

Sembilan puluh peratus daripada katak politik itu berada dalam parti Bersatu.

Bagi Wan Junaidi, tindakan melompat parti telah membawa kepada ketidakstabilan politik negara, malah negara telah menyaksikan pertukaran tiga orang Perdana Menteri dalam satu penggal parlimen.

Keadaan sedemikian tidak menjamin kestabilan politik negara, apabila politik tidak stabil maka ekonomi juga terancam.

Ditambah dengan kelakuan khianat Muhyiddin, wajarlah supaya parlimen dibubarkan sahaja dan PRU15 diadakan segera.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: