DIN PAGOH RAYU ORANG YANG DIA TIKAM BELAKANG UNTUK BANTUNYA JADI PM SEMULA

1 April 2022

TS Muhyiddin merayu Dr Mahathir agar membantunya untuk diangkat sebagai PM semula, meskipun Mahathir menganggap Muhyiddin adalah pengkhianat yang telah menikamnya dari belakang.

Pastinya Mahathir merujuk kepada Langkah Sheraton yang dipercayai sebagai strategi Muhyiddin untuk merampas kuasa Mahathir sebagai PM pada Februari 2020 dahulu.

Bukan itu sahaja, Mahathir juga melabelkan Muhyiddin sebagai pemimpin yang tidak layak diangkat sebagai Perdana Menteri, sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Mahathir berkata dia tidak tahu mengapa Muhyiddin meminta sokongannya.

“Dia nak saya sokong dia dalam usaha untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi,” kata Mahathir kepada pemberita ketika diminta mengesahkan laporan bahawa Muhyiddin ada bertemunya baru-baru ini.

“Saya tak tahu tapi dia minta saya (sokong). Kami (Pejuang) tak kuat, kami tiada wang, tapi dia minta kami sokongnya,” katanya lagi apabila ditanya bagaimana Pejuang dapat membantu Muhyiddin memandangkan parti itu tidak memegang banyak kerusi Parlimen.

Mahathir berkata Pejuang belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu, tetapi membayangkan yang dia tidak bersetuju dengannya.

“Saya tak tahu nak kata apa kepada Muhyiddin.

“Saya tak jadi Perdana Menteri sebab Muhyiddin. Dia tikam belakang saya. Sekarang orang yang dia tikam belakang itu tak mati lagi,” katanya.

Mahathir juga membayangkan prestasi Muhyiddin sebagai PM tidak begitu baik dan tidak layak untuk mendapat sokongan.

 “Semasa dia jadi Perdana Menteri, ramai orang tak puas hati dengan kepimpinannya. Dia bukan Perdana Menteri yang baik.

“Jika dia lakukan perkara yang bagus untuk negara, saya percaya saya tak sokong pun dia boleh menang.

“Kami tidak akan menyokong Perdana Menteri yang ada banyak kegagalan,” katanya lagi.

Nampaknya situasi survival politik Muhyiddin Yassin, berada dalam keadaan yang amat kritikal, sehingga dia menjadi desperado atau manusia terdesak untuk melakukan apa sahaja demi kesinambungan hayat politiknya.

Nampaknya benarnya, sekiranya tokoh-tokoh UMNO menterjemahkan Muhyiddin sebagai pengkhianat, bukan sahaja dahulunya dia mengkhianati kepimpinan UMNO, tetapi dia juga mengkhianati kepimpinan PPBM (Bersatu).

Di PRN Johor dia tidak berani bertanding di DUN yang disandangnya iaitu Bukit Gambir, kerana dia sedar dia akan kalah.

Kini Dun N09 Gambir sudah kembali ke tangan UMNO, dan pola yang sama dijangkakan akan berlaku di Parlimen Pagoh, sekiranya Muhyiddin masih berani bertanding di situ.

Banyak Bahagian Bersatu di Pagoh malah di merata tempat telah terbubar, sebagaimana kata Mahathir 70% ahli Bersatu akan meninggalkan parti.

Lebih tragis lagi apabila Mahathir optimis bahawa Bersatu akan kalah teruk pada PRU15 nanti.

Mahathir sendiri telah umumkan bahawa dia akan bersara dan tidak akan bertanding di Parlimen Langkawi.

Lantas, sejauh manakah hayat politik Muhyiddin yang kelihatannya semasa PRN Melaka dan PRN Johor, begitu angkuh dan bongkaknya dia, sehingga mengangkat dirinya sendiri sebagai ‘poster boy’ walaupun dia tidak bertanding.

Keratan ‘headlines’ yang mendedahkan banyak cawangan Bersatu sudah bubar, malah Bersatu di Negeri Sembilan telah terus berkubur.

Adakah PH mahu menerima Muhyiddin semula setelah tragedi ‘Langkah Sheraton’ menghancurkan kuasa PH pada Februari 2020 dahulu.

Kini Muhyiddin menyusun pula strategi Langkah Carey dan nampaknya langkah pertamanya sudah terseliuh, manakala rakon sekongkol rapatnya dahulu melabelkannya sebagai pengkhianat yang telah menikam belakang mereka.

Bagaimana nanti jika mereka membalas dan menikamnya pula?

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: