SEGERA BUAT LAPORAN POLIS/SPRM ATAS DAKWAAN MAHATHIR

Dr Mamat Desa

31 Mac 2022

Semalam, 30 Mac, rakyat seluruh negara, terutamanya ‘bangsa Johor’ terkejut dengan dakwaan atau tuduhan Dr Mahathir bahawa pengundi Johor telah disogok RM200 oleh UMNO.

Oleh kerana Pejuang@PETAI (Parti Pejuang Tanah Air) tidak mampu untuk menyogok RM200 kepada setiap pengundi, maka dengan sebab itulah Pejuang kalah di semua 42 kerusi yang ditandingi, malah semua calonnya kehilangan wang deposit kerana memperoleh undi yang amat rendah.

Sebagaimana disiarkan oleh NST, Mahathir menuduh UMNO telah ‘mengamalkan pembelian undi pada pilihan raya negeri Johor’ yang telah berlangsung awal bulan ini.

Mahathir mengeluarkan kenyataan tersebut di Masjid Nur Al Naim, Langkawi, yang memperkukuhkan dakwaannya bahawa dia bercakap benar.

Memperincikan kenyataan Mahathir itu, dia berkata, “Pada pilihan raya negeri Johor, kami Pejuang tidak mempunyai wang tetapi parti lain memberi wang tunai untuk membeli undi.

“Kami menghubungi pengundi untuk merayu sokongan tetapi mereka bertanya kepada kami berapa banyak yang boleh kami (PETAI) bayar kerana UMNO menawarkan mereka RM200 untuk mengundi mereka.

“Jadi, pengundi tidak mengundi Pejuang kerana kita tidak menawarkan wang kepada mereka, tetapi berapa lama RM200 itu akan bertahan?

“Jadi, pengundi tidak mengundi Pejuang kerana kita tidak menawarkan wang kepada mereka, tetapi berapa lama RM200 itu akan bertahan?” dia mendakwa.

Dakwaan atau tuduhan Mahathir ini amat serius, dan sebagai bekas Perdana Menteri yang hebat sedangkan yang lain tidak dapat menandingi kehebatannya, maka isu pembelian undi ini pastinya benar.

Dengan itu kami menyeru SPR, BERSIH atau mana-mana NGO yang lain seperti Pembela, Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia@PSUAM, SUARAM, SUHAKAM, dan lain-lain, mahupun UMNO sendiri, supaya membuat laporan kepada PDRM atau laporan kepada SPRM supaya dakwaan Mahathir itu dibawa ke muka pengadilan.

Jika tidak dakwaan Mahathir itu ditanggapi oleh rakyat sebagai fitnah yang amat besar dan PRN Johor boleh terbatal dengan kebenaran yang didakwa oleh Mahathir.

Jika ia merupakan fitnah maka Mahathir hendaklah dikenakan tindakan undang-undang sebagaimana sewajarnya tanpa mengira usi, warna kulit mahupun pangkat dan kedudukan.

Rakyat sudah muak dengan fitnah dan kempen pembohongan serta tuduhan-tuduhan murahan ahli-ahli politik yang terdesak.

Laporan kepada PDRM dan SPRM pastinya boleh menyelamatkan Mahathir daripada dosa fitnah yang ditanggapi sama dengan perbuatan membunuh sebagaimana tekandung dalam Al-Quran Nur Karim dalam surah Al-Baqarah ayat 191.

وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ

Marfhumnya: “Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan.”

Ia menjadi lebih berat lagi apabila kenyataan pemimpin yang hebat itu disampaikan dalam sebuah masjid yang diterima oleh umat Islam sebagai rumah Allah.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: