Editorial
30 Mac 2022
Seminggu-dua selepas PRN Johor, nampaknya Muhyiddin seperti mendiamkan diri. Memanglah wajar dia mendiamkan diri kerana tekanan yang ekstrem akan menyebabkan tisu-tisu kanser akan bertapak kembali ke tubuhnya.
Namun yang rakyat cuba persoalkan kenapakah Muhyiddin begitu celupar dalam kempen PRN Johor?
Sebagai Pengerusi PN sepatutnya Muhyiddin menyerang PH, Amanah dan PKR, bukannya UMNO, kerana UMNO adalah sebahagian daripada komponen PN, malah Perdana Menteri kerajaan PN sekarang ini adalah dari UMNO.
Namun Muhyiddin seperti terasuk dengan telahan dan ramalan songsang sebagaimana yang ditujah oleh mentornya Tun Mahathir bahawa UMNO akan terkubur.
Bertentangan dengan klise tersebut nampaknya Bersatulah yang sedang nazak untuk dikuburkan, dan parti Pejuang@PETAI pimpinan Mahathir hanyalah habuk yang terbang melayang tanpa ketahuan hala.

Dalam satu ceramahnya Muhyiddin mencaci UMNO sebagai parti yang ‘dihalau’ dari Johor dengan kata kesat ‘Poddah’ yang boleh membawa makna ‘pergi jahanamlah’.
Namun tidakkah Muhyiddin sedar banyak cawangan Bersatu sudah dibubar di Johor, malah kedudukan Bersatu di Pagoh sendiri bagaikan telur di hujung tanduk.
Sebagaimana kata Dr Puad Zakasyi, cawangan Bersatu boleh dibilang dengan jari di Johor sekarang.
Bersatu di seluruh Negeri Sembilan sudah dibubar, malah mentornya, Dr Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan bahawa 70% ahli Bersatu akan keluar meninggalkan parti.
Bukan itu sahaja, Mahathir juga optimis bahawa Bersatu pimpinan Muhyiddin akan kalah teruk di PRU15.

Namun ego Muhyiddin bagaikan singa tua gayut yang sudah tiada taring, malahan kukupun sudah banyak yang tercabut, tetapi masih ada hati hendak mengaum. Malangnya ngauman Muhyiddin hanya menjadi bahan ketawa rakyat kerana bunyinya amat sumbang.
Muhyiddin kata Johor bukan lagi kubu kuat UMNO, tetapi apa juga teori yang cuba diangkat atas kemenangan BN-UMNO di Johor, yang signifikannya ialah Bersatu-PN adalah gabungan parti yang lemah dan ditolak rakyat.
Ramai penganalisis sudah menasihati supaya jangan gunakan tampuk wajah Muhyiddin pada poster-poster PN di Johor kerana strategi yang sama telah membawa kekalahan teruk PN-Bersatu di PRN Melaka.
Namun singa tua yang hilang taring itu tetap ego, angkuh dan riak, lantas lihatlah apa yang telah berlaku.
Bukan itu sahaja, Muhyiddin juga berangan-angan mahu menjadi PM lagi sekali setelah 17 bulan menjadi PM kepada ‘kerajaan gagal.’
Apa yang rakyat lihat kini, katak-katak dalam Bersatu sudah resah gelisah, malahan RUU Anti-Lompat Parti cuba dilengah-lengahkan oleh balaci Muhyiddin.
Muhyiddin kata dia sanggup meletakkan jawatannya (sebagai Pengerusi PN dan Presiden Bersatu?) jika itu yang ahli mahu.
Jika Muhyiddin ‘gentleman’, letaklah sahaja jawatan itu, demi maruah dan harga diri atas keceluparan, ego dan bongkak semasa kempen di dua PRN yang baru lalu. Kenapa beri alasan perlu tunggu respons ahli?
Lihat sahaja Mahathir yang terus letak jawatan tanpa tangguh-tangguh selepas tragedi ‘Langkah Sheraton’.
Tapi Muhyiddin terus dengan ego bongkaknya, dan kini mahu menggerakkan pula ‘Langkah Carey’ bersama-sama dengan parti gabungan PH.

Hakikatnya sekarang, ‘poddah’ Muhyiddin terhadap UMNO terpantul kepada dirinya sendiri serta parti kataknya yang tidak bermaruah.
Rakyat harap Muhyiddin dapat menjawab afidavit Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli terhadap ugutan yang dikenakan terhadapnya oleh orang-orang Muhyiddin, dan amat mengecewakan, juga SPRM, yang menjadi keldai Muhyiddin, supaya Rozman melompat dari Warisan ke Bersatu jika tidak mahu dikenakan dakwaan terpilih.
Pastinya ramai lagi yang malu untuk tampil mendedahkan ugutan sedemikian yang menyebabkan mereka melompat ke Bersatu.
Malulah sikit Muhyiddin kerana rakyat tidak dungu, tidak buta dan tidak tuli dan rakyat tolak kamu.
Kalau kamu bertanding di Bukit Gambir untuk pertahankan kerusi DUN kamu di situ, rasanya kamu sudah hilang wang deposit.
******
Tinggalkan Jawapan