Editorial
29 Mac 2022
Klise bahawa parti ‘United Democratic Alliance’ (UDA) sebagai parti untuk anak muda hanyalah satu retorik dangkal dan pembohongan belaka.
Daripada nama parti, rakyat boleh tahu ia bukanlah bermatlamatkan ideologi atau falsafah yang mengangkat golongan ‘muda’, sebalik adalah parti yang condong kepada ideologi yang didukung oleh DAP atau ‘Democratic Action Party’.
Jika dia adalah parti ‘United Democratic Alliance’, maka siapakah yang menjadi entiti ‘alliance’nya (sekutu) itu, selain daripada Democratic Action Party@DAP?
Semuanya boleh dilihat apabila DAP-PH yang menawarkan kerusi DUN Puteri Wangsa kepada MUDA, yang majoritinya adalah pengundi kaum Cina 49.95% (31,142), Melayu 38.6% (24,066), India 10.38% (6472) manakala 1.07 % (667) adalah kaum lain.


Jumlah daftar pengundi di Puteri Wangsa adalah 62,347.
Apabila calon UDA@MUDA telah mendapat 22,884, amat jelas sekali majoriti yang memilih MUDA adalah sebahagian besarnya kaum Cina atau bangsa DAP dan selebihnya pergi kepada MCA dan Gerakan.
Lantas, amatlah salah untuk membuat kesimpulan bahawa UDA@MUDA telah mendapat sokongan golongan pengundi muda, apatah lagi kaum Melayu, sedangkan yang menyokongnya adalah bangsa DAP.
Apabila berlaku kebakaran lima buah kedai, di Felda Ulu Tiram, Johor yang berada di bawah kawasn DUN Puteri Wangsa, netizen dan rakyat Johor amat marah kerana alasan yang diberikan oleh pihak ADUN Puteri Wangsa, membangkitkan sikap ketidakpedulian ke atas rakyat yang ditimpa bencana.
Pihak ADUN memberikan alasan bahawa Amira Aisya berada di luar kawasan dan belum angkat sumpah dan dengan itu ADUN tidak boleh membantu mangsa kebakaran sebagaimana yang dilaporkan oleh EdisiSiasat.
Adakah ADUN fikir bahawa rakyat perlukan bantuan kewangan serta-merta maka ADUN yang tiada wang tidak perlu datang membantu?
Apa yang rakyat perlukan ialah sokongan moral dan keprihatinan daripada wakil rakyat mereka ketika ditimpa bencana, di samping menggerakkan penempatan sementara, makanan dan kecederaan (sekiranya ada) serta urusan NADMA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Apa yang berlaku, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang tiba terlebih dahulu daripada ADUN.
Setelah baginda berada di lokasi kejadian baharulah ADUN Amira Aisya kelam kabut datang dengan lakonan ala wartawan penyiaran di hadapan kamera menjadi ‘stand upper’.
Adakah ADUN cuba menjadi ‘glamor’ atas bencana yang menimpa rakyat?
Dia kemudiannya memuat naik akaun untuk mendapatkan sumbangan orang ramai atau ‘crowd funding’ sedangankan kes-kes pecah amanah dana yang dihadapi oleh Presiden Parti UDA sedang berjalan.
Walau bagaimanapun netizen tahu bahawa pihak yang akan banyak menyumbang ialah taikun-taikun bangsa DAP sebagaimana Presiden parti, Syed Saddiq memohon ‘crowd funding’ untuk wang jaminan kes pecah amanahnya.
Nampaknya ‘crowd funding’ sudah menjadi budaya yang sinonim dengan parti UDA.
Sumbangan dan bantuan dari kerajaan pusat dan kerajaan negeri, ditambah pula dengan bantuan segera dari pihak istana, sudah mencukupi.
Tindakan mendapatkan ‘crowd funding’ itu membuktikan ADUN tidak tahu tugas sebagai wakil rakyat dan wang yang diperoleh boleh disalahgunakan.
Jangan pula selepas ini ADUN gembira jika rakyat ditimpa bencana kerana ia boleh dijadikan alasan untuk mendapatkan ‘crowd funding’.
Wang dari ‘crown funding’ parti UDA itu hendaklah dipantau oleh SPRM agar ia tidak menjadi kes AMLA atau penggubahan wang haram.
Lihatlah bagaimana baginda DYMM Sultan Johor, mencemar duli membiayai kos bina semula gerai yang terbakar menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
******
Tinggalkan Jawapan