VIDEO – NAJIB BAWA AURA BARU DI PULAU PINANG, SEBALIKNYA KEYAKINAN MASYARAKAT CINA PADA DAP JATUH MERUDUM

Editorial

27 Mac 2022

Semalam 26 Mac, kedatangan DS Najib ke Pulau Pinang bukanlah merupakan satu lagi siri kempen PRN mahupun PRU15 yang dijangkakan tidak lama lagi, sebaliknya beliau telah dijemput sebagai tokoh Ucap Utama dalam Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan Antarabangsa Pulau Pinang Kali Ke-2 (PIBIS) anjuran Bursa Malaysia.

Terbangkit persoalan kenapakah Bursa Malaysia tidak menjemput Lim Guan Eng yang merupakan bekas Menteri Kewangan PH, atau Tengku Zafrul yang merupakan Menteri Kewangan sedia ada, atau Tun Mahathir yang mendabik dada bahawa dialah tokoh hebat ekonomi Malaysia? Mengapa harus DS Najib?

Namun kehadiran DS Najib ke Pulau Pinang bukanlah sekadar dihangatkan dengan PIBIS Ke-2 itu, bahkan beliau disambut meriah oleh ahli Persatuan Persekutuan Klan Zhang SeMalaysia, dan presidennya, Anthony Chang.

Chang telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menerima Najib dengan tangan terbuka bagi pihak ‘masyarakat Cina di Pulau Pinang’.

Lantas mengapakah sekumpulan kecil lapan ahli DAP dari Bahagian Bukit Mertajam, memprotes kehadiran DS Najib dengan sepanduk ‘Bossku Kemaluan Negara’ sedangkan ribuan menyambutny dengan mesra, melangkaui perbezaan agama, budaya dan warna kulit?

Tidakkah mereka sebagai bangsa Cina malu dengan kes kematian saksi utama kes rasuah Pengerusi DAP, Lim Guang Eng yang dikatakan telah terjatuh dari tingkat 17 The Palazzo?

Tidakkah mereka berasa malu dengan undang-undang rimba yang dipelopori oleh Peguam Negara PH, Tommy Thomas apabila memadam kes-kes yang melibatkan pemimpin DAP-PH, malah membebaskan aktivis pengganas LTTE?

Tidakkah mereka berasa malu apabila Timbalan Ketua Menteri Dua Pulau Pinang adalah merupakan aktivis penting pengganas LTTE?

Tidakkah mereka berasa malu apabila DAP kalah teruk di PRN Melaka, PRN Sarawak dan kini di PRN Johor.

Malahan dakwaan bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador harus membuka mata dan minda mereka tentang dakwaan terpilih apabila terdapat gejala ugutan ke atas pemimpin-pemimpin politik oleh pemimpin paeti politik yang diasaskan oleh Tun Mahathir, yang gelabah mencari dan membeli ahli-ahli parlimen.

Lihatlah sahaja perakuan Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli yang diheret ke mahkamah kerana enggan tunduk pada ugutan orang-orang Muhyiddin Yassin termasuk juga SPRM.

Muhyiddin Yassin adalah Presiden Bersatu (PPBM) yang dahulunya diasaskan oleh Mahathir tetapi menghadapi tekanan dalam kerajaan PH kerana jumlah ahli parlimen yang kecil dalam parti itu, sehingga Mahathir dijadikan PM Boneka.

Tidakkah ia memalukan?

Petunjuk yang normal digunakan untuk mengklasifikasikan seseorang dalam pencapaiannya, sama ada memalukan atau membanggakan ialah KPI atau Penunjuk Pencapaian Utama, bukan berdasarkan cakap mulut dan ratib yang menjengkelkan terhadap seseorang yang hanya merupakan persepsi semata-mata.

Dalam perdebatan, siapakah yang menjadi ‘national embarrassment’ antara DS Najib dan Tun Mahathir, perlulah dilihat pada pencapaian DS Najib selama 9 tahun beliau menerajui Malaysia berbanding Tun Mahathir yang menguasai Malaysia dengan dasar kuku besinya selama 22 tahun.

Lihatlah pula apa kata rakyat Pulau Pinang berbangsa Cina terhadap gelagat pemimpin DAP sebagaimana terbukti dalam video berikut.

Kehadiran DS Najib di PIBIS Ke-2 telah dilanjutkan dengan lawatan mesra mengunjungi rakyat Pulau Pinang dan sambutan masyarakat Cina sungguh mengkagumkan.

Sambutan tersebut meresahkan Presiden Dewan Perniagaan Cina (PCCC) Hong Yeam Wah dan ADUN Komtar Teh Lai Hin yang membantah kehadiran DS Najib serta mendakwa beliau tidak diterima baik di Pulau Pinang.

Namun video sambutan masyarakat Cina terhadap DS Najib menunjukkan keadaan yang bebeza sebagaimana dakwaan Hong Yaem Wah dan Teh Lai Hin.

Nampaknya amatlah signifikan bagi Ketua Penyelidik Ilham Centre, Prof. Madya Dr Yusri Ibrahim yang mendapati bahawa tahap keyakinan (confidence level) masyarakat Cina terhadap PH-DAP sudah menyusup jatuh.

Malahan Lim Guan Eng sendiri telah mengakui bahawa sokongan pengundi kepada DAP akan merosot pada PRU15 nanti.

Menambahkan lagi signifikan dapatan Ilham Centre, sudah ada pemimpin DAP yang menggesa supaya Guan Eng meletakkan jawatan atau bersara terus daripada politik sebagaimana bapanya Lim Kit Siang yang mengisytiharkan persaraannya dari politik, baru-baru ini dalam pemilihan CEC DAP di Shah Alam.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: