Editorial
26 Mac 2022
Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 Sep 2021, telah melakar sejarah apabila julung kali memeterai (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.
MoU yang terhasil telah ditandatangani secara bersama oleh PM, DS Ismail Sabri dan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim.
Turut menandatangani MoU itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.
Ia membentuk kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.
Melalui MoU berkenaan, secara tidak langsungnya, mengikat perjanjian bahawa setiap usul penggubalan RUU daripada pihak kerajaan hendaklah dipersetujui bersama oleh pihak pembangkang tanpa bangkangan.
Ahli-ahli Parlimen dari kerajaan dan pembangkang, membulatkan tekad, mengetepikan perbezaan ideologi politik untuk bersama-sama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Malangnya, pada 23 Mac, MoU berkenaan telah dengan automatisnya terbatal susulan tindakan Pakatan Harapan (PH) membangkang RUU SOSMA, Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
Menurut Ahli Parlimen Ketereh, TS Annuar Musa berdasarkan Perkara 3.3(b) dalam MoU menyatakan bahawa PH bersetuju akan mengambil pendirian menyokong atau berkecuali dalam sebarang usul yang dikemukakan oleh kerajaan.

Malangnya, pada 23 Mac pihak PH telah menolak usul untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selama lima tahun lagi dan mengekalkan tempoh tahanan selama 28 hari.


Dengan itu, PH telah melanggar MoU tersebut, dengan secara mengejut meminta undi belah-bahagi bagi satu usul yang dibawa oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Dengan tindakan itu, maka terbatallah MoU berkenaan.
Lantas, dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, PM berhak untuk melaksanakan pembubaran Parlimen.
Ia juga membolehkan pihak Perdana Menteri untuk segerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Selain TS Annuar Musa, Ahli Parlimen Pontian, yang merupakan Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan, turut berpandangan bahawa MoU yang dimeterai oleh kerajaan dan pembangkang pada 13 September itu sudah secara automatisnya terbatal.
Pakatan Harapan (PH) telah melanggar komitmen MoU tersebut dengan bertindak menolak usul yang dibawa KDN dalam Dewan Rakyat pada 23 Mac lalu.
Blok kerajaan didapati gagal dalam mendapat kelulusan bagi usul Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Usul yang dibentang Menteri KDN, DS Hamzah Zainudin itu tidak diluluskan setelah melalui undi belah-bahagi yang menyaksikan 84 Ahli Parlimen bersetuju manakala 86 lagi tidak bersetuju.
Dengan itu juga, Perdana Menteri dengan Perkenan DYMM YDP Agong boleh mengisytiharkan pembubaran Parlimen dan memberi laluan untuk diadakan PRU15 Malaysia.
Akibatnya, melatahlah pihak PH, kerana PRU15 adalah mimpi ngeri setelah kekalahan teruk mereka di PRN Melaka, Sarawak dan terkini PRN Johor.
Walau bagaimanapun parti PPBM pimpinan Muhyiddin Yassin juga menggelabah dan naik sawan sekiranya PM Ismail Sabri nekad mengadap DYMM SPB YDP Agong untuk membubarkan parlimen.
Malanglah bagi katak-katak politik kerana kerusi parlimen yang mereka menang dahulu, bukan lagi menjadi ‘deposit tetap’ pada PRU15 nanti.
*****
Tinggalkan Jawapan