LAGI SEKALI TUN M AKAN DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN BONEKA DALAM GPN

Editorial

25 Mac 2022

Setelah sokongan kepadanya telah terus hancur-luluh sejak kalah pada tujuh PRK semasa dia masih menerajui kerajaan PH sebagai PM Ke-7, dan terkini di PRN Johor di bawah panji Pejuang Tanah Air (PETAI@Pejuang), Tun Mahathir terus dengan keegoannya walaupun usia sudah melampaui senja.

Mukhriz Mahathir, kata Pejuang kalah atas alasan pengundi Johor tidak kenal Pejuang kerana logo yang belum popular, tetapi banyak berkempen di kawasan FELDA yang menjadi tempat pemastautin generasi lama yang agungkan Mahathir dahulu.

Manakala Mahathir pula kata Pejuang terlalu menumpukan kepada penentangan rasuah dan jenayah, seakan-akan rakyat Johor suka rasuah dan jenayah, lantas pengundi menolak partinya sehingga kalah di semua 42 kerusi DUN yang ditandingi.

Bukan itu sahaja, ia sungguh memalukan apabila parti yang kononnya dipimpin oleh bekas pemimpin tersohor negara kalah wang deposit di semua 42 DUN (kerana mendapat undi <8%) yang ditandingi.

Dia masih tidak mahu sedar bahawa rakyat amat marah pada PH yang dipimpinnya dahulu, meskipun kini dia sudah menubuhkan parti baharu untuk selamatkan dirinya.

Sebagaimana kata Muhyiddin Yassin, kehadiran Pejuang di PRN Johor hanya menghabiskan masa sahaja.

Malahan bukan sahaja Pejuang menjadi mangsa, parti-parti dalam PH juga menjadi mangsa kerana rakyat benci pada bekas PM ke-7 yang mengaku dia adalah ‘PM boneka’.

‘PM boneka’ bermakna dia adalah boneka kepada DAP yang mendominasi PH. Lantas, bagaimana pemimpin hebat boleh jadi boneka kepada DAP, atau hakikatnya PPBM (Bersatu) yang dipimpinnya memang keldai DAP?

Kini Tun Mahathir yang masih dengan egonya dan dalam keadaan tercungap-cungap ketika berucap, mahu menubuhkan pula gabungan baharu yang dinamakan Gerakan Pejuang Nasional (GPN).

Sebagaimana biasa dia menuntut untuk menjadi pengerusi GPN sama seperti PPBM yang merupakan parti nyamuk dalam PH dahulu.

Parti-parti yang menjadi sasaran Mahathir adalah partinya sendiri, Pejuang, Parti PPBM (Bersatu), Piagam Rakyat, PAS, Gerakan dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Dia dikatakan sudah mendapat sokongan PN, dan kini sedang melobi untuk mendapatkan sokongan agar PH yang terdiri daripada DAP, Amanah dan PKR turut serta bersama dengan GPN dengan matlamat hendak menghapuskan UMNO pada PRU15 nanti.

Nampaknya sudah beberapa kali Mahathir menggerakkan jenteranya untuk menghapuskan UMNO tetapi sebalik partinya sendiri yang kelihatan sedang terhapus.

PKR awal-awal lagi sudah menolak, tetapi DAP yang akan menjadikan Mahathir sebagai boneka atau keldai kali kedua telah menunjukkan minat.

Mahathir tidak sedar parti Pejuang@Petainya hanya mempunyai 4 ahli parlimen daripada 222 jumlah ahli parlimen seluruh negara, dan hanya 5 ADUN daripada 607 ADUN seluruh negara.

Sumber: Wikipedia

Dia lupa, bahawa lagi sekali Pejuang@PETAI akan dijadikan boneka oleh parti yang melihat partinya hanyalah sekadar melukut di tepi gantang atau nyamuk dalam kalangan gajah.

Semoga RUU Anti-Lompat Parti segera digubal supaya Mahathir tidak menggunakan konco-konco untuk mengugut mana-mana ahli parlimen sebagaimana yang terjadi kepada beberapa pemimpin PKR dan UMNO.

Malahan hari ini daripada 31 Ahli Parlimen PPBM (Bersatu) 26 daripada mereka adalah katak-katak politik, sehingga cabinet PN hari ini dipenuhi dengan ahli politik yang hakikatnya adalah pembelot kepada parti asal mereka.

Hal ini menjadi isu yang serius apabila bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador telah mendedahkannya, manakala affidavit Ahli Parlimen Labuan dari Warisan, Rozman Isli telah memperakui bahawa orang-orang kuat Bersatu telah mengugutnya bersama-sama dengan pegawai SPRM supaya melompat dari parti Warisan ke parti Bersatu.

Ia sungguh menjijikkan dan mencabuli prinsip demokrasi serta doktrin pengasingan kuasa apabila terdapat campur tangan eksekutif dalam badan perundangan negara.

Seperkara lagi, sekiranya PAS amat taat dengan PN dan Muhyiddin Yassin, adakah kali ini PAS akan menggadaikan maruahnya untuk turut bergabung dengan GPN yang diterajui oleh Mahathir?

Sebagaimana yang menjadi perbualan hangat, bodohlah bagi PKR dan DS Anwar Ibrahim untuk jatuh ke perangkap Mahathir lagi sekali, dan dengan itu bodohlah juga PAS untuk bersekongkol dengan ‘bapa perpecahan Melayu-Islam’.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: