SYABAS BLOG ‘ABITW’ KERANA BERANI KRITIK KUASA GHAIB MAHATHIR DALAM KERAJAAN PN SEKARANG

Editorial

24 Mac 2022

Dalam isu kemunculan kaki fitnah, Rafizi Ramli yang mendadak mengkritik DS Najib, blog ‘Another Brick in The Wall’ (ABITW) telah membidas Rafizi yang dilihatnya sebagai tersalah sasaran.

Rafizi yang terkenal sebagai strategis PKR-PH semasa kempen PRU14, telah mengkritik DS Najib tanpa fakta sebaliknya persepsi semata-mata yang menonjolkan karektornya yang ‘bodoh’ dan ‘semborono’.

Blog ABITW telah mempersoalkan tindakan Rafizi, yang sepatutnya menyerang Dr Mahathir kerana dialah yang telah menyebabkan kehancuran kerajaan PH yang kononnya telah diberikan mandat oleh rakyat pada PRU14 (2018).

Kami mengucapkan syabas kepada blog ABITW kerana berani menyerang konco-konco Mahathir yang masih berleluasa dalam kerajaan PN sedia ada yang mungkin ramai tidak menyedarinya.

Lebih daripada itu, kuasa ghaib Mahathir ini telah cuba menyekat dan melengah-lengahkan siasatan ke atas bekas Gabenor BNM, Zeti Akhtar Aziz, dan suaminya Tawfiq Aiman yang telah menerima sogokan dana 1MDB sebagaimana didedahkan oleh kerajaan Singapura.

Pada bahagian akhir siarannya ABITW telah berani mengangkat isu salahguna kuasa Peguam Negara dan Hakim seperti berikut:

Rafizi sepatutnya menghala hujahannya kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang merupakan bekas Pengerusi PNB dan “budak biru” (‘budak mata-biru’) Mahathir yang dilindungi secara jenayah yang telah membuat keputusan untuk melabur dalam Sapura Energy.

Tan Sri Shamsuddin dari Sapura ialah kawan rapat Mahathir dan jarang dilihat di majlis-majlis kecil dan peribadi Yayasan Kepimpinan Perdana.

Anak saudara Mahathir, Abdul Rasheed Jaleel kemudiannya telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PNB. Dia pasti telah mengetuai perancangan dan memberikan justifikasi kepada PNB untuk melabur dalam Sapura Energy.

Kerajaan Pakatan Harapan ketika itu yang diterajui Mahathir telah bertekad untuk ‘menyelamatkan (bailout) Sapura Energy.

Namun, PH telah menjadi punca apabila dasar dan tindakan mereka telah mempercepatkan kemusnahan kekuatan kewangan yang telah mengheret Malaysia ke kancah ekonomi semasa.

Ia bermula dengan kejatuhan pelbagai pasaran yang datang selepas kemenangan PH pada 2018 yang berpunca daripada kehilangan keyakinan pelabur terhadap Mahathir.

Sepatutnya PH memulihkan keyakinan pelabor tetapi sebaliknya, kerajaan PH lebih bertindak membalas dendam politik dan memburu pihak yang mereka benci dalam kerajaan sebelumnya.

DAP telah mendominasi Kementerian Kewangan mempunyai niat jahat terhadap syarikat yang berjaya dalam pemerintahan BN.

Pada masa ini, ia telah menjadi rahsia yang telah terbongkar apabila Zeti dilindungi daripada disiasat atas penyelewengan dalam kemelut 1MDB oleh polis dan SPRM.

Mungkin dia telah disiasat dan Ketua Polis Negara telah menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara Tan Sri Idrus Haron, tetapi menahan daripada meneruskannya.

Ia mungkin tidak mahu menyimpang daripada keputusan mahkamah bagi hukuman pemenjaraan Najib yang sedang berlangsung.

Lebih-lebih lagi, pakar politik telah membuat spekulasi bahawa, TS Idrus Haron telah terhutang budi kepada Muhyiddin kerana melantik beliau sebagai Peguam Negara dan adiknya sebagai Speaker Dewan Negara yang merupakan jawatan penting kerajaan.

Lantas, boleh jadi Muhyiddin tidak memberikan kebenaran juga atas nasihat Dato’ Rosli Dahlan untuk tidak mengheret Zeti, suaminya Tawfiq dan anak-anak mereka.

Jika ada sebarang usaha membawa Zeti dan keluarganya ke mahkamah, maka ada pula hakim yang dilantik oleh Mahathir ketika dia berkuasa, untuk membuang kes berkenaan.

Adakah Rafizi akan membangkitkan isu itu terhadap Zeti?

Adakah Rafizi juga berani berhadapan dengan risiko sebagai perantara antara Anwar dan Mahathir-Muhyiddin?

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: