Editorial
24 Mac 2022
Parti cauvinis Cina, DAP sering menjaja bahawa ia adalah parti berbilang kaum, tetapi hakikatnya ia hanya mementingkan dan memperjuangkan hak satu kaum sahaja.
Untuk mengelabukan mata rakyat, DAP telah meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Cina dalam PRU dan PRN.
Di PRN Johor misalnya DAP telah meletakkan Marina Ibrahim di DUN48, Skudai di kawasan majoriti Cina supaya terlihat bahawa ia tidak mengabaikan kaum Melayu tetapi pada hakikatnya sebagaimana keputusan pemilihan CEC DAP pada Ahad 20 Mac, kaum Melayu hanyalah patung manequin semata-mata.


Pada senarai pemimpin terpilih CEC, ia menunjukkan warna DAP yang sebenar, apabila dalam senarai 30 calon yang dipilih, hanya seorang sahaja daripada kaum Melayu, itu pun merupakan seorang wanita yang mudah dicucuk hidungnya.
Sewajarnya sekiranya DAP mewakili semua kaum, maka kaum Melayu yang menjadi majoriti dalam komposisi kaum di Malaysia, pastinya tidak diwakili oleh hanya sekadar seorang wanita.
Terdapat 10 calon Melayu yang bertanding dalam pemilihan CEC DAP yang kesemuanya berjumlah 93 calon. Tetapi semuanya tewas kecuali Young Syefura Othman satu-satunya calon Melayu yang terpilih.
Calon Melayu yang hebat-hebat seperti Aziz Bari, Sheikh Umar Bagharib Ali, Tengku Zulpuri Shah, Zairil Khir Johari, dan peguam terkenal, Syahredzan Johan, semuanya tewas.
Adakah dengan kemenangan Young Syefura itu, maka DAP boleh mendabik dada bahawa DAP membawa falsafah ‘berbilang kaum’? Bagaimana pula kaum daripada etnik Sabah-Sarawak?
Walau bagaimanapun untuk menyedapkan hati kaum Melayu, Tengku Zulpuri dan Syahredzan telah dilantik untuk menduduki CEC.
Pastinya pemilihan CEC tidak boleh dijadikan cerminan tentang sikap dan pendirian DAP terhadap ‘falsafah berbilang kaum’.

Pemimpin Melayu yang hebat dalam DAP seperti Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang pernah memegang jawatan Naib Pengerusi DAP, telah menyelar DAP sebagai parti yang dipimpin oleh pemimpin diktator.
Berdasarkan pengalamannya dalam DAP, pemimpin tertinggi DAP tidak suka dasar dan pemerintahan mereka dicabar atau ditentang oleh ahli parti.
Jelas Tunku Abdul Aziz, “Tiada ruang untuk menyuarakan pendapat yang mungkin bercanggah dengan kepemimpinan atasan DAP, beginilah cara kedua-dua Lim (Kit Siang dan Guan Eng) mencengkam parti.”

Selain daripada Tunku Abdul Aziz, bekas Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP, Amran Ahmad Nor yang telah bersama DAP selama 10 tahun, juga menyelar sikap kepimpinan kuku besi DAP, sehingga dia dipecat daripada parti cauvinis itu.
Amran dipecat setelah mengkritik tindakan DAP menyebarkan fitnah serta melakukan propaganda jahat sebelum PRU14.
“Apa salah saya menegakkan kebenaran dan mengkritik tindakan salah parti atas nama demokrasi yang menjadi tunjang perjuangan DAP?
“Saya menganggap bahawa tindakan pemecatan saya dari DAP ini sebagai suatu pengkhianatan dan tindakan tidak mengenang jasa dan pengorbanan dua generasi kaum Melayu dalam DAP setelah arwah bapa saya, Allahyarham Ahmad Nor menyertai DAP pada tahun 1986.”
Lantas, usahlah diperdebatkan tentang penglibatan kaum Melayu dalam DAP, kerana orang seperti Young Syefura hanyalah ‘display mannequin’ untuk menarik perhatian ramai.

Semalam media dikejutkan dengan gesaan Pengerusi DAP Johor supaya Lim Guan Eng yang baharu diisytiharkan sebagai Pengerusi DAP agar mengundur diri, sama seperti bapanya Lim Kit Siang.
Rasional yang diberikan ialah kerana Lim Guan Eng kini terlibat dengan kes rasuah Terowong Bawah Laut Pulau Pinang, malahan kes telah terkait dengan kematian Datuk Ewe Swee Kheng, saksi utama pendakwaan kes tersebut.
Timbul juga persoalan dalam kalangan rakyat, adakah Ewe Swee Kheng mati terjatuh atau ‘dijatuhkan’ daripada tingkat 17 kondominium The Palazzo?
DAP amat bising tentang kematian Teoh Beng Hock yang meninggal dunia kerana jatuh dari bangunan SPRM Shah Alam, tetapi hanya berdiam diri dengan kematian Ewe Swee Kheng itu.
Timbul juga persoalan mengapa DAP hanya berdiam diri dengan kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim dalam rusuhan di kuil Hindu Seafield?

Lantas, di manakah letaknya semangat dan falsafah berbilang kaum DAP yang dijaja itu?
Meletakkan calonnya Marina Ibrahim di Skudai dan Young Syefura di DUN Ketari Bentung yang majoriti pengundinya adalah kaum Cina tidak meletakkan DAP sebagai parti berbilang kaum.
Sebaliknya daripada pemilihan CEC DAP, jelas sekali ia adalah parti Cina yang hanya memilih keldai-keldai daripada kaum lain sebagai ‘display mannequin’. Jika mereka bersuara lantang mengkritik kepimpinan parti, maka mereka akan dipecat.
****
Tinggalkan Jawapan