RAFIZI, SUDAH KEMBALI MULAKAN SIRI FITNAHNYA

Pakar fitnah PKR Rafizi Ramli yang popular dengan ‘Langkah Kajang’ kini mucul kembali setelah dikenakan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen kerana didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta BAFIA enam tahun lalu, tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi setelah PH berkuasa.

Dulu dia pernah memfitnah bahawa isteri PM Ke-6 telah membeli cincin bernilai RM24 juta, tetapi apabila diheret ke mahkamah dia mengatakan dia hanyalah bergurau.

Kini dia kembali memulakan siri fitnahnya dengan mendakwa bahawa kerajaan telah menghabiskan berbilion ringgit membantu Sapura Energy yang dilihatnya sebagai menyelamatkan golongan kapitalis, elit dan korporat.

Rafizi menuduh tanpa fakta, “Lebih-lebih lagi apabila sejumlah wang yang besar melebihi berbilion-bilion ringgit telah pun disuntik ke dalam Sapura sejak lebih sedekad yang lalu.”

Sedangkan kerajaan tidak pernah membantu Sapura, tetapi telah membantu menyelamatkan Proton, Air Asia, MAS, MISC yang dahulunya dimiliki oleh anak Tun Mahathir, dan banyak lagi, tetapi bukannya Sapura.

Sebaliknya, kemudahan bank Sapura telah dibekukan oleh kerajaan PN pada Oktober 2021 yang menyebabkan syarikat tersebut tidak mampu beroperasi seperti biasa dan tidak layak lagi untuk membida dan memenangi projek-projek baharu.

Hakikatnya Rafizi sengaja buat-buat buta bahawa di belakang Sapura terdapat 10.6 juta pelabur ASB dengan deposit bernilai RM4 bilion.

Manakala sekiranya Sapura diisytiharkan muflis maka hampir 10,000 pekerjaan rakyat akan hilang dan sekitar 4,500 pembekal atau vendor akan terjejas yang kebanyakannya merupakan syarikat bumiputera.

Lantas, sekiranya kerajaan membiarkan Sapura muflis maka ia juga akan merugikan PNB, KWSP dan tabung simpanan rakyat yang lain akibat hutang sebanyak RM10 bilion.

Hakikatnya, Sapura Energy, yang dimilik 40% oleh PNB telah mengalami kerugian sebanyak RM8.9 bilion tahun lepas iaitu kerugian paling besar bagi mana-mana syarikat GLC dalam sejarah dan dengan itu ia berada di ambang muflis.

Ironinya, Sapura pernah menjadi syarikat perkhidmatan sektor ‘Oil and Gas’ kedua terbesar di dunia dengan nilai RM30 bilion tapi kini hanya bernilai sekitar RM500 juta – RM650 juta sahaja.

Sapura mempunyai track rekod yang baik bagi menyiapkan projek-projek besar.

Malangnya pandemik Covid19 juga telah menambahkan beban kepada Sapura kerana lockdown seluruh dunia yang telah menyebabkan projek-projeknya tergendala.

Tanpa kemudahan bank serta modal kerja untuk meneruskan projek-projek sedia ada, dan gagal untuk menang projek baharu, Sapura sudah tentu akan muflis.

Aset Sapura yang bernilai tinggi pula bakal dijual dengan harga yang amat murah (firesale prices).

Jika Sapura muflis maka Malaysia akan kehilangan syarikat perkhidmatan petrolium terbesar negara bagi sektor paling penting negara sedangkan Sapura ialah sebuah syarikat MNC yang banyak mengusahakan projek di lebih 30 negara asing.

Oleh itu, bekas PM ke-6, DS Najib menyarankan agar kerajaan bertindak segera dengan cara memberi pinjaman faedah mudah ataupun memberi jaminan pinjaman kepada Sapura Energy bagi menyelesaikan masalah aliran tunai sebagaimana kerajaan Amerika Syarikat menyelamatkan Citibank, General Motors, AIA dan Ford pada tahun 2008.

Jika AirAsia boleh ditawarkan jaminan kerajaan sebanyak RM500 juta, kenapa pula kerajaan PN tidak boleh buat sebegitu bagi syarikat milik PNB?

Jika Petronas pernah diarahkan oleh Mahathir untuk menyelamatkan syarikat MISC milik anaknya tetapi kali ini, mengapakah kerajaan tidak boleh menggesa Petronas selamatkan Sapura dan pemegang ASB.

Rafizi cuba memanipulasi fakta bahawa “tidak adil untuk menggunakan wang rakyat demi untuk menyelamatkan beberapa tokoh korporat,” sedangkan membantu Sapura bermakna membantu 10.6 juta pendeposit ASB dan 10 ribu rakyat daripada kehilangan pekerjaan.

DS Najib membidas, “Golongan elit mana yang Rafizi dimaksudkan? Pemegang ASB? Pekerja-pekerja Sapura? Ribuan vendor-vendor bumiputera, serta pekerja mereka yang terkesan dan bakal turut muflis atau hilang pekerjaan?”

Adakah maksud Rafizi membantu Sapura bermakna membantu anak Tun Mahathir sedangkan anak Mahathir sudah tiada lagi kepentingan dalam Sapura sejak tahun 2017.

Kedudukan Sapura telah parah bermula pada tahun 2019 setelah PNB beli 40 peratus kepentingannya untuk menjadi pemegang saham terbesar.

Pada 2019 ketika PH berkuasa Sapura telah diarah menjual aset-asetnya bernilai kira-kira RM10 bilion bagi menyelesaikan masalah aliran wang tunai.

“Kenapa begitu? Maka kena tanya kerajaan PH, Lim Guan Eng serta pengerusi PNB masa itu?” soal Najib, dan jangan mudah memfitnah.

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: