PN-PH MAHU TUBUH GABUNGAN PAKATAN BAHARU YANG CACAMARBA

Editorial

20 Mac 2022

Setelah PH dan PN kalah teruk pada PRN Melaka dan kemudian diikuti dengan kekalahan teruk PH di PRN Sarawak, terkini pula di PRN Johor, mereka mula sedar bahawa perpecahan antara mereka menjadi faktor utama kekalahan tersebut.

Parti Pejuang pimpinan Tun Mahathir pula terus tersungkur ke bumi, seakan-akan baru sedar rakyat Johor menolak mereka setelah hilang wang deposit di 42 kerusi DUN.

Lantas Mahathir, telah menyarankan agar semua parti bergabung dalam satu pakatan besar untuk mengalahkan UMNO pada PRU15 nanti.

Saranan Mahathir dilihat sebagai sesuatu saranan cacamarba, kerana seperti yang dia selalu jaja ‘Melayu mudah lupa’ atau mungkin ‘Keling mudah lupa’ apabila kemelut dalam PH ketika dia berkuasa, telah menunjukkan betapa kusut dan celarunya hubungan sesama mereka.

Sepanjang Mahathir berkuasa sebagai PM ke-7, pelbagai hiruk-pikuk peralihan kuasa telah berlaku antara dia dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dengan pelbagai muslihat dan dakyah yang disusun.

Untuk memusnahkan Anwar, Mahathir mengheret Azmin Ali dan mengangkatnya sebagai Menteri Ekonomi, kemudian tiba-tiba meletup kes semburit Azmin di Sandakan sehingga membawa kepada perpecahan dalam PKR.

Keadaan menjadi lebih terancam kepada PH apabila PAS dan UMNO membentuk satu gabungan keramat Muafakat Nasional tanpa melibatkan mana-mana parti lain.

Semuanya adalah berpunca daripada ratifikasi ICERD dan Statut Rom yang mengangkat kemarahan kaum Melayu-Islam, dan sejak itu imej Mahathir telah tercemar teruk.

Kemuncaknya ialah tragedi ‘Langkah Sheraton’ yang dikatakan diterajui oleh orang kuatnya sendiri iaitu Muhyiddin Yassin, mengambil tindakan untuk keluar dari PH.

Akibatnya Mahathir telah mengambil tindakan nekad ‘kamikaze’ untuk meletakkan jawatan sebagai PM, lantas Parlimen dibubarkan.

Kini dengan kekalahan PH di tujuh PRK semasa Mahathir berkuasa, kemudian kekalahan PH di PRN Sabah, PRN Melaka dan PRN Sarawak, Anwar sebagai Pengerusi Majlis Presiden PH dilihat sebagai gagal mempertahankan sokongan rakyat kepada PH.

Terdapat pula aliran desakan agar Anwar meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Majlis Presiden PH yang datang daripada pemimpin DAP.

Lantas semasa di PRN Johor Anwar tidak mahu menggunakan logo PH, manakala DAP dan Amanah kekal dengan logo PH.

Tindakan Anwar itu mungkin wajar kerana PH bagi pengundi Melayu adalah simbul sial, dan kerana itu PH banyak menang di kawasan majoriti Cina.

Di tengah-tengah ribut seruan Mahathir untuk membentuk Pakatan Besar menentang BN-UMNO, meletup pula naratif bahawa Muhyiddin telah menganjurkan perjumpaan PN-PH di Pulau Carrey.

Secara kasarnya Muhyiddin telah mendedahkan pembelotan Bersatu terhadap PAS yang anti-DAP dan anti-Anwar.

Di manakah dia akan meletakkan PAS sekiranya pakatan besar PN-PH itu benar-benar wujud, manakala prinsip DAP adalah menentang katak-katak politik dalam PN.

SDi samping itu, PH masih menterjemah Muhyiddin sebagai pengkhianat yang telah menubuhkan kerajaan ‘tebuk atap’?

DAP juga melabelkan PAS sebagai musuh kerana PAS dikatakan parti ekstrem setaraf dengan Taliban.

Tidak pula dinyatakan sama ada Pejuang terlibat dalam perjumpaan itu, namun jika ia terlibat maka di manakah mahu diletakkan Mahathir yang menjadi musuh besar Anwar dalam penipuan dan pembohongan peralihan kuasa PM semasa PH berkuasa.

PAS juga adalah musuh ketat Mahathir- lihat sahaja tiddak lama setelah PAS meninggalkan rakan-rakan sekongkolnya dalam PH, Mahathir menjelma masuk ke dalam PH.

Sekiranya PAS bersekongkol dengan DAP, parti itu terpaksa bersedia menerima penolakan kaum Melayu-Islam. Tak tahulah apa pula dalil yang terpaksa direka oleh Hadi Awang.

Pergolakan dalam PH juga sedang menggelegak dengan kehadiran bapa fitnah PKR, Rafizi Ramli yang disarankan oleh Lim Guan Eng supaya menentang Anwar yang dilihat tidak lagi relevan untuk memimpin PKR.

Manakala rakan kuat DAP, Amanah pula tidak dapat menerima Azmin Ali yang juga dilabel sebagai pengkhianat sebenar PH-PKR.

Persoalan besar dalam PN pula, tidakkah sekirannya PN bergabung dengan PH, PAS dan beberapa yang lain yang anti-PH akan keluar meninggalkan PN?

Kesimpulannya, pakatan baharu PN-PH hanyalah satu mimpi siang hari, yang jika ia digerakkan juga, maka akan terlihatlah nanti perbalahan sesama mereka, tentang ideologi, dasar, pembahagian kerusi, logo yang akhirnya akan mengulangi era PH memerintah negara – cacamarba, lintang-pukang dan huru-hara.

*****

Advertisement

One thought on “PN-PH MAHU TUBUH GABUNGAN PAKATAN BAHARU YANG CACAMARBA

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: