BAPA PECAH-BELAH SEKALI LAGI MAHU SEMUA PARTI BERGABUNG LAWAN BN

Editorial

19 Mac 2022

Harakah pada April 2017, pernah membidas Dr Mahathir sebagai ‘Bapa Pecah-Belah Kaum Melayu’ kerana selama 22 tahun dia berkuasa, tiga Timbalan PM telah dibenamnya.

Dia jugalah yang telah menyebabkan lahirnya Team A dan Team B dalam UMNO sehingga UMNO diharamkan.

Malahannya pada zaman dia berkuasa selama 22 tahun itu, telah lahir Parti Semangat 46, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala setelah dia meninggalkan UMNO, dia wujudkan PPBM (Bersatu) dan terus pecah-belahkan Bersatu dan melahirkan pula Parti Pejuang Tanah Air (PETAI).

Sebelum dia meninggalkan UMNO pada 2003 kerana sudah ada gelombang rakyat yang menentangnya, Mahathir telah menyebabkan tsunami Melayu 1999 selepas DS Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalannya dipecat.

Pada 2020 ketika dia memimpin PH sebagai PM ke-7, rakyat dibutakan dengan lagendaris, kononnya tapi pada hakikatnya dia adalah pejuang kronisme, nepotisme dan authoritarianisme. Nasib baiklah ketika itu tiada lagi ISA yang seringkali dia gunakan untuk memenjarakan musuh politiknya.

Malah ketika ISA masih terlaksana, dia sudah terkenal sebagai diktator terkenal dunia sebagaimana disenaraikan oleh ‘The Ranker’ sebaris dengan Hitler, Mugabe, Stalin, Pol Pot, Aerial Sharon, Mao Tze Tung, Kamal Ataturk, Kim Jong Un dan beberapa lagi.

Hari ini ketika UMNO, PH dan PKR sedang berusaha membina barisan pelapis daripada kalangan pemimpin generasi muda, Mahathir tampil lagi dan menyeru agar parti-parti yang menentang UMNO supaya bergabung untuk melawan BN-UMNO.

Meskipun anaknya DS Mukhriz telah mengeluarkan pendirian bahawa PEJUANG@PETAI menolak pelawaan PH untuk membentuk ‘gabungan besar’ menentang UMNO-BN di PRN Johor, Mahathir muncul pula setelah keluar dari IJN dengan saranan untuk bergabung dengan PH.

Mungkin DS Anwar Ibrahim sudah dapat mengesan kecenderung PH untuk bersatu semula dengan parti Mahathir, lantas Anwar bertekad untuk tidak mahu bersama menggunakan logo PH semasa PRN Johor.

Ia seakan-akan memberi bayangan bahawa Anwar tidak mahu lagi mendengar nama Mahathir dalam gabungan pembangkang.

Dengan usianya yang amat lanjut, adakah Mahathir mengidam lagi untuk menduduki kerusi PM?

Sebagaimana dia sering menjaja, dia akan berkecimpung semula sekiranya didesak oleh penyokongnya.

Siapakah penyokong Mahathir sekiranya parti ciput PEJUANG@PETAI telah kehilangan wang pertaruhan di semua 42 DUN di PRN Johor yang ditandingi? (Parti yang memperoleh kurang daripada 8% daripada jumlah pengundi akan kehilangan wang deposit).

Beberapa pengalisis politik lebih cenderung menyatakan bahawa PEJUANG@PETAI tidak lagi relevan, malah Mahathir sudah hilang pengaruhnya.

Ironinya MO Ibrahim telah mengkritik pemimpin tua, dalam mesyuarat tahunan AfDB (African Development Bank) yang turut dihadiri Mahathir di Rwanda, sebagaimana hujahnya,“Kemanakah pemimpin tua mahu membawa rakyat? Ke kubur?”

Ramai tertanya-tanya adakah Majlis Presiden PH akan lagi sekali tertipu dengan Mahathir yang telah meletakkan jawatannya sebagai PM setelah PH berkuasa selama 22 bulan, tidak sampai separuh penggal pun.

Malahan, adakah DS Anwar mahu sekali lagi diperdaya, setelah hampir mati bertahun-tahun memperjuangkan reformasi di jalanan sehingga dua kali tersungkur dalam penjara?

Daripada bersama pemimpin diktator dan penipu, jauh lebih baik DS Anwar berdiri dalam satu matlamat yang sama untuk menentang Mahathir, DAP dan Muhyiddin yang telah menjadi master-mind ‘Langkah Sheraton’.

Malahan masih ada dalam kalangan rakyat yang tertanya-tanya, adakah peletakan jawatan Mahathir pada 2020 itu sebagai satu muslihatnya supaya Bersatu berkuasa dalam gabungan baharu PN?

Hakikatnya itulah yang berlaku, tetapi malangnya Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin telah menendangnya keluar kerana sedar amat bahaya sekiranya Mahathir masih wujud dalam parti Bersatu.

Pada persepsi rakyat pula, Mahathir telah menipu rakyat dengan pembohongan, janji palsu dan fitnah yang dibentangkan dalam ‘manifesto PH’.

Lantas, bukan sahaja pemimpin-pemimpin parti gabungannya yang terdahulu menerima dampak penipuan Mahathir, malah rakyat juga amat terasa dengan pentadbiran lintang-pukang Mahathir sebagai PM Ke-7.

Untuk menyelamatkan dirinya, dia mengaku pula bahawa dia hanyalah ‘PM boneka’.

Lantas siapakah yang menjadi ‘tok dalang’ boneka itu sekiranya bukan DAP yang diperhatikan amat dominan dalam kerajaan PH?

Kini dia mahu sujud semula kepada DAP-PH-PKR?

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: