ADAKAH MENTERI BESAR MAHU KEDAH JADI NEGERI KARTEL DADAH?

Kenapa Menteri Besar Kedah, beriya sangat hendak rakyat terlibat dengan tanaman ketum dan usaha menjadikannya bahan komersil, sedangkan hakikatnya ia adalah dadah, sama seperti ganja atau kokain?

Tidak terfikirkah daripada penglibatan rakyat menanam ketum itu akan kemudiannya membabitkan penyalahgunaannya sedangkan ia adalah dadah yang mempunyai efek kecanduan dan ketagihan?

Ketum atau Mitragyna Speciosa telah disahkan oleh kajian FDA (US Food and Drug Administration) mempunyai sifat kecanduan dan kesan lain lagi yang boleh mengheret pengguna kepada kerangsangan dan ketagihan sama seperti dadah lain yang disalahguna.

Pada 2019, Amerika Syarikat menyatakan bahawa tiada bukti bahawa ketum atau kratom selamat atau berkesan untuk merawat sebarang keadaan, sebaliknya akan membawa kesan negatif kepada kesihatan pengguna.

Ia boleh mengakibatkan kesan rangsangan sebagaimana pil ektasi, kokain mahupun morfin dalam kadar yang sedikit rendah.

Kesan sampingan negatif ketum bagi kesihatan adalah termasuk kehilangan selera makan, disfungsi erektil (mati pucuk), loya, sembelit, termasuk kadar denyutan jantung dan tekanan darah yang tinggi, masalah tidur, dan ketoksikan pada hati.

Kesan sampingan yang lebih teruk termasuk kemurungan pernafasan (penurunan pernafasan), sawan, ketagihan dan psikosis.

Psikosis adalah gangguan mental yang serius dan digambarkan sebagai fikiran dan emosi tidak stabil dan ia menandakan bahawa pengguna ketum yang mengalaminya akan hilang hubungan dengan dunia sebenar.

Tidak insaf ke Sanusi dengan kes-kes pembunuhan yang disebabkan psikosis dan ketagihan dadah?

Ke manakah sebenarnya dia mahu membawa keselamatan dan kesihatan rakyat Kedah?

FDA telah mengesahkan akibat penggunaan ketum atau berhenti daripada mengambil ketum setelah ketagih, adalah sama dengan kesan mengambil ganja atau kanabis dan amphetamine, dan ia boleh berlaku dan berterusan untuk jangka masa pendek ataupun panjang.

Ketum telah menjadi bahan dadah terkawal di banyak negara dan, pada tahun 2014, FDA melarang pengimportan dan penghasilan ketum, dan beberapa negara telah meningkatkan amaran terhadap pengimportan ketum.

Sehingga 2018, terdapat kebimbangan antarabangsa yang meningkat tentang kemungkinan ancaman kepada keselamatan awam daripada penggunaan ketum.

Menteri Besar Kedah nampaknya terus berusaha untuk mendapatkan kebenaran mengeksport daun ketum ke Thailand secara sah daripada Kerajaan Persekutuan.

Malahan, Muhammad Sanusi Md Nor, mahu Kerajaan Persekutuan meminda akta berkaitan dengan ketum dan diberi kebenaran khas melalui akta sedia ada.

Nampaknya dia bersungguh-sungguh mengatakan mahu menjadikan ketum sebagai tanaman komersil sebagaimana katanya, “Memang sekarang tak boleh (eksport ketum), tetapi kena usaha bagi boleh.”

Baginya, “Kerajaan boleh daftar penanaman ketum seperti daftar pekebun kecil. Apabila sah, kerajaan boleh tahu angka dan data berkaitan pengeluaran serta kegunaan, sekarang semua itu tidak ada kerana semua buat secara curi-curi saja.”

Nampaknya Sanusi hanya melihat laba ekonomi tanpa melihat kesan kesihatan dan keselamatan awam akibat ketum.

Sanusi seperti menentang kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, bahawa tidak akan membenarkan daun ketum dari negara ini, dieksport ke Thailand kerana sebarang langkah mengeksport adalah menyalahi Akta Racun 1952 yang dikuatkuasakan di negara ini.

Malahan apa yang mengejutkan, Sanusi tahu dan sedar bahawa terdapat ribuan hektar tanah yang digunakan untuk tanaman ketum di Kedah.

Kenapa dia tidak mengarahkan supaya tindakan sewajarnya diambil ke atas tanaman dan penyeludupan ketum, sebaliknya dia mahu kerajaan menghalalkan eksport bahan itu?

Dia juga mendedahkan kegiatan penyeludupan ketum sangat berleluasa di sempadan Kedah dan Thailand kerana bahan itu mendapat permintaan tinggi.

Sekiranya demikian sekali pendirian Sanusi, maka satu hari nanti tidak menghairankan jika dia akan berusaha pula mendesak kerajaan membenarkan tanaman popi untuk menghasilkan kokain yang jauh lebih tinggi harganya.

Adakah dia mahu Kedah atau negara ini menjadi seperti negara Latin Amerika yang terkenal sebagai pengeluar kokain dan kemudiannya dikuasai oleh kartel dadah sehingga wewenangnya mereka membina koloni dadah?

****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: