VIDEO – DUA ‘PANGLIMA’ PKR AKAN BERTARUNG DI SELANGOR

17 Mac 2022

Dua panglima perang PKR akan bertembung sesama mereka di Selangor.

Farhash Salvador, Ketua PKR Perak telah mendapat restu Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim untuk berhijrah ke Cabang PKR Gombak Selangor, untuk menentang Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Pastinya penghijrahan Farhash mendapat restu Anwar kerana Amirudin dikatakan sebagai penyokong bekas Timbalan Presiden PKR, DS Azmin Ali, yang dahulunya adalah penentang Anwar dan Rafizi Ramli.

Namun setelah mengetahui penghijrahan Farharh, tiba-tiba sahaja Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang dilabelkan sebagai pakar ‘formula’ PKR dan telah dijatuhi hukuman 30 bulan penjara tetapi kemudiannya dilepaskan dan dibebaskan, telah isytihar untuk kembali giat dalam politik atas panji PKR.

Pada Dis 2019 Rafizi telah mengambil keputusan untuk bersara dari politik, namun hipokrasi yang tebal dalam dirinya menidakkan keputusannya itu.

Dia telah dikritik keras kerana meninggalkan PKR ketika dia amat diperlukan sehingga kini PKR kalah teruk di PRN Melaka, PRN Sarawak, dan terbaru di PRN Johor.

Beberapa bulan selepas dia bersara kerajaan PH tumbang setelah berkuasa hanya selama 22 bulan dengan pentadbiran yang lintang-pukang.

Rafizi juga dikenali sebagai ‘raja penghasut’ dan ‘raja fitnah’, malahan dia mengakui bahawa kerjanya adalah menghasut setiap hari agar rakyat dan pengundi membenci pihak musuh PH-PKR.

Farhash Salvador pastinya tidak senang dengan kehadiran semula Rafizi yang akan mencabarnya bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.

Farhash yang pernah digelar ‘mafia’ oleh bekas MB Selangor, DS Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin kerana beberapa kali terlibat dalam pergaduhan, telah membangkitkan persoalan tentang kredibilitinya untuk memegang jawatan tinggi dalam PKR.

Pada pemilihan lalu, Rafizi tewas kepada Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden.

Rafizi kemudian dilantik sebagai Naib Presiden dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2018-2021.

Kesan masuk campur samseng dalam PKR pada beberapa sesi pemilihan parti pastinya masih terasa dalam benak Rafizi. Lihatlah bagaimana dia dihambat dan dikasari di Keningau Sabah.

Bagaimanapun, jawatan Timbalan Presiden kosong sejak dua tahun lalu selepas Azmin dipecat oleh parti itu pada 24 Feb 2020 dan jawatan inilah yang menjadi cita-cita Farhash dan Rafizi.

Nampaknya kehadiran Rafizi kembali ke dunia politik PKR tidak disukai oleh Farhash apabila dia melabelkan Rafizi sebagai ‘biadap’ terhadap parti dan Presiden Parti.

Bagi Farhash daripada Rafizi menentangnya untuk jawatan Timbalan Presiden, mengapa Rafizi tidak menentang Anwar bagi merampas jawatan Presiden sebagaimana niatnya yang terkandung dalam kenyataan sinisnya terhadap pentadbiran parti.

Malahan rakan sekongkol PKR dalam PH, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga mencadangkan agar Rafizi menentang Anwar, yang akhir-akhirnya dilihat bertelagah dengan DAP.

Penggunaan logo PKR oleh semua calon PH sebagaimana pada PRU14, telah ditolak oleh DAP dan Amanah pada PRN Johor, dan seperti dijangkakan PH dan PKR telah kalah teruk.

Malahan kini terbangkit pula ura-ura PN mahu bergabung dengan PKR pada PRU15 nanti. Laporan media yang menunjukkan kecenderungan PN itu mendedahkan lagi sikap hipokrit Muhyiddin Yassin terhadap parti komponen PN terutamanya BN-UMNO dan PAS.

Walau bagaimanapun  kehadiran semula Rafizi dengan alasan atas desakan ahli PKR, pastinya melegakan banyak pihak dalam PKR dan PH, setelah melihat PKR kehilangan sokongan akhir-akhir ini.

Saranan Lim Guan Eng menyokong Rafizi untuk menentang Anwar, mengesahkan perbalahan PKR-DAP yang melihat Anwar tidak lagi relevan sebagai pemimpin PKR, dan Pengerusi Majlis Presiden PH.

Apa yang menjadi perhatian ramai buat masa ini ialah pertembungan antara ‘Mafia PKR’ dengan ‘Raja Penghasut dan Raja Fitnah PKR’ bagi merebut jawatan Naib Presiden PKR.

Adakah penglibatan samseng sebagaimana berlaku dalam beberapa pemilihan PKR sebelum ini akan berulang kembali?

Sama-samalah kita tunggu.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: