Editorial
16 Mac 2022
Ahli Parlimen PAS, Kuala Nerus, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali, yang telah keluar parti mendedahkan perjanjian antara PAS dengan Perikatan Nasional (PN) pada September 2019 dibuat tanpa mendapatkan persetujuan daripada kepimpinan parti itu.

Kenyataan Khairuddin membangkitkan pelbagai spekulasi terhadap sikap kepimpinan Hadi yang wewenangnya membelakangkan suara kepimpinan PAS ibarat pemimpin autokratik yang wewenang menggunakan kuasa authoritarian.

Malahan terbangkit persoalan, apakah Hadi telah diugut sebagaimana Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli diugut oleh orang-orang Muhyiddin Yassin untuk melompat parti, serta audio rakaman suara mirid Muhyiddin yang mahu menyogok pemimpin parti lain agar menyokongnya?

Lebih memeranjatkan apabila Khairuddin mendakwa bahawa Hadi menjalinkan kerjasama dengan PN tanpa mengikut lunas perlembagaan parti.
Hakikat ini menjelaskan lagi sikap hipokrit Hadi yang boleh menjadi bahan persoalan orang ramai terhadap pemimpin yang dikatakan memimpin parti yang Islamik.
Khairuddin melaporkan, PN ditubuhkan tidak mengikut lunas perlembagaan parti, hanya dengan tandatangan surat oleh Presiden parti dan dengan nasihat dua tiga orang saja.
Hadi telah menandatangani persetujuan untuk menubuhkan PN tanpa dibawa kepada jawatankuasa pusat, tanpa ada kertas proposal kepada AJK PAS Pusat, tanpa dibawa ke Majlis Syura Ulama dan dibahaskan untuk dilihat siasah syarie, maqasid syariahnya, malahan belum dipersetujui tetapi sudah diluluskan.
Bagi Khairuddin tindakan Hadi adalah satu kesilapan tetapi apa yang berlaku didiamkan begitu sahaja oleh kepimpinan tertinggi PAS.
Adakah ini merupakan cagaran kepada jawatan Duta Khas ke Timur Tengah yang bertaraf Menteri, dengan gaji yang lumayan, sedangkan apa yang rakyat faham, ‘duta’ mewakili negara dan berpejabat di negara yang ditugaskan?
Hakikatnya Hadi hanya mundar-mandir antara Marang dan Kuala Lumpur, malah lebih kerap dilihat mengutuk pemimpin politik yang tidak sehaluan dengan PAS semasa PRN Johor dan Melaka.
Lebih menyedihkan persetujuan Hadi bekerjasama dengan PN adalah amat berbeza dengan apa yang berlaku ketika Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan antara PAS dan UMNO.
Penubuhan MN adalah dipiagamkan melalui proses yang sangat hebat, bermula dengan kertas kerja di peringkat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, dibawa ke Majlis Syura Ulama dan ini peraturan, Fasa 26 (9)(K).
Seterusnya Majlis Syura meluluskan dan telah dua kali dibawa ke muktamar iaitu pada tahun 2018, 2019 dan akhirnya kita bersetuju untuk tubuhkan MN.
Draf MN dibawa ke dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat, Majlis Syura dan diturunkan ke pusat, dibetulkan draf dan dibawa semula ke pusat sebelum ditandatangani di hadapan ahli dan kepimpinan PAS dan UMNO di PWTC pada 14 September 2019.
Pembentukan Piagam MN adalah contoh prosedur mengikut proses dalam parti tetapi sebaliknya kerjasama dengan Muhyiddin dan PN adalah tindakan semborono unilateral Hadi tanpa merujuk dan mengikut prosedur mengikut Fasa 26 (9) (K) dalam peraturan yang digariskan oleh parti.
Proses pengambilalihan kerajaan oleh bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin itu mendapat sokongan ahli Parlimen daripada Bersatu, UMNO, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa parti lain dengan rasional utama iaitu untuk menyelamatkan negara daripada kepimpinan PH yang lintang-pukang.
Adakah pendirian Khairuddin serta pendam rasanya terhadap tindakan Hadi itu yang dikongsi bersama Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menjadi penyebab kepada penyingkirannya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS?
Khairuddin menyatakan rasa kesalnya tindakan pihak tertentu merakam perbualannya dengan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dan membocorkannya.
Apa yang penting bagi Khairuddin, sebagai ahli parti dia telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin parti dengan menggunakan saluran yang ada dan kemuncaknya dia ditendang keluar daripada barisan kepimpinan.
Jawatankuasa pusat PAS sebelum ini telah melucutkan jawatan Dr Khairuddin sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama.
Naratif dan senario mutakhir sebagaimana terakam dalam temubual yang disiarkan Bernama TV telah mendedahkan sikap autokratik Hadi yang dilihat kurang sedikit daripada apa yang pernah dijenamakan sebagai pemimpin diktator dunia terkemuka oleh ‘Ranking’ ke atas Dr Mahathir semasa 22 tahun dia menduduki kerusi PM.
****
Tinggalkan Jawapan