ADAKAH HUKUMAN BERSALAH KE ATAS NAJIB HILANG KEABSAHAN SETELAH HAKIM DIDAKWA TERLIBAT DENGAN 1MDB?

Editorial

15 Mac 2022

Rakyat menuntut “Keluhuran Perlembagaan” dan “Kedaulatan Undang-Undang” sebagaimana telah diangkat menjadi prinsip Rukun Negara, yang ditegakkan, dipertahankan dan dimuliakan.

Pada Julai 2018, setelah PH memenangi PRU14, DS Najib telah dihadapkan ke mahkamah atas kes pecah amanah SRC.

Hakim Mahkamah Tinggi, Dtk Mohd Sofian Abdul Razak yang telah memulakan penghakiman, tiba-tiba ditukarkan dan digantikan dengan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Pihak badan kehakiman mengatakan bahawa ia adalah suatu rutin (kebiasaan), namun timbul polemik bahawa Hakim Mohd Sofian didakwa sebagai adik kepada ahli Exco Pahang dan ahli DUN Benta daripada UMNO yang dikatakan mempunyai ‘konflik kepentingan’.

Namun kini terbongkar pula bahawa Hakim Nazlan yang menggantikan Mohd Sofian terlibat dengan isu 1MDB sebagaimana didedahkan semasa pemeriksaan balas ke atas bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir.

Azmi mendedahkan minit mesyuarat lembaga pengarah Maybank pada 2012 telah dikemukakan sebagai bukti bahawa Nazlan terlibat sebagai ahli majlis mesyuarat tersebut.

Minit itu menyenaraikan Nazlan sebagai Peguam Agung Bank dan Setiausaha Syarikat pada masa itu dan telah memegang jawatan itu antara 2005 dan 2015.

Peguambela DS Najib, Shafee Abdullah menuntut sepatutnya Nazlan mendedahkan konflik kepentingannya yang ketara dan melucutkan kelayakan dirinya sebagai hakim perbicaraan kes itu.

Lantas, adakah keputusan ‘bersalah’ yang telah dijatuhi ke atas DS Najib dan dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, masih ada keabsahan kerana terdapat ‘konflik kepentingan’ pada hakim yang mengendalikan kes?

Sekiranya abang Hakim Mohd Sofian yang dikatakan ahli UMNO dijadikan alasan untuk ditolak menghakimi kes, apatah lagi sekiranya secara lansung Hakim Nazlan terlibat dengan kepentingannya dalam isu dana 1MDB?

Sebuah NGO telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa supaya Hakim Nazlan yang telah dilantik menghakimi kes DS Najib tersebut disiasat.

Malahan Nazlan telah menjatuhi hukuman ke atas DS Najib yang kini kes dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Lantas adakah keputusan tersebut masih ada keabsahan yang membela dan mempertahankan prinsip “Kedaulatan Undang-Undang”?

Presiden Persatuan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata kes SRC International bekas Perdana Menteri Najib Razak harus dibicarakan semula atau digugurkan jika terdapat konflik kepentingan pada hakim yang mengendalikan kes.

Peguambela DS Najib berkata mereka akan memfailkan permohonan kebenaran untuk mengemukakan bukti baharu di hadapan Mahkamah Persekutuan untuk menunjukkan bahawa Nazlan, yang ketika itu dalam amalan swasta, terlibat dalam salah satu pinjaman yang diberikan kepada 1MDB.

Peguam utama Najib, Shafee Abdullah, berkata Nazlan memegang jawatan itu antara 2005 dan 2015, sambil menambah bahawa dia sepatutnya mendedahkan konflik kepentingan yang ketara dan melucutkan kelayakan dirinya.

Mesyuarat lembaga pengarah Maybank telah membincangkan mengenai pinjaman RM6.17 bilion untuk membiayai sebahagian daripada pengambilalihan Tanjong Energy oleh 1MDB.

Amat wajar sekali apabila pihak pembelaan telah mengumumkan bahawa mereka akan memfailkan permohonan kebenaran untuk mengemukakan bukti baharu di hadapan Mahkamah Persekutuan bagi menunjukkan bahawa hakim yang telah mensabitkan Najib dalam perbicaraan sebelum ini mempunyai kaitan dengan kes itu.

Sebelum ini rakyat dikejutkan dengan penglibatan suami bekas Bank Negara dengan wang 1MDB sebagaimana didedahkan oleh badan kehakiman Singapura.

Manakala Mahkamah Amerika pula membongkar beberapa ahli politik Malaysia telah disogok oleh Goldman Sachs dalam kes 1MDB.

Anehnya bukti baharu dan pembongkaran tersebut telah diketepikan dan PDRM pula dikatakan melengah-lengahkan sisatan ke atas Tawfiq Ayman di Singapura.

Perkembangan dan penemuan bukti baharu dalam kes DS Najib ini membongkar lagi polemik konspirasi penganiayaan terhadap DS Najib yang boleh memusnahkan integriti badan kehakiman negara.

Rakyat menuntut kebenaran dan keadilan badan kehakiman supaya ia tidak dikongkong oleh kuasa politik dan pengaruh konflik kepentingan.

  ****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: