PERISYTIHARAN KHAIRUDDIN SEBAGAI AHLI PARLIMEN BEBAS ADALAH SATU TAMPARAN KEPADA PAS

Editorial

14 Mac 2022

Setelah PAS kalah teruk di PRN Melaka dan Johor, kini Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus, Khairuddin Aman Razali mengisytiharkan keluar parti.

Khairuddin juga telah memohon menjadi Ahli Parlimen Bebas dan bukan lagi Ahli Parlimen PAS berkuatkuasa hari ini, 14 Mac 2022.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu, telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Setiausaha Agung PAS DS Takiyuddin Hassan pada 2.30 petang tadi di Parlimen.

Khairuddin juga pernah menjadi Menteri Perindustrian, Perladangan, dan Komoditi dalam kerajaan PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau pernah mengejutkan negara apabila membantu memulihkan kembali eksport minyak sawit ke luar negara, setelah pengimport India menghentikan pembelian kerana marahkan cemuhan Mahathir terhadap pemimpin mereka.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada PAS kerana menerima saya dalam parti pada 1999 ketika saya baru berusia 16 tahun.”

“Dalam masa 33 tahun saya dalam PAS, saya memegang beberapa jawatan kepimpinan sepanjang tahun semasa saya pulang dari Jordan, dengan jawatan terakhir saya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS,” katanya dalam sidang media di Parlimen.

Beliau juga berterima kasih kepada PAS kerana telah memberi peluang kepadanya bertanding dua kali pada Pilihan Raya Umum, sebelum menjadi Ahli Parlimen Kuala Nerus pada 2013.

Pada 14 Januari lalu, Khairuddin digugurkan sebagai ahli jawatankuasa kerja pusat PAS kurang dua bulan selepas dilantik ke jawatan itu, tanpa mendapat apa-apa penjelasan daripada pihak Setiausaha Agung PAS.

Ramai yang membuat telahan bahawa Takiyuddin Hassan adalah pihak yang menjadi dalang pemecatan Khairuddin.

Presiden PAS TS Abdul Hadi Awang berkata keputusan memecat ahli parlimen Kuala Nerus berusia 48 tahun itu dibuat dalam mesyuarat parti yang diadakan di ibu pejabatnya tetapi tidak menjelaskan alasan penyingkirannya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu adalah salah seorang daripada tiga pemimpin PAS yang dilantik semula menjadi jawatankuasa pusat parti bagi penggal 2021-2023 November lalu, walaupun kalah dalam pemilihan parti.

Sebaliknya, Hadi memberitahu pemberita bahawa ahli PAS yang tidak mengikut disiplin parti “boleh ditukar, bekerja di tempat lain, keahliannya digantung atau dipecat”.

Kemudian pada 11 Februari, Khairuddin kehilangan satu lagi jawatan penting parti selepas dipecat sebagai setiausaha Dewan Syura Ulama PAS.

Khairuddin adalah antara beberapa pemimpin PAS, selain Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang mempertahankan kerjasama PAS dalam Muafakat Nasional, meskipun Hadi Awang seperti cuba menamatkan kerjasama dengan UMNO.

Mungkin itu juga sebahagian daripada alasan PAS menyingkirkannya daripada Majlis Syura Ulama.

Perisytiharan Khairuddin sebagai Ahli Parlimen Bebas adalah satu tamparan libas kepada TS Hadi Awang yang telah kalah teruk di PRN Melaka dan terkini di PRN Johor setelah menang satu sahaja kerusi DUN daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.

Kekalahan PAS di PRN Johor lebih diterjemahkan sebagai sikap tamak pemimpin atasan mereka yang tertipu dengan strategi Muhyiddin Yassin mempergunakan jentera parti PAS sebagai keldai PN.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: