Editorial
13 Mac 2022
Pada 28 Feb lalu, laman web Spanyol, ‘La informacion’ telah melaporkan bahawa penimbang tara Spanyol, Gonzalo Stampa telah mengarahkan pembayaran sekurang-kurangnya USD14.92 bilion (RM63 bilion) kepada waris Sultan Sulu yang terakhir, sebagaimana diputuskan oleh mahkamah arbitrasi di Paris, Perancis.

Stampa mendakwa Perjanjian 1878 adalah satu ‘perjanjian komersil pajakan swasta antarabangsa’.
Sekiranya Malaysia enggan mematuhi keputusan mahkamah arbitrasi itu, maka akibatnya Malaysia dikehendaki menyerahkan wilayah Sabah kepada waris Sultan Sulu.

Keputusan mahkamah yang mengejutkan ini akan membangkitkan pelbagai dampak tindak balas daripada pihak yang mendakwa bahawa mereka sebagai waris Sultan Sulu, malah ia akan membawa kepada konflik yang berterusan sebagaimana berlakunya serangan pengganas di Lahad Datu pada Feb 2013.
Pada 2019 ketika kerajaan PH berkuasa, waris Sultan Sulu telah mengemukakan saman ke atas Malaysia dengan tuduhan melanggar perjanjian 1878 antara kerajaan Sulu lama di Filipina dan wakil Syarikat Borneo Utara British yang pernah mentadbir wilayah Sabah setelah Malaysia hentikan bayaran RM5,300 setiap tahun.
Pemberhentian itu adalah wajar setelah Malaysia diserang oleh pihak waris Sultan Sulu yang mengakibatkan sepuluh anggota keselamatan Malaysia meninggal dunia.
Dengan serangan penceroboh Sulu itu, maka perjanjian 1878 itu adalah terbatal. Adakah Malaysia harus terus membayar setelah diserang dan diceroboh, sebagaimana terbukti dalam tragedi Lahad Datu?
Anehnya Peguam Negara lantikan politik PH, Tommy Thomas telah bertindak sebagaimana badot, kerana menulis surat kepada peguambela Sultan Sulu di UK bahawa Malaysia ‘kesal dengan pemberhentian bayaran dan menawar untuk bayar tunggakan dari tahun 2013 hingga tahun 2019 berjumlah RM48,300” bagi menyelesaikan kes.
Tindakan Tommy adalah satu pencabulan ke atas kedaulatan negara!
Bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak hairan kenapakah Tommy Thomas sebagai wakil negara boleh menyatakan perasaan ‘kesal’ sedangkan sepuluh anggota keselamatan Malaysia dibunuh dalam serangan mereka?
Adakah Tommy kesal kerana hanya ‘sepuluh sahaja terbunuh’ atau kesal atas alasan lain?




Inilah masalahnya sekiranya orang buta sejarah, pembela pemimpin komunis, dan menjadi pengasas undang-undang rimba diangkat sebagai ‘Peguam Negara’.
Adakah tindakan ala badot, Tommy itu dan kerajaan PH fikir bahawa keturunan Sulu akan hentikan kes setelah dibayar pampasan RM48,300 sahaja?
Tindakan kerajaan PH yang tidak menghantar wakil ke mahkamah arbitrasi itu, sebaliknya sibuk dengan kemelut rebut kuasa antara pemimpin mereka ketika itu, telah menyebabkan waris Sulu memenangi kes.
Surat Tommy Thomas yang menjawab bagaikan badot telah dijadikan bukti dan alasan utama oleh peguambela Sulu untuk mereka memenangi kes ini sebab surat ini disifatkan sebagai pengakuan bahawa negara telah “salah” dan kita “kesal”.
Surat tahun 2019 ini juga digunakan oleh peguam UK minggu lepas untuk sangkal pendirian peguam negara hari ini bahawa identiti waris terbabit diragui.
Dengan pengakuan ala badot bahawa Malaysia kesal maka kenyataan itu telah dijadikan hujah bahawa Malaysia bersalah.
Kini, dengan kebodohan Tommy Thomas itu, bagaimanakah kerajaan PN, yang dipimpin oleh serpihan kerajaan PH mahu mempertahankan dan menolak tuntutan RM63 bilion itu?
Sebagaimana persoalan yang dibangkitkan oleh DS Najib kepada bekas PM kerajaan PH dan Presiden parti PETAI (Pejuang Tanah Air) Dr Mahathir, pemimpin DAP, Guan Eng dan Menteri KDN mereka iaitu Muhyiddin, “adakah surat yang luar biasa bodoh ini diluluskan jemaah menteri masa itu ataupun ia hanya emata-mata surat dari Tommy sebagai Peguam Negara sahaja”?

Sudahlah PH bertanggungjawab memusnahkan kedaulatan negara dengan menggadai pulau Pedra Branca (Pulau Batu Putih) tanpa penjelasan sebaik sahaja PH mengambil alih kerajaan, kini meleret pula kepada bayaran saman RM63 bilion kepada pihak pengganas dan penceroboh.
Setelah Pedra Branca telah jatuh ke tangan asing kerana kebohohan PH, adakah kini Sabah pula akan jatuh ke tangan asing juga?
*******
Saya suka artikel blog ini sisip sumber, jadi tiada soal fitnah
LikeLike
Saya suka penulis blog ini tulisan dia bersifat akademik, tidak guna bahasa pasar, ada news source
LikeLike