ITIK PATAH KAKI TELAH BUKTIKAN IA BOLEH TERBANG

Dr. Mamat Desa

13 Mac 2022

Kecaman Presiden PAS Hadi Awang, bahawa UMNO-BN adalah ibarat itik patah kaki, tidak cukup untuk memperlemahkan kekuatan UMNO-BN, kerana mereka telah menunjukkan bahawa Keputusan PRN Johor telah memberikan mandat lebih dua pertiga majoriti kepada BN.

Namun cemuhan Hadi itu tidak penting kerana pihak yang benar-benar merupakan lawan UMNO-BN bukanlah PAS sebaliknya adalah Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan.

Keputusan tidak rasmi setakat jam 12.00 malam telah menunjukkan bahawa BN telah memenangi 40 kerusi melebihi jumlah (38) bagi membentuk dua per tiga majoriti, PH 12 kerusi, PN 3 kerusi dan Muda 1 kerusi.

Presiden Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin sewajarnya malu, kerana gaya dan tingkahnya hanyalah merupakan ‘ayam yang berkokok berdegar-degar tetapi ekor bergelumang dengan tahi’. Sekarang siapakah yang sewajarnya ‘PODAH’ dari bumi Johor?

Manakala Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin yang amat ego dan sombong dengan telahan dan ramalannya bahawa PN akan ‘menang besar’ seharusnya berasa amat malu dan paranoia dengan persoalan ‘di manakah hendak disembunyikan mukanya’ apabila PN hanya menang 3 kerusi sahaja.

Dr Mahathir yang sering beratip agar UMNO dikuburkan, seharusnya melihat bahawa partinya Pejuang Tanah Air, tidak lagi relevan, malah taktik kempennya yang penuh dengan fitnah dan menjaja pelabelan ‘kluster mahkamah’, ‘perompak’, ‘banduan’ dan macam-macam lagi yang menghina UMNO sewajarnya kembali ke IJN dan berehat di situ.

Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan yang mencemuh bahawa UMNO sudah mati dan ditalkinkan, namun hari ini, rakyat tertanya-tanya siapakah yang akan ditalkinkan dahulu?

Pejuang telah kalah di semua 42 kerusi DUN dan telah hilang wang pertaruhan di semua 100% kawasan DUN yang ditandinginya.

Nampaknya Pejuanglah yang harus dikuburkan kerana keputusan PRN Johor membuktikan bahawa parti ciput itu amat tidak relevan sejak ia mula ditubuhkan.

Lantas, PRN Johor telah membuktikan bahawa kemenangan PH pada PRU14 hanyalah satu kepalsuan, kerana ia diasaskan kepada pembohongan, fitnah dan janji palsu.

Muhyiddin pula yang telah memimpin PN selama 17 bulan juga harus sedar bahawa pemerintahannya tidak mendapat penghargaan daripada rakyat Johor, manakala label kerajaan ‘tebuk atap’ yang diberikan kepada PN adalah sesuatu kebenaran sebagai kerajaan yang telah ditolak rakyat Johor.

Muhyiddin mudah menuduh UMNO-BN sengaja membubarkan DUN Johor kerana tamak kononnya, seperti lupa bahawa dialah yang mengugut untuk ‘menekan butang’ dengan tujuan meruntuhkan kerajaan negeri Johor sebelum ini.

PAS yang tamak untuk mendapatkan 15 kerusi daripada PN nampaknya kecewa lagi sekali setelah ditolak oleh rakyat Johor, malah seakan-akan ditipu oleh Muhyiddin apabila kerusi DUN yang diberikan kepada PAS adalah DUN maut.

Tawaran lima kerusi UMNO yang mudah-menang kepada PAS telah diperkotak-katikkan sebagai sifat tamak UMNO, sedangkan mereka lupa bahawa keseluruhan kerusi DUN Johor adalah kerusi tradisi UMNO.

Lihatlah bagaimana Dun Gambir yang telah dimenangi oleh Muhyiddin pada PRU14 dengan mudahnya dirampas kembali oleh UMNO.

Walau apapun polemik yang akan terbangkit dengan kemenangan UMNO-BN itu, jelaslah bahawa rakyat telah membuat pilihan.

Sama ada jumlah keluar mengundi sikit atau banyak bukan persoalan lagi, kerana jika peratus keluar mengundi meningkat maka mungkin kemenangan kepada UMNO-BN juga meningkat lagi.

Kata nista Hadi Awang terhadap UMNO dan juga terhadap ‘Bangsa Johor’, telah membawa dampak yang amat terkesan terhadap PAS dan juga PN.

Selepas ini, mungkin lebih ramai pemimpin Bersatu dan juga PKR, serta katak-katak politik yang bercambah dalam Bersatu akan mula mencari tapak baharu untuk melompat.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: