VIDEO – NAMPAKNYA PARTI PEJUANG MAHATHIR AKAN BERKUBUR, BUKANNYA UMNO

Editorial

11 Mac 2022

Dr Mahathir dalam kempennya untuk calon PPBM di PRK Semenyih pada Feb 2019, semasa dia masih berkuasa, telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘BN sudah tiada’ dengan tanggapan bahawa BN sudah mati dan UMNO juga sedang nazak.

Katanya, “Sia-sia sahaja kita memilih calon BN. BN sudah tiada. Sudah ‘Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun’.

Kini, nampaknya ratib Mahathir serta penghinaannya itu terpantul kepada Bersatu dan Pejuang, serta dirinya sendiri.

Rakyat juga masih ingat lagi bagaimanakah penyokong Bersatu Mahathir serta pemimpin mereka yang sombong, bongkak, pemfitnah dan pembohong menggunakan pelbagai saluran media untuk mengindoktrinasikan pemikiran (memukau minda) rakyat bahawa UMNO sudah mati dan UMNO sudah ditalkinkan.

Malah mereka mempermainkan foto yang memaparkan mayat yang diselimuti oleh panji-panji UMNO.

Lakonan kematian yang cuba menghina UMNO. Kini, UMNO-kah yang mati atau Mahathir dan Pejuang yang berkubur dahulu?

Hakikatnya rakyat telah termakan dengan propaganda dan pembohongan PH-DAP tentang isu 1MDB, pembunuhan Altantunya, hutang negara RM1 trilion, negara akan bankrap (muflis), GST membebankan rakyat dengan cukai 6% sedangkan SST merompak rakyat dengan cukai 16%, janji hapuskan tol, janji hapuskan PTPTN, janji hapuskan hutang peneroka FELDA, janji 1 juta tawaran pekerjaan, dan macam-macam lagi fitnah, pembohongan dan janji kosong PH-Mahathir.

Lantas, kerana fitnah, pembohongan dan janji palsu itu semua, BN-UMNO kalah pada PRU14.

Namun setelah PH memerintah selama 22 bulan, Allah dedahkan segala pembohongan, fitnah, dan janji palsu PH-Mahathir.

Saban hari khalayak media melihat berita parti komponen PH, khususnya PPBM (Bersatu) dilanda musibah, ahli-ahli keluar parti, manakala cawangan dan bahagian dibubarkan.

Kontradiknya dengan tuduhan dan fitnah bahawa UMNO akan ditalkinkan, apa yang rakyat lihat hari ini ialah nazaknya PKR, Tun Mahathir ditendang keluar Bersatu, PH juga nazak apabila pembangkang berpecah-belah, PAN yang tidak laku, dan DAP dibenci oleh kaumnya sendiri, sedangkan UMNO terus kukuh dan utuh.

Malahan Majlis Presiden PH sendiri mengakui bahawa Pakatan Harapan telah hilang sokongan rakyat.

PH kalah di tujuh PRK sebelum kerajaan pimpinan Dr Mahathir itu tumbang pada 2020 setelah memerintah selama 22 bulan.

Bukan itu sahaja, Mahathir sendiri ditendang daripada parti yang diasaskannya dan kemudiannya dia menubuhkan pula parti Pejuang Tanah Air kononnya dialahlah pejuang bangsa Melayu, tetapi sebaliknya dia mengutuk kaum Melayu sebagai malas dan ‘bodoh’.

Namun Pejuang hanyalah parti nyamuk yang hanya ada 4 Ahli Parlimen daripada 222 jumlah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, manakala hanya 5 ADUN daripada 607 ADUN di seluruh negara.

Wajarlah semasa dia menjadi Perdana menteri PH, dia sendiri mengaku bahawa dirinya adalah PM boneka.

Walaupun dilihat wujud tetapi hakikatnya Pejuang adalah mayat hidup atau ‘zombie politik’ yang langsung tidak bertanding di PRN Melaka dan PRN Sarawak, dan akan hilang wang pertaruhan di 42 kerusi DUN Johor.

Dia mahu memimpin rakyat ke mana? Ke kubur? – MO Ibrahim

Lantas, ratib Mahathir yang mengatakan bahawa UMNO sudah mati, terpantul kepada partinya sendiri, baik Pejuang mahupun PPBM (Bersatu).

Sedangkan Bersatu pula hanya hidup bersandarkan katak-katak politik, walaupun mendakwa mereka mempunyai 32 Ahli Parlimen, tetapi pada hakikatnya Bersatu hanya mempunyai 6 Ahli Parlimen yang tulen, manakala 26 lagi adalah katak-katak yang terpaksa melompat masuk kerana diugut dan ditawarkan habuan.

Pejuang pula sudah ketandusan pemimpin, apabila Mahathir sering keluar-masuk IJN dan pakar jantung melarang dia untuk giat berpolitik.

Dalam kempen PRN Johor, dia kelihatan tercungap-cungap bernafas dengan ceramah yang lebih dengan kerusi kosong.

Lantas dia mengaku tidak akan lagi bertanding di PRU15, manakala Mukhriz terkontang-kanting tanpa arah, dan terpaksa mengaku Pejuang tidak boleh hidup sendirian dan mungkin lagi sekali terpaksa menjadi keldai PH untuk meraih sokongan bukan-Melayu.

Tunggulah nanti selepas PRU15, kedua-duanya Bersatu dan Pejuang yang sedang nazak itu akan berkubur.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: