KERAJAAN PH-PN BOHONG JAJA NEGARA TERHIMPIT KERANA BAYAR HUTANG 1MDB

Editorial

11 Mac 2022

Sebenarnya satu sen pun prinsipal hutang 1MDB yang dikatakan sebanyak RM32 bilion tidak pernah dibayar oleh PH-PN tetapi menghebohkan pada rakyat seakan-akan negara menderita kerana hutang tersebut.

Seminggu lalu, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul menjawab di Dewan Rakyat bahawa sememangnya benar satu sen prinsipal hutang 1MDB belum dibayar sebab ianya lambat lagi akan matang.

Lalu dia kata kerajaan sudah membayar faedah sebanyak RM6.5 bilion sudah dibayar sejak tahun 2009 apabila bon pertama 1MDB diterbitkan.

Namun kemana perginya berbilion wang yang dipulangkan kepada kerajaan oleh Goldman Sachs, DOJ, Ambank, Deloittes, rampasan Cutting Edge, KPMG dan sebagainya?

Lantas selama ini, bertahun-tahun sejak kerajaan PH dan PN berkuasa, mereka menjaja dan berkompang  bahawa kedudukan kewangan negara tertekan sebab perlu bayar hutang 1MDB sebanyak RM32bilion hanyalah pembohongan, apabila satu sen daripada RM32bilion itu tak pernah dibayar.

Apa yang kerajaan bayar hanyalah faedah daripada pinjaman tersebut, namun itupun telah diganti dengan pelbagai pelaburan dan aset 1 MDB yang mereka pejam dan berpura-pura buta tidak nampak!

Misalnya kenapakah kerajaan PH dan PN banyak menjual aset dan menjarah rizab Petronas, tabung KWAP, tabung KWAN dan Khazanah Nasional serta menambah hutang negara sebanyak RM320 bilion dengan alasan hutang 1MDB sebanyak RM32 bilion tetapi hakikatnya mereka langsung tidak pernah membayar satu sen pun prinsipal hutang tersebut?

Sekiranya sejak awal-awal lagi mereka sudah bayar maka wajarlah mereka bising, malahan akan dapat mengurangkan kadar faedah pinjaman.

Mereka jarah wang rizab-rizab lain dengan alasan hutang 1MDB tapi tidak pula mahu menjelaskan hutang 1MDB?

Adalah tidak betul untuk mencanangkan dan menjaja bahawa rakyat perlu membayar atau menanggung hutang 1MDB.

Misalnya, bayaran sebanyak RM19 bilion yang diterima dari Goldman Sachs bukanlah dari wang rakyat. Itu wang Goldman Sachs yang boleh digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Lantas kerajaan telah terima antara lain adalah:

  • Goldman Sachs 19 Bilion
  • DOJ RM3 bilion,
  • Ambank RM2.83 bilion,
  • KPMG RM340 juta,
  • Deloittes RM324 juta

Kesemua ini yang berjumlah hampir RM23 bilion, bukanlah wang rakyat. Sepatutnya wang ini semua boleh digunakan untuk membayar hutang 1MDB. Ke mana perginya semua wang itu?

Pada tahun 2017 Kerajaan BN telah menandatangani satu perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) milik kerajaan Abu Dhabi. Menerusi perjanjian itu, IPIC berjanji akan mengembalikan sebanyak USD6.5 bilion kepada 1MDB sebelum 31 Disember 2020.

Setiap satu sen dana 1MDB yang disyaki hilang atau diselewengkan adalah selepas ianya dijamin atau dipindah ke syarikat IPIC atau pegawai-pegawai syarikat tersebut.

Malahan IPIC yang memberi jaminan bagi pinjaman bon USD3.5 bilion kepada 1MDB. Sebab itu mereka menandatangani penjanjian untuk mengembalikan dana ini.

Persoalannya, kenapa kerajaan PH membatalkan perjanjian penyelesaian ini selepas PRU14?

Sedangkan, sekiranya diteruskan, 1MDB akan menerima semula wang yang didakwa hilang itu. Inilah sifat jahat Tun  Mahathir dan konco-konconya yang berkonspirasi untuk merosakkan reputasi DS Najib Razak.

Bon USD3.5 bilion akan matang pada tahun ini (2022) dan perlu dibayar balik. Kerajaan sudah memperuntukkan sekitar RM15 bilion daripada dana sebanyak RM23 bilion yang telah dibayar oleh Goldman Sachs, Ambank dan sebagainya seperti yang disenaraikan di atas, bagi membayar balik bon ini.

Sekiranya kerajaan tidak mahu meneruskan perjanjian penyelesaian dengan IPIC dan meminta kerajaan Abu Dhabi membayar balik dana sehingga USD6.5 bilion, Kerajaan Malaysia ada pilihan bagi 1MDB tidak bayar balik bon USD3.5 bilion tahun ini.

Oleh itu, IPIC perlu membuat pembayaran tersebut disebabkan mereka yang menjamin. Jadi kerajaan boleh gunakan RM15 bilion untuk tujuan lain seperti bantuan rakyat atau projek pemulihan negara.

RM23 bilion yang telah diterima setakat ini dicampur dengan penjimatan RM15 bilion menjadikan jumlah RM38 bilion (RM23 bilion + RM38 bilion).

RM38 bilion ini sudah cukup untuk menjelaskan segala prinsipal hutang dan faedah 1MDB.

Apa yang diperkirakan di atas, belum termasuk aset-aset 1MDB.

Misalnya projek 1MDB juga telah menjimatkan wang negara melalui penyelesaian perjanjian berat sebelah Penjana Elektrik Bebas (IPP) peninggalan zaman Perdana Menteri ke-4, Mahathir, yang diselesaikan dengan projek mengambil alih IPP. Ini telah menjimatkan sebanyak RM50 bilion.

Penjimatan inilah antara sebab rizab tunai Petronas naik daripada RM30 bilion kepada RM176 bilion pada 2018, sebelum dijarah licin oleh Kerajaan PH dan PN.

Bandar Malaysia bernilai RM140 bilion yang dinilai sebagai aset terbaik Malaysia.

Lim Guan Eng semasa menjadi Menteri Kewangan pernah menyifatkan projek TRX sebagai antara aset terbaik negara dan Mahathir semasa dia melancarkan semula Bandar Malaysia menyifatkannya sebagai projek paling strategik.

Lantas, tidak usahlah puak-puak Mahathir, PH dan puak-puak Muhyiddin daripada PN cuba hendak berdolak-dalik dan menuduh DS Najib berbohong, sedangkan hakikatnya kamulah yang membohongi rakyat untuk membutakan mata rakyat terhadap sikap penyangak yang tebal dalm diri kamu.

Bilakah Mahathir mahu pulangkan wang skandal Forex-BNM 30 bilion yang langsung tiada aset serta projek yang boleh disandarkan?

Patutlah Allah rosakkan serta lumpuhkan PPBM Mahathir dan kini parti ciput Pejuang Mahathir menanti masa untuk dikuburkan bersama-sama dengan pengasasnya.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: