Editorial
10 Mac 2022
Amat salah sekiranya pengundi menganggap bahawa parti MUDA untuk orang muda.
Nama ‘MUDA’ yang dipaparkan oleh parti pimpinan Syed Saddiq itu hanyalah satu muslihat untuk menarik perhatian kaum muda sedangankan nama parti serta ideologi dan falsafah yang didukungnya tiada kena mengena langsung dengan orang muda, tetapi sekadar akronim sahaja.
Tiada langsung perkataan ‘muda’ pada nama parti yang diterima pendaftarannya oleh ROS itu.
Nama yang didaftarkan ialah ‘Parti Ikatan Demokratik Malaysia’ atau dalam Bahasa Inggeris Malaysian United Democratic Alliance.
Apa maksudnya dengan kosa kata ‘Ikatan Demokratik’ atau ‘Democratic Alliance’?
Ikatan dengan siapa atau ‘being alliance to whom’?
Adakah ia merupakan ikatan atau sepekatan dan pemuafakatan dengan ‘Democratic Action Parti’ atau DAP?
Patutlah pada hari penamaan calon Syed Saddiq dengan bersemangat menjadi pencadang kepada Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor.

Begitu sekali ‘ikatan’ Presiden MUDA, Syed Saddiq dengan DAP sehingga dia sanggup meninggalkan calon-calon MUDA di pusat penamaan calon yang lain.
Sepatutnya sebagai presiden parti, dia seharusnya mendahului calon-calon partinya dan bukan calon DAP!
Lantas parti ‘Ikatan Demokratik Malaysia’ itu tiada kaitan langsung dengan golongan generasi muda sebaliknya lebih kepada balaci DAP.

Lihatlah bagaimana Lim Guan Eng memberi rangsangan kepada Syed Saddiq supaya menjadi peneraju di PRN Johor, sedangkan MUDA tiada jentera, tiada modal dan tiada akar umbi.
Fikirkanlah bagaimana dia menagih kerusi daripada DAP, dan Amanah yang juga merupakan balaci DAP.
Kenapa dia tidak bertanding sebebasnya mengikut kawasan yang dia suka?
Oleh kerana Presiden PKR tidak lagi sehaluan dengan DAP dan PH, maka DS Anwar Ibrahim tidak memberi muka kepada Syed Saddiq ketika dia merayu untuk dapatkan kawasan DUN untuk meletakkan calon MUDA.
Lihatlah pula bagaimana dia cuba menentang PKR di DUN Larkin sebagai tanda dia adalah proksi DAP yang kini tidak lagi sehaluan dengan PKR.
Dalam isu DUN Puteri Wangsa yang dilihat sebagai mudah-menang, PKR rela melepaskannya kepada Amanah, tapi atas desakan DAP, Amanah telah berikan pula kepada MUDA.
Lihatlah bagaimana reaksi pemimpin Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis yang amat kecewa apabila DUN Puteri Wangsa diberikan kepada MUDA yang tiada jentera parti dan tiada akar umbi.
Dengan menggunakan nama MUDA Syed Saddiq fikir dia boleh menggunakan khidmat golongan muda untuk membantu MUDA, kononnya.

Lihatlah pula calon MUDA di DUN Tenang, Lim Wei Jiet yang terang-terangnya merupakan pejuang anti-sistem Raja Berpelembagaan, pembela LGBT dan Etheis.
Adakah generasi muda mahu negeri Johor, apatah lagi negera keseluruhannya, dipimpin oleh manusia yang sedemikian, sedangkan Raja-Raja Melayu adalah payung agama Islam.
Memilih pembela Etheis (golongan yang menolak agama) adalah bertentangan dengan Rukun Negara yang pertama, iaitu ‘Kepercayaan Kepada Tuhan’.
Membela LGBT adalah membela golongan yang dilaknat Allah sebagai kaum Lut yang telah ditimpa bala dalam sejarah yang dicatatkan dalam kitab suci Al-Quran.
Kesimpulannya MUDA adalah parti yang merupakan ‘anak’ kepada DAP. MUDA tidak boleh survive dan ia amat bergantung kepada DAP.

Lihatlah siapakah yang membela Syed Saddiq dalam kes pecah amanah RM1 juta milik Armada jika bukan orang DAP- Gobind Singh Deo?
Amat bahaya membiarkan MUDA menyelinap dalam minda golongan MUDA dan mengindoktrinasikan pemikiran mereka dengan ideologi hapuskan ‘ketuanan Melayu’ kerana ia akan turut menghapuskan kedudukan agama Islam.
Untuk menghapuskan kedudukan agama Islam, lantas mereka mahu ‘payung agama Islam’ dicantas terlebih dahulu.
*****
Tinggalkan Jawapan