CALON MUDA DUN TENANG ANTI-MONARKI, PENYOKONG ATHEIS DAN LGBT

Rencana Sisipan

9 Mac 2022

Lim Wei Jiet, calon parti MUDA bagi DUN N05 Tenang adalah salah seorang dari orang kanan Presiden MUDA, Syed Saddiq.

Berlatar belakang sebagai seorang pengamal undang-undang, Lim menjadi peguam kepada parti MUDA waktu menghadapi masalah pendaftaran di ROS.

Kalau ditanya kepada Syed Saddiq siapa Lim Wei Jiet, beliau akan jawab Lim adalah seorang peguam yang hebat, pendebat yang hebat dan banyak menolong aktivis seperti Marina Chin dan N Surendran.

Bila disebut nama Marina Chin dan N Surendran, pasti ramai tahu siapa mereka dan apa aktiviti NGO mereka.

Jadi tidak hairan bila Lim pernah keluarkan kenyataan membantah keputusan Mahkamah Syariah pada 2019 berkenaan isu penukaran agama.

“Jika satu enakmen diluluskan untuk membenarkan penukaran agama sebelah pihak, seorang ibu atau bapa boleh menyalahgunakannya dengan menukar agama anaknya kepada Islam”.

“Ini akan mengecualikan ibubapa bukan Islam daripada proses penjagaan yang sesetengah pihak akan berhujah ia dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah”.

“Di mana orang bukan Islam tiada hak untuk hadir”.

Bukti Lim Wei Jiet Anti Monarki Dan Penyokong Athies Serta LGBT

Pada 2017, Lim juga menyanggah penjelasan yang dibuat oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi yang menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu tentang isu sama ada Atheis adalah berpelembagaan atau tidak.

Pendirian Lim yang anti sistem monarki di Malaysia juga sangat jelas dalam tulisan beliau yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 8 April 2019.

Perjuangan dan sokongan Lim kepada golongan LGBT tidak dapat disangkal lagi sebagaimana tulisan beliau yang pernah disiarkan oleh The Sun Daily pada 9 Julai 2018.

Tidak bersetuju dengan sistem Raja Berpelembagaan dan Islam sebagai ugama rasmi Malaysia adalah jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan Rukun Negara.

Sementara itu, memperjuangkan hak LGBT adalah bertentangan dengan peradaban masyarakat timur di Malaysia.

Tetapi Lim sangat licik berpura-pura dalam menyembunyikan siapa diri beliau yang sebenar.

Apabila dicalonkan sebagai ADUN N05 Tenang, Lim menampilkan perwatakan yang mesra bangsa Melayu.

Ahli Dewan Undangan Negeri adalah penggubal undang-undang di peringkat negeri.

Fikir-fikirkanlah apa akan terjadi bila seorang seperti Lim diberikan kuasa untuk terlibat dalam penggubalan undang-undang.

Negeri Johor adalah negeri yang mempunyai raja yang berugama Islam serta sangat sayangkan rakyat baginda.

Johor juga merupakan negeri kelahiran parti keramat orang Melayu yang telah memerdekakan dan memberikan keamanan serta kemakmuran kepada negara kita.

Memang benar, beliau seorang tidak akan mampu mengubah apa-apa undang-undang negeri Johor.

Tetapi kemenangan beliau akan dijadikan sebagai pintu masuk kepada rakan-rakan beliau yang sealiran dengan pendapat dan prinsip beliau.

Mahukah rakyat di DUN Tenang membawa masuk seorang seperti Lim ke Dewan Undangan Negeri Johor?

Jawapannya ada pada pengundi di DUN N05 Tenang pada 12 Mac 2022 ini.

-Edisi Siasat

9 Mac 2022

Advertisement

One thought on “CALON MUDA DUN TENANG ANTI-MONARKI, PENYOKONG ATHEIS DAN LGBT

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: