APA MUSLIHAT MUHYIDDIN TIADA CALON MB TAPI MAHU MENJADI PENASIHAT EKONOMI?

Editorial

9 Mac 2022

Janji Muhyiddin kepada pihak media, dia akan umumkan nama calon Menteri Besar Johor selepas hari penamaan calon 26 Feb lalu.

Namun dia mempunyai hasrat untuk menamakan calon Bersatu sebagai Menteri Besar.

Hakikatnya sehingga ke hari ini, tiga hari lagi hari mengundi, Pengerusi PN itu hanya mendiamkan diri.

Tiba-tiba hari ini heboh pula di media dia akan namakan calon MB daripada PN selepas PRN Johor.

Pelbagai spekulasi terbangkit.

Muhyiddin tidak dapat hendak menamakan MB Johor daripada PN kerana dia tidak yakin mana-mana yang akan dipilihnya akan memenangi DUN yang dipertandingkan, apatah lagi dia telah merancang calon MB hendaklah dipilih daripada calon PPBM (Bersatu).

Sebaliknya Muhyiddin beriya-riya mahu dirinya dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Johor, yang menambahkan lagi kecurigaan rakyat Johor terhadap muslihatnya.

Adakah dia mahu menjadi penasihat ekonomi supaya senang dia berikan projek tanpa rundingan kepada kroni-kroni dan ahli keluarganya?

Janganlah gunakan taktik lapok untuk ‘merompak wang rakyat Johor’ sebagaimana terjadinya kes 1BestariNet, projek baik pulih Sri Perdana, projek pembinaan Dewan di Parlimen Pagoh, projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional bernilai RM1.16 bilion dan banyak lagi.

Apa yang jelas ialah Muhyiddin seolah-olah tidak mempercayai 56 calon PN yang diketengahkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, apatah lagi calon PAS yang diberikan 15 kerusi DUN untuk dipertandingkan.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, TS Shahrir Abdul Samad berkata, tingkah-laku Muhyiddin itu jelas menunjukkan dia bukan sahaja tidak yakin kepada rakan sekutunya PAS tetapi juga terhadap parti diketuainya sendiri, Bersatu.

Sebelum hari penamaan calon Muhyiddin berkata, “Calon Menteri Besar sudah ada. Ya, itu kita akan umumkan. Saya rasa di peringkat sekarang ini, pertama nak umum, dia belum dicalonkan lagi. Jadi selepas selesai penamaan calon, dalam waktu yang sesuai kita akan umumkan,” katanya dalam sidang media selepas memperkenalkan 56 calon PN bagi PRN Johor.

PH telah namakan Dr Maszlee Malik sebagai calon MB mereka, manakala BN-UMNO telah menamakan Dtk Ir.Hasni Mohammad, tetapi parti popular seperti PN masih ketakutan dan tidak yakin untuk menamakan calom MB mereka.

Apa ertinya apabila PN meletakkan calon di semua 56 DUN Johor, sekiranya tiada perancangan untuk mentadbir kerajaan negeri itu, tetapi gentar dan mungkin malu hendak menamakan bakal MB mereka.

Dampak yang akan terbangkit, ialah pengundi tidak yakin untuk memilih PN kerana, PN sendiri tiada komitmen untuk mentadbir Johor, apabila tiada calon MB mereka.

Muhyiddin hanya menegaskan untuk mengangkat dirinya sebagai Penasihat Ekonomi negeri Johor seakan-akan dia pula yang bertanding.

Sejak awal lagi sudah ketara bahawa Muhyiddin tiada keyakinan apabila dia lari daripada mempertahankan DUN Bukit Gambir.

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful pula sibuk memfitnah bahawa pemimpin UMNO bergeseran tentang calon MB sedangkan partinya sendiri masih teraba-raba mencari calon MB mereka sendiri.

Jagalah kain kamu yang penuh dengan najis, daripada menyelak kain orang lain.

Berkokok saja berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: