PEJUANG MENGAKU LEMAH, AKAN MEMBENTUK BLOK PAKATAN DENGAN PKR

Editorial

8 Mac 2022

Apabila DS Mukhriz Mahathir mendakwa DS Anwar Ibrahim cuba menyingkirkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri PH dengan mendapatkan sokongan PAS, Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin terus membidas.

Mukhriz mendakwa Setiausaha PAS Kelantan Che Abdullah Mat Nawi mendedahkan, presiden PKR itu cuba meminta PAS menyokong usul undi tidak percaya terhadap Mahathir.

Tindakan Presiden PKR itu diterjemahkan sebagai ‘tikam belakang’ oleh Mukhriz, ketika PKR dan PPBM yang dikepalai Mahathir masih bersama-sama dalam PH.

Tindakan Anwar itu membongkar sikap tidak ikhlas dan tidak ‘gentlemen’ sebagaimana didakwa oleh Presiden Pejuang itu.

Dalam satu sidang media, Shamsul berkata ‘tentunya tidak bijak’ bagi Mukhriz untuk bergantung pada tuduhan PAS, sedangkan PAS amat memusuhi PKR dan PH.

Shamsul mengingatkan Ahli Parlimen Jerlun itu, bahawa kejatuhan kerajaan PH disebabkan oleh peletakan jawatan bapanya Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Kalau sudah mahu meletakkan jawatan kenapa awal-awal lagi tidak menyerahkannya kepada Anwar?

Sambil itu, Shamsul menasihati Mukhriz, sebagai pemimpin utama sebuah parti yang lemah seperti Pejuang, marilah bersama-sama membentuk konsensus (persefahaman) untuk bergerak sebagai satu blok pembangkang dan fokus pada isu rakyat kerana itulah strategi yang paling penting.

Ekoran kenyataan Shamsul itu, Pejuang telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa ia bersedia bekerjasama dengan parti lain selepas PRN Johor nanti.

Mukhriz mengakui dalam membentuk kerajaan di Malaysia, langkah itu perlu demi perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, agama serta budaya, sedangkan Pejuang hanya menjurus kepada kaum Melayu-Bumiputera sahaja.

Jelas Mukhriz, Pejuang hanya bertanding di 42 kerusi kawasan majoriti Melayu, sedangkan sesebuah kerajaan yang ditubuh mestilah ada campuran wakil semua kaum dan itu tak datang daripada Pejuang.

Lantas Pejuang terpaksa mencari satu kesepakatan dengan pihak lain, jelas Mukhriz.

Adakah pengakuan Mukhriz itu menunjukkan kecenderungan Pejuang untuk bekerjasama dengan PKR yang merupakan parti berbilang kaum.

Bagaimanapun, beliau berkata Pejuang belum menetapkan parti yang bakal dipilih untuk bekerjasama.

Bagi Mukhriz, PRN Johor hanyalah platform untuk memperkenal parti itu kepada pengundi. Dengan kata-kata lain Pejuang tidak yakin untuk memenangi PRN Johor, dan ia hanya menumpukan perhatian di kawasan majoriti Melayu sahaja melalui 42 kerusi sahaja.

Bagi Mukhriz, apa yang penting, Pejuang mahu kenalkan parti dan calon kepada pengundi. Pengundi muda perlu didedahkan kepada proses kematangan dalam politik, kalau tak dedahkan, sampai bila mereka boleh dapatkan berpengalaman.

Persoalan yang terbangkit, sekiranya Mukhriz menerima pelawaan ‘konsensus’ daripada Ketua Penerangan PKR, Shamsul Mohd Akin itu, adakah Pejuang mahu bersekongkol semula dengan DAP?

Adakah Pejuang boleh memadamkan kebencian kaum Melayu-Bumiputera terhadap DAP yang dipenuhi oleh cauvinis Cina, malah masih tebal dengan ideologi komunisme yang halus?

Lantas, adakah Anwar masih mahu bersama dengan Mahathir, atau menunggu ‘ketiadaan’ Mahathir supaya ‘stigma Mahathir’ dalam PH dapat dilenyapkan.

Atau dalam satu percaturan yang lain, adakah PKR akan meninggalkan DAP-PH untuk bersama-sama dengan Pejuang dan membentuk blok yang berbeza daripada PH?

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: