VIDEO: MUHYIDDIN DAN HAMZAH BERSEKONGKOL DENGAN MAFIA MACAU?

Editorial

8 Mac 2021

Sebelum dilanjutkan wacana ini, baiklah ditafsirkan dahulu istilah ‘mafia’ sebagaimana diterima pakai oleh kebanyakan kamus antarabangsa.

Wikipedia mentafsirkan ‘mafia’ sebagai sindiket jenayah terancang yang mendapat jaminan keselamatan ‘pihak berkuasa’ dan dilindungi ‘undang-undang’ yang membolehkan mereka menjalankan aktiviti haram di kawasan yang dilindungi.

Gerakan mafia dan anggotanya juga turut meliputi jenayah kecil seperti perjudian, pinjaman wang haram, penyeludupan dadah, pelacuran dan penipuan.

Baru-baru ini pelbagai media dikejutkan dengan majlis yang dihidangkan dengan ‘tarian ala-bogel’ yang dihadiri oleh Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, dan Menteri KDN Hamzah Zainuddin.

Sebelum inipun Hamzah telah dikaitkan dengan isu lantikan ‘budak kita’ dalam PDRM, manakala isu penglibatan ahli politik dalam campurtangan urusan badan perundangan juga telah didedahkan oleh bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador.

Terkini ekoran majlis tarian-ala-bogel yang dihadiri oleh Muhyiddin Yassin itu ditegur oleh pemimpin PAS, Dr Khairuddin Aman Razali.

Namun isu tersebut tidak terhenti di situ sahaja apabila blog ‘Anotherbrickinwall’ mempersoalkan ‘Adakah ‘kongsi gelab atau Mafia Macau mempunyai hubungan dengan majlis kutipan dana PN untuk PRN Johor?’ (Is Macau triad linked to PN’s fund raising dinner for Johor state election?)

Bagi blog ‘Anotherbrickinwall’ Muhyiddin dan Mahathir amat terdesak bagaikan menentukan hayat ‘hidup atau mati’ mereka di PRN Johor dengan menyerang peribadi DS Najib dengan pelbagai pelabelan, sedangkan pengundi sudah muak dengan taktik kempen sedemikian yang dilihat gagal di PRN Melaka dan tujuh PRK sebelum ini.

Parti PPBM (Bersatu) yang dikepalai Mahathir dan kini Muhyiddin telah kalah teruk dan dengan jelas rakyat menolak mereka, dan tidak lagi menerima serangan peribadi terhadap DS Najib.

Strategi kempen Muhyiddin dan Mahathir tidak mempunyai kepentingan kepada keadaan sosial, ekonomi dan politik semasa Johor; tiada penekanan yang mencukupi untuk memulihkan ekonomi Johor dan pelaburan asing.

Muhyiddin dan Mahathir hanya mengulangi tema kempen PRU14 untuk menyerang BN-UMNO dengan menggunakan rasuah, dan 1MDB, dan ‘kluster mahkamah’ seakan-akan mereka sendiri bebas rasuah.

Sedangkan isu 1BestariNet, isu memberi kontrak tanpa rundingan kepada ahli keluarga Muhyiddin, isu Forex-BNM, isu menyelamatkan syarikat perkapalan milik anak, kes skandal BMF, kes bekas Gabenor BNM, dan terlalu banyak lagi untuk disenaraikan, cuba dipadamkan begitu sahaja.

Nampaknya setelah gagal mentadbir negara, PH dan PN ketandusan idea.

Mereka telah gagal teruk dalam rentetan tujuh PRK dan PRN Melaka, namun masih mendendangkan lagu yang sama.

Kini sebagaimana blog ‘Anotherbrickinwall’ dedahkan, majlis makan malam dengan objektif mengumpul dana PN di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin, Johor Baru, pada malam 4 Mac, telah membangkitkan isu hubungan Muhyiddin dan Menteri KDN Hamzah Zainuddin dengan tokoh Mafia Macau.

Adalah keji bagi Muhyiddin yang kelihatan alim untuk merelakan pertunjukan gadis di hadapannya dengan tarian ‘ala-bogel’.

Bekas Perdana Menteri itu baru-baru ini telah mengeluarkan ‘fatwa’ yang mendakwa “meninggalkan UMNO untuk bersama dalam saf PN adalah satu ibadah.”

Sewajarnya Muhyiddin berasa malu kerana orang yang bertepuk tangan kegembiraan di sebelahnya ialah DS Tan Choon Hwa atau biasa dipanggil JP Tan yang ada pertalian dengan gengster dan mafia Macau.

Ucapan Muhyiddin yang mendesak agar taiko-taiko yang hadir membantu PN, “Lu sokong gua, gua sokong lu lo”, manakala Hamzah Zainuddin pula seakan-akan mengugut secara halus agar mereka membantu PN sekiranya mereka mahu selamat daripada siasatan SB.

Ia diterjemahkan oleh blog ‘Anotherbrickinwall’ sebagai satu ancaman dan ugutan halus Hamzah dan Muhyiddin.

Sumber: DimSum Daily

Dalam gambar yang dipaparkan JP Tan bersama mafia Macau, Wan Kuok Kwai telah dicari oleh interpol khususnya polis Australia dan AS. Wan Kuok lebih dikenali sebagai Broken Tooth.

Sumber: Casino.org

Wan Kuok terkenal dengan rompakannya di kasino Macau dan dipercayai tidak boleh disentuh oleh penguatkuasa undang-undang tempatan. Beliau adalah rakan kongsi JP Tan dalam GLC tempatan.

Penjenayah itu telah disenaraihitamkan oleh perbendaharaan AS kerana rasuah pada akhir tahun 2020.

Terdahulu pada bulan Oktober 2020, dia dilaporkan mempunyai hubungan dengan penipu Malaysia Nicky Liow.

Adakah Muhyiddin dan Hamzah mempunyai hubungan dengan watak-watak ternama kongsi gelab dan mafia sepanjang tempoh mereka di KDN?

Rakyat nilailah sendiri siapa Muhyiddin dan Hamzah sebenarnya!

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: