TOLAK LOGO PH KERANA STIGMA MAHATHIR – PAKAR STRATEGI PKR

Editorial

6 Mac 2022

Bagi kebanyakan ahli PKR, logo Pakatan Harapan (PH) adalah suatu stigma yang amat menyakitkan hati apabila ia terkait dengan Dr Mahathir pada era pemerintahannya dalam kerajaan PH.

Pakar strategi PKR, Wong Chen, telah menjelaskan bahawa itulah rasionalnya mengapa PKR tidak mahu menggunakan logo PH pada kempen PRN Johor, yang hari mengundinya akan berlangsung pada 12 Mac ini.

Rakyat Malaysia keseluruhannya sudah menanam rasa kebencian mereka terhadap PH, termasuk kaum Cina.

Lihatlah bagaimana kaum Cina dan Melayu di PRK Parlimen Tanjung Piai menolak calon PPBM dan menyokong UMNO, sedangkan penyandangnya Datok Dr Md Farid Md Rafik adalah daripada PH (Bersatu) dan merupakan Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

Kenapakah pengundi Tanjung Piai beralih kepada calon BN, dengan jumlah undi majoriti 15,086, mengalahkan Karmaine Sardini calon Bersatu (PH)?  Itulah buktinya kebencian rakyat terhadap Dr Mahathir dan PH.

Era pemerintahan Dr Mahathir menjadi suatu trauma, malahan dia tidak sepatutnya diangkat menjadi Perdana Menteri kerana jumlah ahli parlimen partinya iaitu PPBM (Bersatu) adalah antara yang paling kecil berbanding PKR, dan DAP.

Jumlah ahli Parlimen PH mengikut parti pasca PRU14

Sepatutnya orang lain dalam PKR yang diangkat sebagai PM sehingga menunggu Anwar dibebaskan ketika itu.

Ramai yang lupa bahawa PKR ditubuhkan adalah untuk menentang kezaliman Mahathir dan menegakkan keadilan sosial.

Wong Chen berkata keputusan tidak menggunakan logo PH telah menjadikan akar umbi PKR secara keseluruhannya lebih gembira, manakala jentera kempen PRN di lapangan lebih bersemangat dan lebih komited.

Kebanyakan akar umbi PKR menganggap logo PH sebagai sebahagian daripada era Dr Mahathir ketika dia masih bersama dalam Pakatan Harapan.

PKR harus berlaku adil kepada Presiden, Anwar Ibrahim, untuk membuang stigma Mahathir itu.

Kabinet Mahathir telah membawa keluar pemimpin dan ahli-ahli PKR yang sealiran dengan bekas Timbalan Presiden Azmin Ali, dalam ‘Langkah Sheraton’ yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan PH.

Sekiranya Mahathir mahu meletakkan jawatan sebagai PM tempoh hari, kenapa awal-awal lagi dia tidak menyerahkannya sahaja kepada Anwar?

Inilah satu kezaliman dan pengkhianatan Mahathir yang amat terkesan kepada PKR.

Wong Chen berpendapat, adalah penting bagi PKR untuk menggunakan logonya sendiri untuk pilihan PRN Johor dan juga PRU15 akan datang.

Bagaimanapun rakan kongsi PH iaitu DAP dan Amanah, telah menyuarakan ketidaksepakatan mereka dan akan tetap menggunakan logo PH.

Wong Chen menghuraikan, “Sebab itulah kadang kala amat sukar untuk menjelaskan kepada rakan komponen dalam PH, tetapi kami harap mereka memahami pendirian kami.”

Wong Chen percaya apabila PKR menggunakan logonya sendiri, maka ia akan dapat menyatukan ahli PKR setelah Azmin dan penyokongnya keluar parti.

Pengundi lebih cenderung mengundi parti yang bersatu hati dan lebih komited, jelas Wong Chen.

Mengenai polemik PKR semakin hilang relevannya selepas kalah di PRN Melaka dan Sarawak, Wong Chen berkata beliau tidak percaya begitu, walaupun beliau mengakui parti itu berdepan cabaran berikutan tindakan Azmin meninggalkan parti.

Tindakan Azmin juga adalah suatu pengkhianatan dan apabila perkara seperti itu berlaku kepada parti, sudah tentu sokongan umum terhadap PKR jatuh mendadak.

Walau bagaimanapun tindakan Azmin keluar parti juga boleh dianggap sebagai sesuatu yang baik kepada PKR kerana dia lebih mementingkan kuasa dan kedudukan peribadi daripada kecintaan kepada parti, perjuangan, dan falsafah parti terhadap keadilan sosial.

Namun, bagi Wong Chen ‘Langkah Sheraton’ telah merosakkan imej parti dan inilah antara faktor PH dihukum oleh pengundi pada PRN Melaka dan Sarawak. Pastinya, PH akan mengambil masa untuk kembali pulih.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: