VIDEO: PEMIMPIN BERSATU MERSING SORAK SOKONG PH

Editorial

7 Mac 2022

Pemimpin Bersatu Mersing sorak beramai-ramai sokong Pakatan (PH) dalam satu sidang media beberapa hari lalu.

Itulah hakikat sebenarnya yang tertanam dalam naluri pemimpin Bersatu, mereka tidak dapat berpisah dengan PH, sebagaimana kedudukan Bersatu dalam PH semasa PRU14.

Pemangku Ketua Bersatu Bahagian Mersing, Abdul Halim Abu Bakar, bersorak menyokong PH, “Hidup Pakatan, hidup Pakatan, hidup Pakatan!” dalam satu sidang media yang dikelilingi oleh ahli-ahli Bersatu Mersing.

Adakah itu merupakan kecenderungan pemimpin Bersatu sebenarnya, apabila kewujudan Bersatu pada asalnya adalah sebagai rakan sekongkol PH semasa PRU14?

Malahan pelbagai spekulasi terbangkit, kerana sidang media Abdul Halim itu dibuat setelah Ketua Bahagian Bersatu Mersing, Laili Yusof meletakkan jawatan secara mengejut dan keluar dari parti Bersatu, atas alasan Bersatu tiada hala tuju.

Kononnya Abdul Halim membuat sidang media untuk menyatakan bahawa semua Ahli Jawatankuasa Bersatu Mersing mengisytiharkan taat setia mereka kepada PN, setelah Ketua Bersatu Mersing Laili Yusof meletakkan jawatan dan mengisytiharkan sokongannya kepada UMNO-BN.

Aneh dan ironinya, mereka bersorak menyokong PH pula.

Sebelum ini pun, pemimpin Bersatu Johor Bahru mahu parti itu kembali bersama-sama dengan PH untuk menentang UMNO-BN.

Laili mengakui bahawa perletakkan jawatannya agak mengejutkan ketika PRN Johor akan berlangsung kira-kira seminggu sahaja lagi.

Kata Laili, “sejujurnya saya telah hilang kepercayaan kepada Bersatu yang telah lari daripada prinsip asal parti.”

Lantas dengan itu, terbongkarlah bahawa kepimpinan Bersatu Mersing sememangnya tiada hala tuju, sebagaimana dipamerkan oleh Abdul Halim apabila hati dan mindanya masih lagi terikat dengan PH.

Walaupun PRN Johor belum lagi berlangsung untuk membuktikan parti manakah yang menjadi pilihan ‘Bangsa Johor’ namun PRK Melaka dan Sarawak telah menunjukkan bahawa rakyat telah menolak PH.

Semuanya terbukti setelah PH kalah teruk, termasuk Bersatu di kedua-dua PRN Melaka dan Sarawak.

Sepanjang pemerintahan PH selama 22 bulan, banyaklah janji palsu yang ditaburkan di samping pembohongan dan fitnah.

Kini secara tidak disengajakan, pekung yang bersarang dalam minda dan hati pemimpin Bersatu Mersing terhambur dengan sorakan “Hidup Pakatan, hidup Pakatan, hidup Pakatan.”

Sebagaimana kata Laili, “Keputusan yang saya buat diharap akan menjadi ikhtibar buat rakan-rakan lain dalam Bersatu, terutama di Johor.”

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: