Editorial
28 Feb 2022
Pengerusi NGO yang berjuang untuk generasi muda FELDA atas nama ‘Kami Anak FELDA’ (KAF) menyeru generasi muda FELDA supaya tidak lagi termakan dengan tipu muslihat, fitnah dan janji palsu PH serta parti-parti komponennya.
Nasaruddin Ahmad mahu generasi muda FELDA menyokong BN di PRN Johor kerana pada hakikatnya BN-lah yang telah menubuhkan FELDA melalui kebijaksanaan PM Ke-2, Tun Abdul Razak.
Semasa PH memerintah, mereka hanya tahu mencari kesalahan orang lain, tetapi mereka tidak akan boleh memadamkan sejarah bahawa BN-lah yang prihatin terhadap rakyat miskin, terutamanya Bumiputera, lantas melaksanakan projek pembukaan tanah untuk tanaman komersil.

PH sebelum ini menuduh BN merompak RM8 bilion wang FELDA, namun setelah Kertas Putih FELDA dibentangkan, ternyata wang tersebut sebenarnya dipinjamkan semula kepada 84,388 lebih peneroka FELDA.
Ternyata, RM8 bilion tersebut digunakan untuk Pembesaran Rumah, Skim Insentif Usahawan, Institusi Pengajian Tinggi, Komputer dan penanaman semula.

Menurut Ahli Jawatankuasa Generasi FELDA, Roslan Md Esa, pembohongan PH telah membuktikan bahawa kemenangan PH pada PRU lalu disulami dengan janji-janji palsu, pembohongan dan fitnah.
Dulu, sewaktu PH menjadi pembangkang, mereka bersetuju isu-isu tuduhan terhadap BN ke atas FELDA, dibawa kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Namun setelah mereka berkuasa, mereka tidak berani menubuhkan RCI kerana segala dakwaan mereka adalah fitnah belaka.
Malahan sekirannya RCI ditubuhkan, maka tembelang PH akan terbongkar. Demikianlah hakikatnya tingkah-laku PH terutamanya DAP.
Memang mudah bagi SPRM menuduh pemimpin BN kerana SPRM adalah di bawah kuasa PH semasa mereka berkuasa. Jalan terbaik adalah penyiasatan RCI kerana RCI di bawah kuasa DYMM SPB YDP Agong.
Apabila PH berkuasa, tiada apa-apa idea baharu mereka ke atas FELDA kecuali melemahkan lagi ekonomi peneroka, apabila India menarik balik pembelian minyak sawit setelah Tun Mahathir mencaci India.

Malahan India lebih suka membeli daripada Indonesia yang lebih bijaksana dan berdiplomasi, sedangkan India adalah negara kedua terbesar yang sedia membeli minyak sawit Malaysia.
Mana ada kerajaan di dunia ini yang prihatin memberikan 10 ekar tanah pada setiap peneroka yang berjumlah 112,000 untuk dibangunkan dengan tanaman komersil.
Nasaruddin selaku pengerusi KAF yang aktif di 42 FELDA dalam wilayah Johor, juga meluahkan rasa bangga di atas pencalonan lima orang generasi kedua FELDA yang mewakili BN dalam pilihanraya tersebut.
KAF seru semua generasi FELDA agar memberikan sokongan kepada BN dan menentukan kemenangan BN di PRN Johor.
KAF juga mendakwa selama ini hanya kerajaan BN yang dapat mentadbir urus negeri dengan baik.
Ramai yang bertanya kenapa KAF perlu bersama BN sedangkan sekarang kita berada dalam kerajaan campur? Jawapannya peneroka FELDA tidak lupa bahawa BN-lah yang telah mewujudkan FELDA.
Ibarat ibu kandung yang melahirkan, masakan boleh anak-anak melupakan pengorbanan ibu.
Di bawah kepimpinan BN harga sawit kini meningkat naik kepada RM1600 setan berbanding zaman Pakatan Harapan (PH) hanya RM300 setan. Perbezaan ini antara yang dapat kita lihat melalui pentadbiran negara yang baik maka ekonomi peneroka juga akan turut sama menjadi baik.

Kata Nasaruddin sehingga kini rata-rata peneroka menikmati hasil pendapatan kasar mencecah sehingga RM11,000.
Jelasnya setelah tolak hutang dan lain-lain peneroka boleh menikmati pendapatan bersih RM6,000 hingga RM7,000 sebulan.
Beliau berkata sebaliknya ketika zaman pemerintahan PH peneroka pernah berdepan keadaan sukar apabila hanya memperoleh pendapatan bersih sekitar RM300 sahaja, jauh di bawah paras kemiskinan negara.
Oleh demikian beliau berharap agar warga peneroka dan generasi muda FELDA dapat memberikan mandat kepada BN untuk mentadbir kerajaan negeri seterusnya negara dalam pilihan raya umum nanti.
****
Tinggalkan Jawapan