MUDA-MUDA LAGI SUDAH BELOT RAKAN

Editorial

28 Feb 2022

Presiden MUDA, Syed Saddiq mengecohkan lagi lanskap politik pembangkang di PRN Johor apabila partinya meletakkan calon di Larkin dan bertembung dengan calon PKR.

Presiden PKR, DS Anwar Ibrahim telah meluahkan rasa kecewa beliau apabila MUDA meletakkan calonnya, di DUN Larkin.

Pertembungan sebegitu tidak seharusnya berlaku kerana PH telah membentuk kerjasama dengan MUDA, dan ia tidak berlaku sekiranya MUDA adalah rakan komponen PH.

Anwar mengeluh bahawa PKR tiada masalah dengan rakan-rakan dalam PH kerana masing-masing berpegang teguh kepada semangat setiakawan, tetapi nampaknya berbeza dengan MUDA.

Inilah tipikalnya tingkah laku Syed Saddiq yang kerap dilihat emosional dan mudah terbawa-bawa dengan penampilan ‘memberontak’ kononnya mewakili golongan MUDA. Sebaliknya rakyat hanya melihat sikap bebalnya sahaja.

Kata Anwar, “Atas apa yang berlaku dengan pertembungan PKR dan Muda di Larkin, saya tentunya dukacita.”

Lebih bebal lagi, Saddiq lebih mengutamakan DAP apabila menjadi pencadang kepada Liew Chin Tong ketika menamakan calon.

Lantas, di manakah pula letaknya kepentingan tujuh calon MUDA yang turut mendaftar pada hari penamaan calon yang sama, Sabtu lalu.

Kenapa begitu sangat bermanja dengan DAP? Adakah DAP yang menjadi penaja MUDA pada PRN Johor ini?

Sekiranya negara memerlukan keutuhan pembangkang yang kuat, maka tindakan MUDA adalah sesuatu yang amat kontradik.

Beberapa pemimpin PKR Johor juga telah membangkitkan protes mereka terhadap Saddiq dan MUDA, dan mereka bertekad akan menentang dan tidak akan menyokong MUDA.

Sebelum ini pun Saddiq sudah mengancam PKR kerana tidak mahu memberikan tiga kawasan DUN yang mudah-menang kepada MUDA, sebaliknya kawasan DUN yang kritikal.

Malahan kawasan DUN Puteri Wangsa yang sekian lama diberikan perhatian PKR dan mencadangkan Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis untuk bertanding, telah dikorbankan oleh PKR dan menyerahkannya kepada Amanah.

Malangnya Amanah pula telah korban kawasan Puteri Wangsa kepada MUDA.

Walau bagaimanapun Pengerusi Penerangan Amanah, Khalid Samad telah memberikan jaminan bahawa Amanah akan menyokong PKR sekirannya berlaku pertembungan dengan MUDA.

Isu ini juga telah membangkitkan kemarahan penyokong PKR terhadap MUDA.

Pengundi pula melihat Syed Saddiq sebagai liabiliti kerana dia terlibat dengan kes pecah amanah dana Armada sejumlah RM1 juta yang kini sedang dalam perbicaraan.

Dengan bantuan peguam DAP, pastinya Saddiq terpaksa menjadi keldai DAP, apatah lagi dengan situasa MUDA yang lemah dari aspek akar umbi dan jentera parti.

Sebagaimana dakwa Napsiah Khamis, MUDA tiada akar umbi dan jentera parti untuk menyokong calonnya di Puteri Wangsa.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: