MENGAPA TIDAK ‘HERET SEMUA INDIVIDU TERKAIT 1MDB KE MAHKAMAH MALAYSIA’?

Rencana Sisipan

27 Feb 2022

Pihak berkuasa di negara ini didesak supaya mengheret semua individu dinyatakan di dalam prosiding perbicaraan yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di New York, Amerika Syarikat (AS).

Naib Presiden Parti Bumiputera Perkara Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman berkata, nama-nama yang disebut bekas Ketua Operasi Asia Tenggara Goldman Sachs, Tim Leissner ketika perbicaraan di AS itu tidak pernah disentuh ketika perbicaraan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan syarikat 1MDB.

Menurutnya, gambaran yang diberikan sebelum ini terutama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam isu 1MDB hanya melibatkan Najib dan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low amat berbeza dengan keterangan Leissner.

“Kita tertanya-tanya mengapa nama-nama ini tiada di dalam pendakwaan di Malaysia dan digambarkan konspirasi 1MDB ini hanya melibatkan Najib dan Jho Low semata-mata. Dengan pendedahan yang dibuat di Mahkamah AS, amat wajar untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas individu-individu yang disebutkan Leissner.

“Kalau kerajaan benar-benar mahu membanteras gejala rasuah ini, pendedahan yang dibuat di Mahkamah AS itu perlu diberikan tumpuan serius demi membersihkan nama baik negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Sementara itu, Hamidah turut mendesak Mahathir dan juga Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengeluarkan kenyataan berhubung pendedahan dibuat oleh Leissner itu.

Menurutnya, dalam beberapa kenyataan sebelum ini, Pengerusi Pejuang itu cuma mengaitkan Najib, Jho Low dan Putera Arab Saudi di dalam kes 1MDB.

“Saya antara rakyat Malaysia yang percaya bahawa konspirasi 1MDB hanya melibatkan Najib dan Jho Low sehingga saya dipecat daripada UMNO sedangkan terdapat individu lain yang terlibat di dalam konspirasi ini.

“Jadi saya desak agar Tun M dan juga Pejuang menyatakan pendirian mereka terhadap pendedahan terbaharu ini jika betul-betul ikhlas menentang rasuah seperti yang diperjuangkan,” katanya.

Leissner menjadi menjadi saksi utama dalam perbicaraan jenayah bersubahat membabitkan bekas ketua perbankan pelaburan Goldman di Malaysia, Roger Ng, yang juga bekas rakan kongsinya.

Dalam keterangannya seperti dilaporkan media, Leissner memberitahu mahkamah bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) meluluskan pemindahan pertukaran asing sebanyak AS$1 bilion semalaman (overnight) daripada 1MDB kepada PetroSaudi International (PSI) selepas suami kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz iaitu Datuk Tawfiq Ayman didakwa disogok untuk membolehkan perkara itu berlaku (‘make it happen’).

Perbicaraan di Mahkamah New York pada Isnin itu turut mendedahkan berkaitan pembelian sebuah rumah di London pada 2013 untuk kekasihnya yang juga seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat media bernilai RM41.8 juta.

Perbicaraan bermula 14 Februari lalu di mahkamah persekutuan di Brooklyn, dengan pendakwa raya menuduh Ng, 49, menerima sogokan berjuta-juta dolar kerana membantu menggelapkan dana 1MDB.

*****

Dimuat turun dari Sinar Harian

26 Feb 2022.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: