SADDIQ HANYA JADIKAN CALON MUDA SEBAGAI TIKUS EKSPERIMEN

Editorial

26 Feb 2022

Parti MUDA di bawah kepimpinan Syed Saddiq pada hakikatnya tidak dapat berdiri sendiri kerana terpaksa memohon ikhsan daripada DAP, Amanah, dan PKR.

Amanah sudah berikan 6 kerusi kepada MUDA dan Saddiq mahu lagi tiga daripada PKR.

Rundingan Saddiq dengan DAP, dan Amanah, adalah berasingan dengan urusan rayuannya untuk mendapatkan kerusi PKR.

Situasi tersebut mungkin memberikan ‘signal’ bahawa hubungan PKR dalam gabungan PH adalah panas, setelah beberapa pemimpin DAP dan juga Amanah menggesa Presiden PKR, Anwar Ibrahim supaya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PH.

Anwar tidak memberi muka kepada Saddiq kerana dia tidak mahu Saddiq menjadi talam dua muka setelah Amanah dan DAP berikan 6 kerusi termasuk kerusi yang dikategorikan sebagai kerusi ‘mudah-menang’ di Puteri Wangsa.

Malahan pemimpin PKR Johor amat kecewa kerana mereka sudah lama menjaga kerusi Puteri Wangsa yang diberikan kepada Amanah tetapi diserahkan pula kepada MUDA.

MUDA seperti tidak sedar diri mahu PKR berikan kerusi ‘mudah-menang’ sebagaimana Amanah dan DAP memanjakan mereka, sebaliknya PKR tidak mudah diperbodohkan sedemikian kerana MUDA didakwa bukan komponen PH.

Calon-calon MUDA di PRN Johor adalah seperti berikut:

  1. Larkin, Rasid Abu Bakar, 28 Macap, R Sangaran
  2. Parit Raja, Fikri Musa,28
  3. Puteri Wangsa, Amira Aisya Abdul Aziz, 27
  4. Tenang, Lim Wei Jit 31
  5. Bukit Kepong, Nur Rafiqah M Zulkifli,31
  6. Bukit Permai, Azrul Rahani, 41,

Saddiq seperti cuba bereksperimen dengan menjadikan calon-calonnya sebagai tikus-tikus makmal untuk dikorbankan dan melihat sejauh mana formula sokongan generasi muda terhadapnya.

Namun Saddiq lupa bahawa bukan semua pengundi di PRN Johor terdiri daripada ‘generasi muda’.

Saddiq mendakwa kononnya Muda mahu membawa perubahan terhadap pentadbiran Johor, tetapi perubahan apa yang dia boleh lakukan sekiranya dia hanya bertanding tujuh daripada 56 kerusi di Johor. Dia hanya boleh menengking dengan penuh emosi, tetapi suaranya tidak akan dipedulikan.

Malahan Saddiq sebagai Ahli Parlimen Muar sendiri tidak berani hendak bertanding, setelah dia sedar bahawa dia tiada pengaruh di mana-mana.

Samalah seperti Presiden PPBM yang takut bertanding di Bukit Gambir kerana hakikatnya, banyak cawangan PPBM telah dibubarkan, meskipun di kubu kuat Muhyiddin di Pagoh.

Lantas, kerana takut kalah di PRN Johor yang akan memusnahkan lagi pengaruhnya di kerusi Parlimen Muar, maka Saddiq juga menolak untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN Johor.

Mungkin juga benar sekiranya terdapat khabar angin bahawa Saddiq tidak mempunyai modal besar untuk menaja calon-calonnya kecuali dia menjadi balaci DAP, dan DAP-lah yang akan menaja MUDA selain taikun-taikun yang rapat dengan DAP.

Lihatlah, apabila Saddiq menjadi pencadang kepada pencalonan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong awal pagi tadi (26 Feb 2022) di DUN Perling.

Dengan kenyataan Saddiq yang cuba berseloroh “Kalau saya tidak hadir, kalahlah calon PH” telah menunjukkan bahawa Chin Tong seperti tiada penyokong DAP, manakala Saddiq pula dilihat sebagai angkuh dan sombong.

Dengan sebab itulah pemimpin d’facto DAP Lim Kit Siang berani mendesak Saddiq supaya bertanding sama seperti Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong, yang pada mulanya enggan bertanding.

Namun tindakan Liew Chin Tong pada hakikatnya hanyalah akan membunuh diri kerana dia akan menghadapi sabotaj daripada penyandang kerusi DAP yang disingkirkan.

Samalah seperti Syed Saddiq, sekiranya dia Presiden MUDA yang bertapak di Johor, negeri tempat lahirnya, mengapa dia tidak berani bertanding seperti Chin Tong?

Hakikatnya Saddiq sedar dia akan kalah, malahan MUDA hakikatnya sebagaimana didakwa oleh pemimpin PKR Johor, “MUDA tidak mempunyai jentera dan dan akar umbi.” Apatah lagi adalah ‘kluster mahkamah sebagaimana mahu ditentang oleh Muhyiddin dan Mahathir.

Situasi MUDA inilah yang menyebabkan Saddiq terpaksa memohon jasa baik DAP dan Amanah untuk mendapatkan kerusi untuk calonnya bertanding.

Walau apapun yang ada pada keyakinan Saddiq, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad sudah mengisytiharkan tidak akan menyokong MUDA sekiranya calon Muda bertembung dengan PKR sebagaimana yang akan berlaku di Larkin.

Pastinya Khalid tidak mahu melukakan hari PKR terutamanya Anwar Ibrahim.

Pemimpin PKR juta tertanya-tanya apakah motif Saddiq untuk menentang mereka di Larkin?

Malahan tindakan itu disifatkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir akan membangkitkan kecelaruan pengundi di kawasan berkenaan untuk memilih antara dua parti berkenaan.

Nampaknya benarlah dakwaan Saddiq bahawa dia akan menentang PKR.

Tindakan mereka ini hanya mengesahkan tanggapan ramai yang menyifatkan gaya politik Muda masih dangkal dan tidak matang.

Apatah lagi Saddiq cuba menjadikan Rasid Abu Bakar 28, yang masih mentah dalam dunia politik sebagai bidak eksperimennya dalam pertanding 5 penjuru.

Tindakan memperbanyakkan pertanding epat penjuru pastinya akan hanya menghancurkan harapan calon PH, apatah lagi dengan kehadiran PPBM dan Warisan yang bukannya komponen PH.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: