APA LAGI YANG MAHATHIR MAHU?

Editorial

24 Feb 2022

‘Air mata keling’ atau ‘crocodile tears’ dalam bahasa penjajah, terhambur atas pentas Pemilihan Agung UMNO 2002, setelah Mahathir mendapat maklumat bahawa sokongan kepimpinan Melayu dan rakyat terhadapnya telah jatuh merudum.

Daripada komentar rakannya, spekulator mata wang asing, George Soros, Mahathir hanya berpura-pura menitiskan ‘crocodile tears’, kerana dosa-dosa skandalnya yang sekian banyak.

Malahan Soros menggelar Mahathir sebagai ‘corrupt moron’ dan ‘Marcos Malaysia’ yang telah banyak menipu dan menjarah wang negara melalui kroni-kroninya.

Dalam ‘tangisan keling’ 2002 itu dia turut mencanangkan bahawa dia akan meletakkan jawatan, tetapi satu jam kemudiannya dia menarik balik keputusan tersebut.

Semuanya berulang kembali pada 2020 apabila Mahathir sendiri memaklumkan kepada DYMM Agong bahawa dia meletakkan jawatan sebagai PM, lantas membubarkan kerajaan PH.

Dengan lakonannya yang hampir sama, setelah DYMM menabalkan TS Muhyiddin sebagai pengganti, Mahathir menarik balik keputusannya dan menuntut kembali jawatan PM.

Menyingkap sejarah, pada 2003 walaupun dia telah benar-benar meletakkan jawatannya sebagai PM dan mencadangkan Tun Abdullah Badawi sebagai pengganti, namun dia cuba menjadi ‘tok dalang’ manakala Tun Abdullah sebagai bonekanya.

Keputusan PRU11 (2004) bagaikan satu referendum rakyat terhadap diktator Malaysia yang memerintah dengan dasar kronisme, nepotisme dan authorianisme selama 22 tahun.

PRU11 (2004) telah membuktikan rakyat sememangnya menolak Mahathir dan amat gembira melihat dia meletakkan jawatan.

Walaupun tidak lagi berkuasa sebagai PM, Mahathir mahu mengangkat anaknya Mukhriz menerajui UMNO dan seterusnya dijulang sebagai PM.

Mahathir cuba mempergunakan Tun Abdullah untuk mengangkat anaknya sebagai Ketua Pemuda UMNO, tapi malangnya dia gagal dengan kehadiran Khairy Jamaluddin yang diterjemahkan sebagai pemimpin muda intelektual UMNO dari Oxford University.

Khairy telah membantutkan segala harapan Mahathir, apatah lagi karisme anaknya Mukhriz sebagai pemimpin politik tidak begitu menonjol.

Memburukkan lagi percaturan politik Mahathir, Khairy adalah menantu Tun Abdullah.

Dari situlah bermulanya konflik Mahathir dengan Tun Abdullah Badawi.

Antara tindak balas Mahathir adalah menghasut kaum Cina Pulau Pinang, sehingga wujudnya tsunami Cina pada PRU12 (2008) untuk memusnahkan kubu kuat Tun Abdullah di negeri itu.

Akibatnya pada PRU12 (2008), BN telah kehilangan lebih 30% daripada apa yang telah dimenangi pada PRU11. Itulah kali pertama dalam sejarah BN gagal untuk memperolehi majoriti dua pertiga berbeza dengan PRU 10 (2004).

Undi kaum Melayu terhadap UMNO merosot 37%, undi kaum Cina terhadap MCA merosot 52%, undi kaum Cina terhadap Gerakan merosot 80%, sehingga Pulau Pinang menjadi negeri DAP.

Pastinya sejumlah besar sokongan pengundi Cina terhadap MCA dan Gerakan telah beralih kepada DAP yang tersohor sebagai musuh Melayu-Islam.

Jelaslah, kempen hasutan Mahathir supaya pengundi Cina belot pada BN, dan hasutannya supaya kaum Melayu sendiri tidak memilih BN, telah berjaya.

Lantas, pada Mei 2008 dengan rasminya dia meninggalkan UMNO, dan sekaligus menghasut ahli-ahli UMNO supaya turut mengikut jejak-langkahnya menubuhkan parti baharu, Bersatu yang berjaya didaftarkan pada 2017.

Kemudian Mahathir melobi agar DS Najib pula diangkat, seakan-akan dia mempunyai kuasa mutlak menentukan siapakah yang layak menjadi PM.

Namun DS Najib juga gagal dijadikan bonekanya sebagaimana juga Tun Abdullah.

Kemudian pada 2013, demi demokrasi DS Najib menyerahkan kepada pemilihan Naib Presiden UMNO kepada pemilih dan bukan kuasa ‘tangan ghaib’ untuk mengangkat Mukhriz.

Mukhriz telah kalah kepada DS Hishamuddin Hussien, DS Ahmad Zahid Hamidi dan DS Shafie Apdal.

Kegagalan Mukhriz itu telah mencetuskan kemarahan Mahathir yang amat sangat terhadap DS Najib, meskipun Mukhriz telah diangkat sebagai Menteri Besar Kedah pada 2013.

Tiga tahun kemudiannya (2016) pemimpin DUN Kedah telah memprotes yang mahu Mukhriz disingkirkan sebagai MB Kedah.

Ia satu lagi tamparan terhadap Mahathir yang gagal menghidupkan legasinya jika tidak dinastinya, sebagaimana dinasti Lim Kit Siang.

Dengan idea Lim Kit Sianglah, Bersatu atau PPBM telah ditubuhkan pada 2016 dan didaftarkan pada 2017 untuk membunuh UMNO .

Melalui pembohongan, janji palsu dan fitnah mereka berjaya juga menjatuhkan UMNO-BN pada PRU14 (2018).

Tetapi pada 2020, setelah orang-orang partinya sendiri merasakan bahawa dia telah mengelencong jauh dari perjuangan PPBM dan menjadi boneka DAP, maka berlakulah tragedi ‘Langkah Sheraton’.

Lantas dia lagi sekali meletakkan jawatan PM sebagaimana drama ‘air mata kelingnya’ pada 2002.

Anehnya kemudian, dia mendakwa dan menjaja bahawa penggugurannya sebagai ahli Bersatu adalah tidak sah, sedangkan ROS sendiri telah mengesahkan bahawa jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu telah terlucut.

Selama 22 tahun dan 22 bulan berkuasa, Mahathir pada hakikatnya tidak membawa kebaikan yang bermakna kepada rakyat kecuali pembangunan fizikal dan kekayaan sebilangan kroni dan kaum keluarganya, sedangkan perkara-perkara lain hanyalah satu retorik dan ilusi politik.

Dialah yang memulakan tradisi penswastaan sebaik-baik menjadi Perdana Menteri pada 1981 yang menjarah wang rakyat dan menjerut leher rakyat, sebaliknya hanya memberi laba kepada kroninya.

Pihak pembekalan air diswastakan, elektrik diswastakan, lahirnya TV swasta, hospital swasta, universiti swasta, kolej swasta, lebuh raya swasta dan macam-macam lagi yang menjerut leher rakyat, tetapi mengayakan kroninya.

Sejak dia memfitnah PM pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, Mahathir terus merosakkan reputasi semua pemimpin lain yang berada di sampingnya; Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Badawi, DS Najib Razak, DS Anwar Ibrahim, YM Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam dan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas yang semuanya menolak untuk dijadikan bonekanya. Dia juga berkonflik dengan Raja-Raja Melayu.

Apa yang terlihat, setelah dia menguasai Pakatan Harapan pada 2018, Tun Mahathir hanya memperkukuhkan kuasa kaum bukan-Melayu, sedangkan PPBM hanyalah parti ciput yang mandul.

Untuk menyelamatkan dirinya, dia mengaku pula bahawa dia adalah PM boneka, atau hakikatnya boneka DAP?

Daripada komposisi kerusi parlimen PH dengan 64 Bukan-Melayu, dan hanya 40 kerusi parlimen Melayu, adakah PH boleh dipertanggungjawabkan untuk membela kaum Melayu-Bumiputera, apatah lagi agama Islam?

Jumlah 64 kerusi parlimen itu adalah milik bukan Melayu-Bumiputera yang hakikatnya adalah kaum pendatang yang menetap di Tanah Melayu ini atas ikhsan pemimpin Melayu sendiri.

Relevankan jika Mahathir mahu membela nasib dan masa depan kaum Melayu-Bumiputera, sedangkan dia hanyalah boneka DAP sebagaimana yang dia perakui?

Tahun 2020 adalah destini Wawasan Mahathir untuk mengangkat taraf hidup rakyat, dan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi, sebaliknya Mahathir hanya menjadikan negara ini negara kroninya, dan mencekik leher rakyat apatah lagi golongan miskin, manakala semasa PH berkuasa, ekonomi Malaysia adalah tercorot di rantau Asia.

Jelaslah amanat Fadzil Noor supaya umur Mahathir dipanjangkan Allah, agar rakyat dapat melihat siapakah dia yang sebenar-benarnya.

Dia tidak lekang daripada teknik propaganda Yahudi; “If lies and fallacies were to be repeated, then in the end people will believe those lies as truth.”

Dengan itu dia sering berulang-ulang mencanangkan keburukan, memfitnah dan mencaci-cerca DS Najib, sebagaimana manusia hilang akal yang asyik meracau siang dan malam.

Apakah matlamat Mahathir sebenarnya?

Jika dia mahu mengangkat anaknya Mukhriz, apakah dia tidak sedar bahawa Mukhriz telah beberapa kali gagal memimpin kerajaan Negeri Kedah?

Pastinya lebih mudah bagi Mahathir untuk memaksa anaknya menjadi boneka daripada memaksa orang lain.

Jika Najib disabitkan dengan tuduhan dan dakwaan terpilih ‘undang-undang rimba PH’ ke mana pula hala tuju Mahathir?

Pejuang nampaknya seperti melukut di tepi gantang dan bagaikan kera sumbang di PRN Johor.

Apa lagi yang Mahathir mahu?

Dia seperti hampir berjaya mengheret DS Najib ke penjara, tanpa dia peduli Allah wujud untuk menegakkan keadilan.

Hakikatnya dia sudah berusia 97 tahun dan IJN sudah menjadi rumah keduanya.

Lantas apa lagi yang dia mahu?

Inilah yang menjadi tanda tanya rakyat, setelah Mahathir memecah-belahkan UMNO, PKR, PH, dan akhirnya dia juga memecah-belahkan partinya sendiri, Bersatu.

Tak usahlah hendak menjaja tentang kleptokrat, jika kamu contoh kleptokrat terbaik, usahlah cakap tentang kluster mahkamah jika kamu yang membina undang-undang rimba.

Apa lagi yang Mahathir mahu?

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: