Editorial
23 Feb 2022
Di manakah letaknya keluhuran dan kedaulatan undang-undang pada era Tommy Thomas menduduki kerusi Peguam Negara, dan ketika PH berkuasa, apabila seorang lelaki di Sabah dikenakan hukuman penjara seumur hidup, sedangkan kes serupa yang melibatkan anak seorang taikun ditutup dan dibebaskan.
Di Sabah pada April tahun lalu, Azril Surash dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 setelah mengaku bersalah menanam pokok ganja.

Kontradiknya apabila seorang anak jutawan Nevin Tan yang ditahan juga kerana menanam berpuluh pokok ganja di kondominium mewahnya dan dituduh atas Akta Dadah Berbahaya 1952, telah dilepaskan dengan mudah dengan kuasa Peguam Negara, Tommy Thomas ketika PH berkuasa.
Tuduhan awal yang dikenakan adalah di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menanam ganja, dan Seksyen 39B akta sama kerana mengedar dadah.
Walau bagaimanapun petuduhan diringankan kepada Sekseyn 15 (1) penggunaan dadah.
Peguam Negara era ‘Undang-Undang Rimba’ ketika PH berkuasa, Tommy Thomas mengaku telah meringankan kes dadah anak Taikun Vincent Tan itu.

Pemimpin PH seperti Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Muhyiddin Yassin, Syed Saddiq dan lain-lain nampaknya hanya mendiamkan diri sahaja. Bukankah mereka mendabik dada sebagai pejuang ‘keadilan’.
Bukan Tommy Thomas sahaja, PH juga telah melantik pemimpin tertinggi PKR, Latheefa Koya untuk menjawat jawatan Ketua SPRM, supaya menjadi lebih mudah bagi mereka mendakwa musuh-musuh Mahathir.
Golongan korporat amat tahu ketika Mahathir berkuasa sebagai PM Ke-4 dan kemudiannya sebagai PM Ke-7 di bawah kerajaan PH, Vincent Tan Berjaya Group telah diberikan banyak projek mewah.

Anugerah projek mewah kepada kroni-kroni Mahathir inilah yang antara lain menjadi penentangan DS Najib ketika dia menduduki kerusi PM ke-6, sehingga menjadi dendam kesumat Mahathir serta konspirasi membunuh ‘UMNO’ dan kerjaya politik DS Najib Tun Razak.
Tommy Thomas, yang dilantik secara politik, sebagaimana dia sendiri perakui, dan Peguam Negara inilah juga yang telah menandatangani pendakwaan terhadap DS Najib Razak dalam kes SRC dan 1MDB.

Peliknya apabila pihak pembelaan mahu mengemukakan bukti baharu pembelaan terhadap DS Najib, pihak mahkamah telah menolak.
Pertuduhan terhadap kes 1MDB yang dikenakan ke atas DS Najib telah dibuat oleh SPRM serta-merta setelah beberapa hari PH berkuasa selepas PRU14.

Anehnya mahkamah Amerika Syarikat telah mendedahkan bahawa beberapa pemimpin PH telah menerima sogokan Goldman Sachs berjumlah USD6 bilion (kira-kira RM24 bilion) untuk menutup penyelewengan fakta dan rasuah mereka dalam kes 1MDB yang telah menjadikan DS Najib sebagai kambing hitam.
Malahan DOJ US cuba menyorokkan nama-nama pemimpin PH yang terlibat menerima sogokan Goldman Sachs itu.
Rantaian amalan undang-undang rimba yang diterajui oleh Tommy Thomas terdedah satu-persatu setelah kes rasuah pembelian banglo mewah Lim Guan Eng ditutup begitu sahaja, ekoran tumbangnya kerajaan PH dan perletakan jawatan Tun Mahathir yang kini sering keluar-masuk IJN.
SPRM sendiri dikatakan terkejut apabila kes Guan Eng ditutup (adakah satu lakonan SPRM?)

Lebih aneh lagi, Tommy Thomas sendiri mendedahkan dalam buku ‘memoirnya’ bahawa sememangnya terdapat campur tangan politik dalam urusan perundangan dan kehakiman semasa dia menjawat jawatan Peguam Negara.
Beberapa pemimpin UMNO telah menjadi mangsa dakwaan terpilih Tommy Thomas yang diterjemahkan sebagai satu konspirasi politik untuk menguburkan UMNO sebagaimana menjadi impian Mahathir.
Banyaklah lagi salah laku Tommy Thomas dari isu pelantikan Sitpah dari Firma Guaman Tommy Thomas bagi penjualan kapal Equanimity, pengguguran kes rasuah Guan Eng, pelepasan akaun Tan Sri Lim Soon Ping Titijaya Group, dan pengakuan campur tangan kehakiman dalam bukunya “My Story: Justice in the Wilderness” mencetuskan kontroversi ‘national embarassment’ kepada masyarakat antarabangsa.
Kini terbongkar pula kes jenayah ke atas anak lelaki ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan yang ditahan atas kesalahan dadah pada 2019 tetapi dilepaskan dengan mudah oleh Tommy Thomas.
Dokumen-dokumen pertuduhan yang didedahkan PDRM, jelas membuktikan Nevin Tan terlibat dengan kesalahan penanaman puluhan pokok ganja di kondominium mewahnya.
Tommy Thomas dalam satu kenyataan media juga telah mengaku mengurangkan dakwaan yang dikenakan terhadap anak taikun Tan Sri Vincent Tan itu, sedangkan seorang tertuduh dalam kes yang serupa menanam pokok ganja, telah dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan enam sebatan rotan.
Tommy Thomas harus bertanggungjawab dan kes sewajarnya dibuka semula!
Demikiankah keadilan dalam konteks keluhuran dan kedaulatan undang-undang yang mahu ditegakkan oleh kerajaan PH, yang kini berada semula di pentas PRN Johor?
******
Tinggalkan Jawapan